Fibroid Mungkin Boleh Dikecutkan Dengan Polifenol, Dibuktikan Melalui Kajian

punca fibroid

Fibroid Mungkin Boleh Dikecutkan Dengan Polifenol, Dibuktikan Melalui Kajian

Adakah anda sedang mencari ikhtiar alternatif untuk mengecutkan fibroid? Jika ya, saya mungkin boleh bantu anda. Dalam blog ni saya banyak berkongsi maklumat tentang fibroid dan masalah kesihatan wanita yang lain, termasuk lah cara untuk mengawal keadaan ini secara semulajadi. Saya banyak kongsi tentang hormon tak stabil dan dominasi estrogen yang mempengaruhi masalah ini dan suplimen semulajadi yang mungkin boleh membantu anda.

Namun begitu, nak disclaimer siap-siap – Apa yang saya share dalam blog ini adalah untuk tujuan pendidikan, bukanlah untuk menggantikan nasihat atau konsultasi doktor anda ya. Yang paling utama, ikutlah nasihat doktor yang merawat.

punca fibroid

Pengenalan Fibroid Secara Ringkas

Fibroid ni adalah sejenis ketumbuhan yang bukan kanser yang berasal daripada sel rahim wanita dan merupakan masalah kesihatan paling biasa yang berlaku kepada wanita yang belum menopaus.

Walaupun fibroid ni mungkin tak bahaya (jika dibanding dengan kanser) tapi keadaan ini menjejaskan kualiti hidup wanita yang menghidapnya. Antara simptom yang dihadapi ialah pendarahan berlebihan semasa haid, sakit pada bahagian pelvik, kerap kencing dan masalah kesuburan.

Penyebabnya masih tak jelas tapi dikaitkan dengan genetik, hormon tumbesaran, hormon steroids termasuklah estrogen dan progesteron. Ketulan fibroid tu pula terjadi bila bahan-bahan yang berada di luar sel menjadi tak normal dan tisu mengeras. Antara komponen dalam tisu ni termasuklah fibronectin, kolagen dan proteoglycans.

Rawatan moden untuk fibroid biasanya hanya rawatan sementara dan mengawal simptom sahaja dan mungkin tidak berkesan untuk semua orang. Cara yang paling senang untuk membuang fibroid ialah melalui pembedahan. Mungkin juga wanita itu terpaksa korbankan rahim sekali.

Masalah lain pula mungkin berlaku jika rahim dibuang, contohnya masalah otot rahim yang lemah, menopaus lebih awal dan masalah dalam hubungan seksual. Masalah ini mungkin boleh diselesaikan dengan kaedah perubatan yang lain, tetapi kos untuk masalah kesihatan ni makin tinggi.

Jadi, sekarang ni banyak kajian dijalankan untuk mencari jalan yang semulajadi untuk mengawal masalah ini dan juga termasuklah untuk membantu pesakit kanser sebagai tambahan kepada kemoterapi. Khususnya polifenol tumbuhan yang telah menunjukkan kesan untuk mengecutkan fibroid.

Kajian Polifenol Mengecutkan Fibroid Dalam Tikus Makmal.

Dalam artikel ni saya nak berkongsi 1 kajian yang saya baca tentang resveratrol yang terbukti mampu mengecutkan fibroid.

Kajian bertajuk ‘Natural Antioxidant Resveratrol Suppresses Uterine Fibroid Cell Growth and Extracellular Matrix Formation In Vitro and In Vivo’ telah diterbitkan dalam MDPI.

Kajian ini telah menggunakan tikus yang disuntik dengan sel fibroid dan juga sel fibroid yang berasal daripada manusia. Maknanya kajian tu dibuat 2 kali lah.

Yang pertama, saintis ni membandingkan kesan resveratrol kepada tikus yang mana tikus ini dibahagi kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan diberikan resveratol dan 1 kumpulan lagi tak diberi apa-apa dan bertindak sebagai kawalan.

Selepas 4 minggu tikus ini disuntik dengan resveratrol, kumpulan pertama iaitu yang disuntik resveratrol menunjukkan pengecutan tisu fibroid yang signifikan berbanding kumpulan tikus kawalan.

Sementara itu, tisu fibroid daripada manusia digunakan untuk menguji adakah resveratrol berlebihan akan memudaratkan atau tidak. Ada 4 kumpulan tisu;

1. Kumpulan 1 (Kawalan) – yang tidak dicampur dengan resveratrol

2. Kumpulan 2 – 10microgram resveratrol

3. Kumpulan 3 – 50 microgram resveratrol

4. Kumpulan 4 – 100 microgram resveratrol

Dalam kajian yang ini, kumpulan sel yang mendapat dos resveratrol yang lebih tinggi menunjukkan pengecutan tisu fibroid yang lebih cepat berbanding yang lain.

rawatan fibroid secara tradisional

Bagaimana Polifenol (resveratrol) Membantu Mengecutkan Fibroid

Saintis telah membuat kesimpulan bahawa, manfaat resveratol dalam mengawal sel-sel ketumbuhan yang tak normal ini adalah seperti berikut;

1. Resveratrol merencatkan pertumbuhan tumor

2. Resveratrol mengurangkan penghasilan sel tumor

3. Merencatkan protein RNA yang menghasilkan fibronectin.

4. Meningkatkan apoptosis (sel bunuh diri) kepada sel fibroid

5. Antioksida

6. Anti-radang

7. Anti-tisu lemak.

Suplimen Yang Mengandungi Polifenol Terbaik

cara kecutkan fibroid

Vivix daripada Shaklee bukan sahaja dibuktikan dalam kajian klinikal mampu mengawal sel dari peringkat DNA, tapi juga dibuktikan melalui kajian Tolemere yang dijalankan oleh Dr Elizabeth Blackburn yang membuktikan bahawa Vivix mampu memanjang telomere yang boleh memanjangkan jangka hayat manusia.

Yang lagi bestnya, Vivix ni 10x lebih berkuasa daripada suplimen resveratrol sahaja. Sebab tu anda perlu dapatkan Vivix sekarang.

Hubungi Fyda sekarang – 012 621 1883 (www.wasap.my/60126211883/vivixuntukfibroid) untuk order Vivix, konsultasi percuma cara untuk ambil Vivix ni.

Namun, adalah lebih baik jika anda berbincang dengan doktor yang merawat anda sebelum ambil apa-apa suplimen.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.