Cegah Kencing Manis Dan Kenali Gejala-Gejalanya

diabetes jenis 1

Cegah Kencing Manis Dan Kenali Gejala-Gejalanya

Apa Itu Kencing Manis (Diabetes Mellitus)

Lucu pula bila saya pernah terdengar ada orang memeriksa sama ada dia mempunyai penyakit kencing manis dengan membiarkan air kencingnya dalam bilik air. Jika ada semut hurung, maksudnya kencingnya manis. Memang lucu tapi itu kebenarannya.

Selain kandungan gula yang tinggi dalam darah, air kencing pesakit kencing manis turut mengandungi gula. Cuma janganlah diperiksa macam tu. Geli orang lain nak masuk tandas.

Keadaan ini terjadi apabila tiada atau hormon insulin berkurang dalam badan atau berlakunya hormon insulin tidak dapat digunakan oleh badan.

* INSULIN: suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas yang terletak berhampiran hati manusia. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein.

Insulin juga berfungsi untuk membantu pangangkutan gula ke dalam sel dan menghalang pemecahan lemak.

Pendek kata, insulin membantu merendahkan paras gula dalam darah.

diabetes jenis 1

Apa? Saya dah kena kencing manis?

Jenis diabetes

Diabetes Dikelaskan Kepada 3:

Diabetes Primer

-Jenis I iaitu penghidapnya perlu bergantung kepada sumber insulin dari luar kerana kegagalan kelenjar pankreas untuk menghasilkan insulin.

– Pesakit diabates jenis ini biasanya kanak-kanak atau awal remaja.

Diabetes Jenis II 

  • 90% daripada kes penyakit kencing manis tergolong dalam jenis ini dan biasanya berlaku kepada orang dalam linkungan 40 tahun ke atas.
  • Kerana terdapat kerosakan pada pankreas, maka insulin yang dihasilkan tidak mencukupi ataupun terdapat kerintangan pada hormon insulin di mana hormon insulin mencukupi atau berlebihan tetapi tidak dapat digunakan oleh badan.
  • Setelah kajian yang mendalam pakar percaya bahawa penyakit ini disebabkan oleh radikal bebas yang merosakkan pankreas dan menjadikannya kurang aktif dalam menghasilkan insulin dan juga radikal bebas merosakkan reseptor insulin pada salur darah menjadikannya tidak dapat mengangkut gula ke sel.
  • Kencing manis jenis ini boleh dikawal dengan memantau pengambilan makanan, pengurangan berat badan, pengambilan ubat mengikut arahan serta senaman.

 

Cegah kencing manis

Tindakan insulin dalam keadaan normal

 

cara cegah diabetes

Keadaan apabila saluran darah rosak dan menjadikan reseptor yang sepatutnya mengangkut gula tidak dapat berfungsi dengan baik.

Diabetes Sekunder

  • Disebabkan oleh penyakit pankreas yang lain, peningkatan permintaan terhadap fungsi pankreas yang tidak normal, seperti dalam penyakit kencing manis semasa mengandung, dan yang disebabkan oleh ubat dan toksin.
  • Lebih kurang 20 hingga 25% wanita yang mengalami diabetes gestasi, atau penyakit kencing manis semasa mengandung, akan mengalami penyakit kencing manis apabila usia mereka telah meningkat.
  • Rawatan bagi diabetes gestasi adalah melalui pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat.

Simptom / Gejala

Simptom-simptom yang paling biasa ialah:

  • Membuang air kencing dalam kuantiti yang yang banyak
  • Sentiasa berasa dahaga
  • Selera makan meningkat

Ketiga-tiga simptom di atas adalah simptom yang paling sinonim dengan penyakit kencing manis. Kalau ada salah satu simptom diatas, in sha Allah memang konfem kencing manis.

  •  Letih
  • Hilang berat badan
  • Jangkitan kulit yang kerap, misalnya jangkitan kulat pada kawasan kemaluan
  • Luka yang lambat sembuh
  • Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur

Kebanyakan orang mempunyai satu atau lebih simptom tetapi ada orang yang tidak mempunyai sebarang simptom dan hanya boleh dikesan melalui ujian darah. Sekiranya anda berusia 40 tahun ke atas, sebaiknya anda jalani ujian darah 6 bulan sekali atau sekurang-kurangnya setahun sekali.

Harap anda dapat fahami apa yang ingin saya sampaikan. Ada panjang lagi cerita berkaitan diabetes atau kencing manis. Insya Allah saya sambung di lain entry. Sebarang persoalan atau sekadar nak sembang-sembang boleh WA saya 012 621 1883

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *