Domperidon, Ikhtiar Ibu Menyusu Yang Kurang Susu Badan

susu badan kurang

Domperidon, Ikhtiar Ibu Menyusu Yang Kurang Susu Badan

Pada hari pertama saya ditugaskan di wad bayi (NICU) untuk bayi yang kurang berat badan, saya berasa pelik apabila beberapa orang ibu dibekalkan ubat untuk mengelakkan muntah, iaitu domperidone. Dalam fikiran saya, mungkin sebab ibu berpantang ada loya dan muntah-muntah kot. Sebab tu lah diberi ubat tahan muntah.

Naif sungguh saya masa  itu. Kemudian baru saya tahu, rupanya domperidon digunakan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu kerana ubat ini meningkatkan paras prolaktin, iaitu hormon yang membantu penghasilan susu ibu.

Fitrah seorang ibu, sanggup melakukan apa sahaja untuk anak-anaknya walaupun kadang-kadang sampai membahayakan diri sendiri. Sekarang, ramai kawan-kawan yang merupakan ibu menyusu menggunakan dan bertanya mengenai domperidone, macam ubat ni memang digunakan untuk ibu yang kurang susu badan.

Bukankah semua bersetuju ubat adalah untuk orang sakit, jadi kenapa ibu memilih domperidone sedangkan ibu sihat walafiat dan kurang susu tu bukan 1 penyakit pun?

susu badan kurang

Domperidone Ialah Ubat Yang Mencetuskan Pergerakan Perut Dan Usus

Domperidone, metoclopramide atau maxolon dan cisapride adalah kumpulan ubat yang digunakan untuk mencetuskan pergerakan perut dan usus sama ada dengan mengawal pergerakan pada bahagian perut sendiri atau di otak. Dengan cara mencepatkan makanan bergerak ke dalam perut dan meningkatkan tekanan pada pintu esofagus, muntah dapat dielakkan.

Antara ketiga-tiga ini, domperidone adalah paling selamat kerana kesan sampingan yang berkaitan masalah sistem saraf tunjang adalah paling minimal. Walaubagaimanapun domperidone tetap bertindak di otak dengan mengurangkan rasa mual dan loya. Cisapride telah ditarik balik dari pasaran kerana dikatakan boleh menyebabkan masalah jantung, manakala metaclopramide pula boleh menyebabkan kemurungan, yang merupakan salah satu keadaan yang menjadi risiko kepada ibu dalam pantang.

Mungkin domperidone dianggap ubat paling selamat, maka pengamal perubatan menyarankan ubat ini untuk membantu ibu-ibu yang mempunyai masalah penyusuan sedangkan domperidone bukan diluluskan untuk tujuan ini dan tidak dicadangkan untuk semua ibu yang mengalami masalah penyusuan.

Selidik punca masalah untuk elakkan kesan sampingan domperidone

Kebanyakan ibu menggunakan domperidone apabila usia anak kian meningkat dan risau bekalan susu kurang apabila tiada refleks susu keluar dengan tiba-tiba atau pakaian tidak lagi basah, jadi mereka anggap susu semakin berkurang. Sedangkan itu tanda-tanda bagus bahawa badan sedang menyesuaikan diri dengan keperluan penyusuan bayi. Pendapat bahawa bayi semakin besar perlukan lebih banyak susu dan menjadikan ibu ragu bekalan susu mencukupi. Namun ada sesetengah bayi efisien dan cepat dalam menghisap susu, mungkin mengambil masa yang lebih singkat.

Payudara wanita dicipta untuk menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Ingat prinsip supply & demand. Lagi banyak susu dikeluarkan, lagi banyak susu akan terhasil. Jika ibu memahami konsep penyusuan ini, in sha Allah masalah kurang susu dapat diatasi.

Konsep ‘supply and demand’

Namun, ada juga sesetengah wanita yang mempunyai masalah biologi seperti ketidakseimbangan hormon dan fizikal, iaitu masalah pada buah dada atau pembedahan mungkin boleh menyebabkan bekalan susu berkurangan. Oleh kerana penyusuan ibu adalah proses semulajadi, ada ibu yang mengalami masalah diatas mendapati mereka mampu menghasilkan susu yang cukup untuk bayi.

