Diet Detoks Tak Betul Boleh Mengancam Nyawa

Diet Detoks Tak Betul Boleh Mengancam Nyawa

Bila geng-geng Shaklee sedang berpesta detoks, saya teringat kes yang pernah saya uruskan semasa bekerja di hospital dulu. Seorang wanita yang datang ke unit kecemasan dengan badan yang lemah, menggigil sejuk, berpeluh. Bila diperiksa rupanya dia mengalami kekurangan gula dan dehidrasi teruk. Puncanya adalah cuba diet tengah teh yang dikatakan untuk detoks dan keluarkan toksin dalam badan, rupanya dengan menyebabkan cirit-birit yang agak teruk.

Adakah detoks berbahaya?

Detoks adalah antara perkara penting bila berbicara mengenai cara hidup sihat. Detoks adalah proses penyingkiran toksin atau buangan dari sistem tubuh badan dan memastikan sistem penghadaman bekerja dengan sepatutnya. Selain itu, dapat memastikan kulit bersih dan segar serta sistem buah pinggang dan hati berjalan dengan lancar.

Apabila semua organ penyingkiran toksin berjalan dengan sepatutnya, barulah tubuh boleh mengeluarkan toksin secara berkesan dan maksimum.

Tapi, ramai yang salah faham diet detoks. Ia menjadi fenomena untuk menguruskan badan, terutama dikalangan wanita kerana dikatakan lebih mudah dan mampu menurunkan berat badan dalam masa yang singkat. Tapi, kebanyakan diet detoks hanya mengurangkan air dari badan, malah mungkin boleh memudaratkan diri.

Secara umum pengamal diet detoks ini hanya mengambil makanan berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan atau hanya meminum jus buah sahaja. Diet sebegini mempunyai kalori yang sangat rendah sampai tak cukup untuk keperluan kalori harian.

Kekurangan kalori menyebabkan pengamal detoks menjadi lemah, pening kepala, muntah dan tak bertenaga.

diet detoks 3 hari

Diet detoks yang betul

Diet yang sepatutnya ialah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan disertai dengan aktiviti fizikal seperti senaman.

Salah 1 cara menentukan makanan sihat ialah melalui cara penyediannya. Makanan yang dikukus, dipanggang, makanan kurang lemak dan gula adalah antara contohnya. Tak ada masalah jika ingin nikmati makanan bergoreng, tapi seeloknya minyak yang digunakan untuk menggoreng dihadkan kepada 2 kali penggunaan sahaja.

Makanan yang seimbang pula, senang saja, kita boleh rujuk piramid makanan. Tapi, kita sekarang terbalik. Yang sepatutnya diambil dalam jumlah sedikit itulah yang kita ambil paling banyak. Secara tak langsung, tabiat pemakanan kita semakin kritikal dan boleh menyebabkan kekurangan zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Apatah lagi, makanan sebenar juga sudah tak mampu membekalkan zat yang cukup.

Yang paling penting, tak boleh tinggal ialah pengambilan air kosong, kira-kira 3-4 liter sehari, berdasarkan berat badan. Jangan risau, jumlah tersebut takkan menyebabkan apa-apa masalah kecuali jika anda mempunyai penyakit yang tidak boleh terlebih air.

Pelan diet detoks secara sihat

1. Nikmati

–Segala macam buah dan sayur segar, ikan, daging merah tanpa lemak, daging ayam tanpa kulit, telur, minyak zaitun, kekacang, biji-bijian, teh hijau, teh merah, teh putih, teh hitam.

2. Elakkan

–Alkohol, rokok, produk tenusu, gula putih, madu, pemanis tiruan. kopi, gandum dan produk-produk daripada gandum dan buah kering.

3. Cadangan semasa diet detoks

–Minum jus lemon setiap pagi sebelum sarapan untuk melancarkan sistem pencernaan.

–Bersenam sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari. Lakukan aktiviti fizikal dengan serius dan guna banyak tenaga.

–Ambil makanan segar setiap hari, contohnya sayur dan buah.

–Cuba bersihkan fikiran dan hati juga. Ambil masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk bermeditasi, lapangkan fikiran daripada perkara-perkara negatif.

–Usaha untuk minum 3 liter setiap hari. Boleh pilih sama ada air kosong, jus buah, jus sayur atau teh herba.

–Cuba kunyah makanan 10-12 kali sebelum menelan. Makan dengan perlahan-lahan perut cepat kenyang dan elakkan makan berlebihan.

–Jangan lakukan diet detoks jika sedang hamil, menyusukan bayi, sudah berusia lanjut, tekanan darah tinggi yang tidak terkawal, badan badan terlalu rendah atau masalah khusus lain. Sebaiknya dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

–Pastikan ada coach untuk membantu dan memantau anda. Coach yang bertauliah ya..

Pelan detoks Shaklee

Teruja sangat nak kongsi pelan diet detoks yang dibuat oleh Shaklee. Dah ramai yang telah cuba dan mendapat hasil yang diinginkan.

Saya akan kongsikan produk-produk dalam SET DETOKS SHAKLEE dan saya akan guide cara makan yang saya dan kawan-kawan lain amalkan untuk dapat kesan yang terbaik.

Saya juga akan bagi cadangan resipi sihat dan sedap untuk detoks. Jangan risau, nasi tak akan ditinggalkan.

4 sebab perlu pilih pelan detoks Shaklee

1. Cara semulajadi untuk hidup lebih sihat

–Produk-produk Shaklee sangat terkenal dengan ketulenan bahan-bahannya dengan disokong oleh kajian lebih 100 tahun dan disiarkan dalam jurnal-jurnal saintifik.

–Produk Shaklee dijamin selamat dan berkesan.

2. Khas untuk anda sahaja

Pelan detoks Shaklee boleh boleh disesuaikan berdasarkan keperluan individu. Sebab tu perlulah coach dan mungkin anda dengan pasangan tidak sama keperluannya.

3. Kumpulan sokongan

Pengamal detoks Shaklee telah dilatih dengan pelan detoks yang berkesan dan boleh memberi latihan dan bahan-bahan untuk pendidikan.

4. Tingkatkan pendapatan

Bila dah beli set detoks ni, secara automatik anda layak jadi ahli Shaklee, jadi peluang untuk pulangan yang lumayan sangat besar dan detoks adalah antara hot stuff dalam Shaklee sekarang.

Anda tentu nak cuba kan?

Boleh whatsapp saya 012 621 1883 untuk order Set Detoks Shaklee bersama exclusive coaching dan consultation.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *