Sering Letih Secara Berlebihan Mungkin Tanda Ada Fibromyalgia

letih lesu

Sering Letih Secara Berlebihan Mungkin Tanda Ada Fibromyalgia

Mengalami sakit badan dan kejang, sangat kerap dan dalam tempoh yang lama. Semakin hari simptom itu dirasakan makin teruk. Tapi setiap kali sakit tu datang, doktor hanya cakap sakit badan biasa. Malah, mungkin ada ujian tertentu telah dijalankan, tapi semuanya nampak macam normal.

Anda mungkin menghida fibromyalgia, iaitu penyakit yang diagnosisnya dibuat selepas disahkan tiada penyakit-penyakit lain.

Disebabkan penyakit ini tidak dapat dibuktikan dengan ujian-ujian, maka ramai doktor yang menganggap fibromyalgia ialah masalah mental yang hanya berlaku dalam kepala seseorang sahaja. Makanya, ramai orang yang telah makan ubat yang salah.

letih lesu

Seorang pesakit fibromyalgia, Nurul, 29 tahun tiba-tiba kejang kaki kanan hingga paras pinggang pada suatu pagi hingga dia tidak mampu bergerak selama 1 jam. Apabila pergi ke klinik, dia diberi ubat saraf dan cuti sakit, kemudian dibenarkan bekerja keesokan harinya.

Mimpi ngeri itu tidak berakhir di situ apabila 4 bulan selepas itu Nurul sekali lagi diserang masalah yang sama dan disyaki menghidap slipped disc. Namun, ujian imbasan menunjukkan tulang belakangnya normal.

Akhirnya beliau telah dirujuk ke pakar saraf dan telah disahkan menghidap fibromyalgia dan telah diberi cuti sakit selama 4 bulan dengan proses pemulihan yang memakan hampir 1 tahun.

Dalam tempoh itu, Nurul terpaksa bergantung kepada ubat tahan sakit kerana kesakitan yang amat sangat. Kadang-kadang rasa badannya seperti diperah dengan kuat. Dan sakit itu sangat sukar untuk dijelaskan kepada orang lain.

Kisah ini telah dimuatkan di Kosmo Online pada 6 Julai 2018.

Simptom-Simptom Fibromyalgia

Fibromyalgia dan keletihan yang teramat sangat (chronic fatigue) dianggap sebagai keadaan yang lebih kurang sama, tapi penyakit yang berbeza. Kesemua pesakit ini rasa macam keletihan yang melampau, hinggakan tak boleh bergerak.

Selain daripada tu, mereka juga rasa sakit badan secara menyeluruh, tidur yang tak lena dan kecelaruan mental. Sementara pesakit keletihan kronik pula lebih kepada kelenjar yang membengkak, demam dan jangkitan yang kerap.

Bagaimana Penyakit Fibromyalgia Disahkan

Fibromyalgia jadi mencabar sebab tak ada apa-apa ujian yang boleh dilakukan untuk mengesahkan penyakit ini, tetapi perlu buat semua ujian untuk pastikan tiada penyakit lain, kemudian barulah seseorang itu boleh disahkan menghidap fibromyalgia.

Namun, panduan untuk mengesahkan penyakit ini ialah ‘ujian titik kesakitan’, di mana pesakit berasa sakit pada 11 titik daripada 18 titik yang telah ditetapkan. Tapi, ia tidaklah sesenang itu kerana penyakit ini ialah 1 penyakit yang kronik, maka ramai yang disahkan menghidap masalah ini selepas 6-8 tahun. Apatah lagi jika seseorang itu sering berkunjung ke klinik atau hospital yang berbeza.

Rawatan Untuk Penyakit Fibromyalgia

Setekat ni, belum ada ubat yang boleh menyembuhkan fibromyalgia melainkan untuk kurangkan kesakitan dengan ubat tahan sakit, ubat tidur atau ubat untuk melembutkan otot. Ada juga orang yang perlukan untuk anti-depresi. Mungkin juga pesakit itu dicadangkan untuk menyertai kumpulan sokongan. Namun simptom tu akan berulang dan orang itu mungkin terdedah pula dengan kesan sampingan ubat.

Dalam bukunya yang bertajuk “What Your Doctor Doesnt Know About Nutritional Medicine Might Be Killing You”, Dr Ray Strand berkongsi masalah isterinya sendiri yang menghidap fibromyalgia selama 28 tahun. Dalam tempoh itu, pelbagai kesakitan yang dihadapi oleh si isteri, sehinggakan dia berharap telah kahwin dengan seorang doktor yang boleh memulihkan kesakitannya. Walaupun Dr Strand ialah doktor perubatan, namun dia juga tak dapat berbuat apa-apa.

Sehinggalah isterinya menyuarakan untuk cuba ambil suplimen yang dicadangkan oleh kawanya, tapi masa tu Dr Strand anti-suplimen, jadi dia sanggup buat apa saja untuk tak bagi isterinya makan suplimen tu. Selepas dipujuk, akhirnya dia setuju isterinya cuba tapi katanya dia tak jamin lah jadi ke tidak.

Namun, yang mengejutkan selepas seminggu makan suplimen, kesihatan dia sangat berubah dan dalam sebulan dia dah pulih dan bebas daripada ubat. Dalam setahun, dia pulih sepenuhnya dan makin bertenaga. Memang sangat berbeza dengan keadaan dia bertahun-tahun sebelum tu.

Apa Punca Sebenar Fibromyalgia?

Perubahan ketara isterinya itu sangat mengejutkan, hinggakan Dr Strand berminat untuk baca buku Dr. Kenneth Copper – “The Antioxidant Revolution”. Dr Cooper ialah doktor perubatan yang mempunyai klinik aerobik yang merawat atlet-atlet yang terlebih berlatih hingga sakit-sakit badan, koyak-koyak otot. Dia berpegang kepada teori tekanan oksidatif.

Apabila kita bersenam, badan akan menghasilkan radikal bebas dalam amaun yang boleh diuruskan oleh badan, namun orang yang bersenam dengan kuat seperti atlet menghasilkan radikal bebas yang lebih banyak. Atlet-atlet yang berlatih secara berlebihan, simptomnya sama dengan pesakit fibromyalgia.

Jadi adakah penyebab fibromyalgia juga ialah tekanan oksidatif?

Jika benar fibromyalgia ini disebabkan oleh tekanan oksidatif, maka seorang pesakit tu tentulah perlukan makanan tambahan terutamanya antioksida. Dr Strand juga kini merawat pesakitnya dengan program diet yang seimbang dan lengkap.

Selain daripada itu, pesakit juga dinasihatkan untuk melakukan senaman ringan dan berhati-hati setiap hari. Mereka perlu hati-hati sebab senaman berlebihan boleh mencetuskan penyakit mereka.

Pesakit fibromyalgia juga sangat sensitif kepada gula. Pengambilan makanan yang mempunyai glisemik indeks yang tinggi meningkatkan gula dengan cepat dan boleh mencetuskan simptom fibromyalgia dan juga gulanya turun dengan cepat yang juga boleh menyebabkan kecelaruan mental.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.