Sebaiknya selidik dulu apa masalah yang menyebabkan susu ibu berkurang. Mungkin ibu sendiri tidak cukup nutrisi, ibu yang mengalami tekanan ataupun pelekapan bayi yang tidak bagus.

Domperidone sepatutnya menjadi pilihan yang terakhir setelah mencuba cara lain untuk membanyakkan susu, bukanlah pilihan yang pertama, kerana ubat ini mungkin boleh menyelesaikan masalah kurang susu, tapi bukan puncanya. Ini kerana penghasilan susu yang banyak hanyalah salah 1 daripada kesan sampingan domperidone. Dan jika anda rujuk beberapa laman web yang membincangkan soal ubat, contohnya wedmd, mereka tidak menyarankan penggunaan domperidone untuk ibu menyusu atas sebab keselamatan.

Malah, sejak tahun 2004, FDA telah memberi amaran tentang penggunaan domperidone untuk meningkatkan penghasilan susu ibu, walaupun kini ada ramai doktor yang menyokong penggunaan domperidone yang menganggapnya selamat.  Boleh rujuk di sini.

Antara kesan sampingan domperidone yang lain ialah:

  • Sakit kepala yang mungkin berkurang apabila dos domperidone dikurangkan
  • Rasa kejang pada perut
  • Rasa kering pada bibir
  • Masalah dalam kitaran haid. Biasanya kitaran haid akan berhenti, namun ada juga yang mengalami pendarahan apabila domperidone dihentikan.
  • Beberapa ibu yang mengambil domperidone untuk satu tempoh yang lama mengatakan bahawa mereka mengalami darah gemuruh, bermasalah untuk tidur dan kurang selera makan apabila mereka berhenti mengambil domperidone.

Namun, ramai ibu yang melaporkan bahawa mereka tidak mengalami apa-apa kesan sampingan selain daripada penghasilan susu yang banyak. Saya fahami, ramai wanita yang mengalami masalah penyusuan dan melalui jalan-jalan getir untuk memastikan bayinya mendapat hanya yang terbaik, namun menggunakan sesuatu yang belum dibuktikan keberkesan dan mempunyai kesan sampingan macam tak berapa nak kena.

Kalau ada cara untuk membantu penyusuan susu ibu dengan selamat, ibu nak cuba tak?

Set Menyusu Shaklee untuk lengkapkan keperluan zat makanan ibu.

atasi masalah susu kurang

Kalau ditanya adakah ibu menyusu perlukan vitamin? Jawapan saya ialah ya.

Bagi saya setiap orang perlukan vitamin. Sama ada lelaki, perempuan, warga tua, ibu mengandung ataupun ibu menyusu. Bukan untuk menghasilkan banyak susu, tapi sebab makanan yang kita makan sekarang dah tak cukup untuk bekalkan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita. Sel-sel kita yang sangat banyak jumlahnya ni perlukan vitamin dan zat makanan untuk fungsi yang berkesan.

Apalagi ibu menyusu yang perlukan lebih zat dan nutrisi untuk dikongsi dengan bayi disamping perlu merawat luka-luka dalaman akibat proses mengandung dan bersalin. Kebanyakan ibu juga bekerja dan harus mengumpul stok susu untuk pastikan bayi mereka mendapat khasiat susu ibu.

Cuba bayangkan betapa penat dan tertekannya ibu-ibu kan?

Pengalaman saya sendiri mengamalkan vitamin Shaklee, saya rasa sangat berbeza. Bagi saya set menyusu Shaklee bukan sekadar penggalak susu tapi lebih daripada itu. Sebab itu saya lebih suka jika ibu-ibu mengambil set vitamin yang lengkap, bukan hanya alfalfa, walaupun alfalfa memang dikenali sebagai penggalak susu sejak zaman berzaman. In sha Allah, jika badan kita mendapat zat dan khasiat yang sepatutnya, dia akan berfungsi dengan berkesan.

Untuk menempah Set Penyusuan Shaklee, anda boleh hubungi Fyda di nombor 012 621 1883 atau boleh wasap saya, www.wasap.my/60126211883

Atau untuk tempah sendiri, boleh klik gambar di bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *