Cara Menjaga Sendi Lutut, Elakkan Kena Tukar Besi

cara menjaga sendi lutut

Cara Menjaga Sendi Lutut, Elakkan Kena Tukar Besi

Sendi lutut adalah sendi yang terbesar dalam badan manusia dan boleh dirasa sebagai 1 bonjolan yang keras dan memainkan peranan penting dalam menyambung betis ke paha.

Bagi setiap langkah yang diambil atas jalan rata, sendi lutut menampung 3-5 kali berat badan, sementara ketika menaiki tangga, sendi lutut terpaksa bekerja 2 kali ganda daripada biasa dan semasa melompat sendi lutut terpaksa menampung 10 kali ganda berat badan.

Jadi, sekarang adakah anda tahu kenapa ramai antara kita yang mengalami masalah sakit lutut yang lazimnya berpunca daripada sikap kita yang suka meletakkan bebanan berlebihan untuk jangka masa yang panjang tanpa tindakan susulan untuk memulihkannya?

Sebelum melakukan apa-apa aktiviti, penting untuk kita tahu keupayaan sendi lutut sendiri dan mengelakkan aktiviti yang boleh menyebabkan kesakitan pada sendi lutut. Bukannya bila sudah sakit baru ambil tindakan. Orang kata mencegah lebih baik daripada mengubati kan?

cara menjaga sendi lutut

Aduh, sakitnya! Nak gerak pun susah

Penggunaan sendi lutut yang berterusan boleh mendedahkan kita kepada risiko kecederaan dan kerosakan pada sendi yang dikenali sebagai artritis.

1. Osteoarthritis

Osteoarhritis atau OA biasanya dikaitkan dengan peningkatan usia dan penggunaan sendi secara berlebihan sehingga menyebabkan kecederaan. Atau dalam bahasa mudah sendi sudah haus atau kekurangan cecair pelincir.

Ini adalah disebabkan oleh kekurangan cecair pelincir dalam sendi lutut, iaitu cecair synovial yang menyebabkan rawan dalam sendi lutut bersentuhan antara 1 sama lain setiap kali pergerakan berlaku. Lama-kelamanan tulang rawan ini akan makin menipis ataupun haus dan akhirnya tulang akan bergeser antara 1 sama lain. Geseran ini yang akan menyebabkan kesakitan dan mungkin sendi boleh membengkak dan jika dibiarkan tanpa rawatan, sendi boleh menjadi cacat.

Cara menjaga kesihatan sendi

Ada pelbagai pilihan untuk menjaga sendi lutut. Salah 1 daripadanya ialah dengan mengamalkan makanan tambahan yang sudah terbukti keberkesannya, iaitu minyak ikan kod.

Minyak ikan kod yang kaya dengan asid lemak omega 3 sering dikaitkan dengan bersifat antiradang, meningkatkan imun badan, perkembangan otak dan penglihatan yang sihat dikalangan kanak-kanak.

Sejak zaman-berzaman ramai yang sudah mengamalkan minyak ikan kod dan mendapat kelegaan daripada sakit dan sengal sendi. Ada yang mengambilnya kerana pengalaman sendiri dan yakin pada keberkesan minyak ikan kod dan ada yang mengambilnya kerana mengikut nasihat orang dahulu yang mengatakan minyak ikan kod baik untuk sendi.

Saintis mengesahkan apa yang dipercayai oleh orang zaman dulu bahawa minyak ikan kod dapat mengurangkan sakit sendi dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Joerg Gruenwald dan pasukannya yang terdiri daripada para doktor di Jerman. Minyak ikan kod yang diambil dalam kepekatan yang tinggi terbukti secara saintifik dapat mengurangkan keradangan, kekejangan dan sakit sendi pada waktu pagi yang biasanya dikaitkan dengan arhritis.

Hasil daripada kajian itu menunjukkan perununan sebanyak 52% dalam kekejangan waktu pagi, 43% dalam kesakitan sendi dan 40% sendi bengkak dapat dikurangkan. Lebih 50% mempunyai pengurangan dalam paras kesakitan dan menunjukkan toleransi yang baik dengan kesan sampingan yang minimum.

Jadi, pengambilan minyak ikan kod secara konsisten boleh memberi penjagaan rapi kepada sendi lutut anda dan pada masa yang sama memastikannya berada dalam keadaan baik, mudah lentur dan fleksibel sepanjang hayat.

Jika, saya kenalkan anda dengan minyak ikan yang semulajadi, dijamin berkesan dan mesra alam, adakah anda nak cuba?

Nantikan entry seterusnya atau hubungi saya di 012 621 1883

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *