Checklist Untuk Wanita Cek Hormon Tak Stabil

haid tak teratur

Checklist Untuk Wanita Cek Hormon Tak Stabil

Apa saja masalah yang dihadapi oleh wanita, apa saja.. mesti dikaitkan dengan hormon. Haid tak teratur, mood tak stabil, selalu rasa penat lesu, antara gejala-gejala dikaitkan dengan hormon tak stabil, apatah lagi bila usia memang dah meningkat.

Persoalannya ialah adakah wanita tu perlu dapatkan hormon tambahan atau ada tak cara untuk betulkan hormon tak stabil ni secara semulajadi?

Hormon kita sebenarnya berkait antara 1 sama lain. Kalau 1 bermasalah, hormon lain akan ikut sama bermasalah sebab mereka ni macam penyanyi orkestra. Baik hormon berkaitan seksual ataupun hormon yang buat tugas lain.

Memang banyak benda dalam dunia ni boleh menyebabkan hormon tak stabil, tapi berita baiknya, hormon ni boleh dibetulkan tanpa ubat-ubatan.

Ramai wanita yang dapat idea tak betul tentang kehidupan yang berkaitan pembiakan wanita. Katanya wanita akan menderita akibat mood swing kerana 3 perkara yang dihadapi sepanjang hidup. Yang pertama ialah akil baligh, kedua ialah sindrom pra-haid dan ke-3 ialah peri menopaus.

haid tak teratur

Adakah Badan Wanita Memang Diciptakan Untuk Rosak?

Wanita tentu semua tahu kan, apabila meningkat usia paras hormon wanita akan menurun? Bila berlaku hormon tak stabil, itulah yang menyebab banyak masalah tu. Adakah wanita ditakdirkan untuk menghadapi mood tak stabil, masalah tidur, masalah mengingat dan masalah berkaitan pembiakan wanita?

Dah tentu tak.

Ini bukan soal takdir. Sebab anda tak perlu pun rasa semua yang tak seronok ni. Ini bukan sebab wanita tak bernasib baik, tapi kerana tabiat yang tak baik. Tabiat makan gula berlebihan, makanan yang mengandungi lemak tak baik, terdedah kepada pencemaran, stress yang kronik dan termasuklah tabiat merokok.

Jom Buat Checklist Ni Untuk Tengok Jika Anda Ada Masalah Hormon

Saya cadangkan setiap wanita cuba tengok gejala dalam senarai ni dan pilih jika ada berkaitan dengan anda.

  1. Saya ada sindrom pra-haid.
  2. Saya mengalami masalah berat naik-turun setiap bulan.
  3. Kaki saya, badan saya bengkak air.
  4. Saya sering kembung perut.
  5. Saya kerap sakit kepala
  6. Saya mengalami mood swings
  7. Payudara saya sering sakit dan rasa membengkak
  8. Saya sering tertekan
  9. Saya rasa sukar uruskan perkara di luar aktviti harian saya.
  10. Saya sering mengalami sakit belakang, otot dan sendi.
  11. Saya mengidam makan benda-benda manis atau masin bila dekat period
  12. Saya ada masalah haid tak teratur, pendarahan yang banyak atau pendarahan yang sedikit.
  13. Saya mengalami masalah kesuburan.
  14. Saya menggunakan kaedah perancang keluarga jenis hormon.
  15. Saya sering mengalami migrain sebelum datang haid.
  16. Saya ada ketulan di payudara (benign)
  17. Saya ada sejarah keluarga kanser payudara, kanser ovari dan kanser rahim.
  18. Saya mempunyai fibroid
  19. Saya mempunya simptom peri-menopaus (badan rasa panas, mood swings, sakit kepala, haid tak teratur, payudara rasa sakit, kekeringan pada vagina, otak rasa kelabu, sakit badan dan sendi, kurang nafsu seksual dan peningkatan berat badan)
  20. Saya rasa badan sering panas.
  21. Saya berpeluh waktu malam
  22. aya rasa resah, bimbang
  23. Saya mengalami gangguan tidur
  24. Saya mengalami kurang nafsu seks
  25. Kulit, rambut dan vagina kering
  26. Jantung saya sering berdebar
  27. Saya mengalami masalah mengingati sesuatu dan masalah nak fokus bila buat kerja.
  28. Saya mempunyai masalah berlebihan berat di bahagian perut dan pinggul.
  29. Saya ada bulu di muka

Pada point yang anda jawab ‘ya’ – poin dia ialah 1. Skornya ialah seperti di bawah

0-9 – Anda mungkin mengalami masalah hormon tak seimbang yang ringan

10-14 – Anda mungkin mengalami masalah hormon tak seimbang yang sederhana.

15 dan ke atas – Anda mungkin mengalami masalah hormon tak seimbang yang teruk.

Lepas dah dapat skor anda, so dah tahu lah kan anda dalam grup mana. Sekarang kita nak share macammana cara nak bantu anda mengawal masalah hormon ini. Namun, saya cadangkan anda pergi klinik dulu untuk pastikan masalah kesihatan anda.

Pemakanan Yang Betul Ialah Butang Reset Anda

Nak balance hormon ialah 1 proses. Bila sebut proses tu dia ada satu jalan yang kena follow dan akan ambil masa lama dan tak senang.

Pemakanan adalah asas untuk stabilkan hormon.

Yang pertama ialah buang atau kurangkan tabiat-tabiat yang boleh mengacau hormon kita. Contohnya stress, gula, alkohol, rokok dan hidup yang kurang aktif. Sebab semua benda ni boleh menyebabkan hormon tak stabil dan mungkin menyebabkan menopaus pramatang.

Masalah hormon ni terjadi sebab pemakanan yang tak baik. Contoh, makan gula berlebihan, insulin dihasilkan dengan banyak, lebih banyak estrogen dan lebih banyak testosteron. Makanan-makanan dengan gula tinggi ni mencetuskan keradangan dan hormon tak stabil ni.

Ada juga bahan kimia yang disebut xenostrogen, iaitu pengacau hormon yang paling kuat.

Sumber xenostrogen yang paling wanita tak sedar ialah penggunaan skincare dan kosmetik yang mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh menganggu kestabilan hormon.

Ada juga kajian yang mengatakan bahan produk tenusu dari sumber haiwan juga adalah pencetus terbesar hormon tak stabil ni. Ini mungkin kerana hormon daripada haiwan terutamanya estrogen juga boleh masuk ke dalam susu itu.

Lepas kita dah kurangkan benda-benda tak bagus ni, barulah kita gantikan dengan benda-benda yang baik. Pemilihan makanan sebenar, makanan tak proses, makanan organik dan lebih baik daripada sumber tumbuh-tumbuhan. Diet tumbuh-tumbuhan ni boleh mengurangkan pengambilan xenostrogen.

Walaupun dah jaga makan kita, tapi sangat sukar untuk mengelakkan diri daripada pencemaran udara dan nutrisi yang tak cukup dalam makanan. So, kita sangat perlukan juga suplimen untuk jaga kesihatan sel kita dan bantu untuk flush hormon yang berlebihan tu.

Cadangan Suplimen Untuk Bantu Stabilkan Hormon

darah banyak masa haid

Vivix

Vivix mengandungi sebatian polifenol yang telah mendapat perhatian ramai saintis kerana memberi manfaat dalam bidang kesihatan, termasuk kepada pesakit endometriosis.

Sebatian polifenol yang bersifat anti-radang membantu mengurangkan sakit. Bersifat anti neoplastik yang mencegah pembentukan sel asing dalam badan.

Polifenol juga berfungsi meningkatkan sistem imun dan juga berfungsi memelihara sel-sel badan.

Semua ini dibuktikan melalui sains.

Energizing Soy Protein

Membekalkan proten baik untuk membantu membina sel baru. Soya ESP bebas GMO dan dijamin ditanam dan diproses secara organik dan bebas daripada racun rumpai, racun serangga dan sebarang pengawet makanan.

ESP membekalkan kesemua asid amino yang diperlukan oleh badan dan membantu menguatkan sistem peranakan.

OmegaGuard

Mengandungi asid lemak omega-3 yang berfungsi sebagai anti radang untuk mengurangkan sakit

GLA Complex

Mengandungi asid lemak omega-6 yang membantu mengawal selia hormon wanita. Dan juga merupakan anti radang.

VitaLea, B Co dan Vita C

Vitamin dan mineral yang penting yang diperlukan oleh badan untuk fungsi normal.

Jadi, perlu ingat, walaupun kebanyakan sakit senggugut ialah fisiologikal, memang biasa berlaku dikalangan remaja tapi jika sakit berterusan dan sangat sakit, sebaiknya bawa jumpa doktor untuk rawatan lanjut. Jika endometriosis dikesan lebih awal, lebih senang untuk dikawal dan potensi sistem pembiakan boleh dilindungi.

Vitalea juga mengandungi zat besi untuk menggantikan semula zat besi yang banyak hilang melalui darah haid.

Selain itu juga, VitaLea turut mengandungi zink. Dan sebenarnya produk Shaklee ada produk zink sendiri.

Ostematrix

Gabungan kalsium, magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk fungsi badan yang sihat. Apa lagi wanita banyak kehilangan kalsium melalui darah haid.

Dan magnesium boleh membantu untuk mengawal pengecutan otot rahim untuk mengurangkan sakit senggugut semasa haid.

Bagaimana Nak Dapatkan Suplimen Untuk Kesihatan Wanita?

Anda boleh hubungi saya untuk dapatkan suplimen ni atau nak dapatkan info lanjut. Saya nasihatkan jika anda ada masalah berkaitan hormon dalam senarai di atas, lebih baik anda bertindak segera untuk elakkan keadaan lebih melarat.

Hubungi Fyda di 012 621 1883

Atau boleh direct wasap – www.wasap.my/60126211883

www.wasap.my/60126211883

www.wasap.my/60126211883

Dengan pembelian set wanita anda akan dimasukkan ke support group yang ramai sifu-sifu otai untuk bantu masalah kewanitaan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.