Demam Kepialu Di Malaysia Dan Sejarahnya Yang Sangat Menarik

wabak kepialu

Demam Kepialu Di Malaysia Dan Sejarahnya Yang Sangat Menarik

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan penularan jangkitan tifiod atau demam kepialu di seluruh negara terutama di Kuala Lumpur yang mencatatkan sebanyak 38 kes daripada Januari sehingga 21 Oktober 2015.

Namun, Yang Berhormat Menteri Kesihatan meminta rakyat tidak panik dan tidak menyebarkan khabar angin kerana demam kepialu di Malaysia masih terkawal dan kita mempunyai kemudahan untuk mengesan, mendiagnos dan merawat penyakit ini.

wabak kepialu

Apakah demam Kepialu?

Demam kepialu bukanlah suatu yang baru di negara kita yang mana pada tahun 2003, demam ini pernah menjadi wabak di Malaysia.

Demam kepialu adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria yang dikenali sebagai Salmonella typhi (S. thypi) yang disebarkan melalui makanan.

Orang yang dijangkiti boleh membawa bakteria ini dalam darah dan usus mereka dan menjangkiti orang lain melalui makanan dan minuman yang tercemar.

Yang menariknya, penyakit ini dikesan pada tahun 1907 apabila seorang wanita yang bernama Mary Mallon yang merupakan seorang penjual makanan dikaitkan dengan penyebaran wabak kepialu sedangkan dia adalah seorang wanita yang sihat, segar bugar lagi. Rupa-rupanya Mary adalah penyebar bakteria tersebut melalui makanan yang dijual dan dia adalah satu-satunya pembawa kepialu yang sihat.

Sejarah Typhoid Mary.

Jenis makanan yang biasa dikaitkan dengan demam kepialu

  • Makanan yang tidak dibersihkan dengan sempurna.
  • Makanan yang bercengkerang, terutama makanan laut atau dari sungai seperti kerang, kupang, lala, tiram dan etok.
  • Sayur-sayuran mentah yang tidak dibasuh dengan sempurna.
  • Cendol
  • Susu mentah
  • Telur

Gejala dan tanda-tanda demam kepialu

Tempoh pengeraman bakteria S. typhi ialah antara 3 hari hingga 3 bulan. Namun biasanya gejala akan muncul dalam 1-2 minggu selepas jangkitan, namun ada juga yang mendapat gejala lebih awal dalam 3 hari atau pun 3 bulan selepas pendedahan.

Gejala yang biasa dihadapi adalah masalah yang berkaitan penghadaman dan gejalanya sama seperti jangkitan bakteria yang lain.

  • Demam tinggi yang berterusan dan berpanjangan, dan suhu melebihi 40 darjah celcius.
  • Mengalami cirit-birit, sembelit dan sakit perut
  • Sakit kepala
  • Sakit badan, berasa lemah atau letih lesu
  • Kurang selera makan
  • Batuk kering dan tidak berkahak
  • Mungkin terdapat ruam atau bintik merah pada badan.

Akibat daripada kehilangan air kerana cirit-birit dan kurang selera makan sehingga mungkin air dalam badan tidak dapat diganti, pesakit demam kepialu mungkin boleh mengalami dehidrasi dan renjatan akibat kurang air jika tidak dirawat segera dan boleh membahayakan nyawa.

Bagaimana mengelakkan demam kepialu?

2 tindakan paling asas yang boleh dilakukan ialah:

1.Mengelakkan makanan yang berisiko tinggi

2.Mendapatkan vaksin

  • Di Malaysia, semua pengendali makanan diwajibkan mendapat vaksin untuk mencegah demam kepialu sebelum diberikan lesen berniaga.
  • Jika anda ingin melancong ke negara-negara seperti Amerika Latin, Afrika dan negara Asia yang mana penyakit ini masih dilaporkan, adalah lebih baik untuk mendapatkan vaksin.

Mencegah demam kepialu

  • Basuh tangan dengan sabun selepas ke tandas dan sebelum menyediakan makanan. Adalah 1 langkah bijak untuk menyimpan hand sanitizer dalam beg. Boleh cuci tangan bila-bila masa sahaja.
  • Makan makanan yang telah dimasak sepenuhnya.
  • Elakkan makanan berisiko, seperti sayuran mentah ataupun makanan yang dijual oleh penjaja semasa berlakunya wabak.
  • Minum air yang telah dimasak ataupun air mineral.
  • Elakkan ais kecuali yang dibuat sendiri dengan air yang telah dimasak atau air mineral yang disejukkan.
  • Menjaga kebersihan terutamanya sistem pembuangan tinja najis.
  • Gunakan air yang bersih untuk penyediaan makanan.

Bahaya demam kepialu masih ada walaupun sudah sihat

Seperti cerita Typhoid Mary di atas, jika anda dijangkiti demam kepialu dan berasa sudah sihat, anda mungkin masih membawa kuman tersebut. Anda mungkin boleh jatuh sakit semula atau paling teruk menyebarkan kuman tersebut kepada orang lain terutama jika anda adalah pengendali makanan.

Jadi, sekiranya anda dijangkiti pastikan antibiotik yang dibekalkan dimakan dengan dos dan cara yang betul.

Basuh tangan dengan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas dan sebelum menyediakan makana.

Teruskan temujanji dengan doktor sehinggalah disahkan najis anda bebas daripada kuman S. typhi.

Sehingga kini, penyakit ini masih terkawal di negara kita, sama-samalah kita berjaga-jaga supaya tidak menular dengan teruk.

Sebarang pentanyaan atau saja nak sembang-sembang, boleh hubungi saya,

Fyda Noh : 012 621 1883

 

Sumber : Myhealth

CDC

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *