Cara Menghilangkan Sakit Endometriosis Dan Meningkatkan Kualiti Hidup

darah haid tak turun

Cara Menghilangkan Sakit Endometriosis Dan Meningkatkan Kualiti Hidup

Masa zaman kanak-kanak dulu mesti pernah main masak-masak, main kahwin-kahwin kan? Zaman dulu pemikiran budak lain. Kalau maian kahwin-kahwin mak ayah tak risau sangat, tapi budak-budak zaman sekarang ni, kalau diorang cakap main kahwin-kahwin, pantaulah jenis kahwin-kahwin yang macammana. Kanak-kanak sekarang advanced nya memang menakutkan. Tapi dulu kalau main kahwin-kahwin mesti ada anak lepas tu. masa tu, saya fikir senangnya nak dapat anak. Kahwin saja memang akan dapat anak kot.

Rupanya realitinya sangat berbeza. Sejak mula berkongsi kebaikan vitamin Shaklee, saya temui ramai pasangan yang mengalami masalah sukar untuk mendapatkan zuriat. Ada pasangan yang ada kesedaran untuk buat pemeriksaan doktor dan barulah diketahui apa masalah yang menghalang mereka. Tapi pada kebanyakan masa, tiada pun sebab ditemui dan wanita itu akan dirawat dengan ubat kesuburan. Salah satu faktor yang mengganggu kesuburan wanita yang mungkin menyebabkan dia menderita setiap bulan ialah endometriosis.

Endometriosis ni adalah penyakit yang mana lapisan paling dalam uterus kita, iaitu endometrium tumbuh kat tempat lain. Contohnya ada yang tumbuh di tiub fallopio, ovari, ada di pundi kencing malah ada yang tumbuh di tulang belakang, perut dan mana-mana lapisan abdomen. Ada juga yang tumbuh di paru-paru. Dan sebenarnya mana-mana organ yang adanya tidu endometrium ini, dia turut mengalami perubahan semasa kitaran haid dah turut berdarah apabila seorang wanita itu haid.

Endometriosis terjadi kepada wanita dalam usia yang boleh melahirkan anak. Maksudnya, bila wanita tu datang haid, dia ada risiko untuk endometriosis, sama macam fibroid. Penyakit ini melibatkan lebih kurang 15% dikalangan wanita namun terdapat laporan yang mengatakan ia semakin meningkat. Biasanya pesakit adalah dikalangan wanita dalam usia lewat 20-an atau awal 30-an, sama ada masih bujang atau sudah berkahwin dan belum mempunyai anak. Menurut statistik juga, 12-48% kes kemandulan adalah disebabkan oleh endometriosis.

Jika penyakit kanser merisikokan nyawa, endometriosis pula merisikokan kualiti hidup wanita kerana melumpuhkan sistem pembiakan dan menyebabkan sakit pelvis yang kronik semasa haid, sakit semasa hubungan seks, sakit belakang dan kadang-kadang sakit semasa membuang air besar. Haid adalah musuh wanita, hingga setiap bulan pun boleh bayangkan kesakitan dan untuk bersama suami pun mungkin rasa amat berat kerana tak sanggup menahan sakit.

Sakit akibat endometriosis ni, selain mekanisma yang sama dengan senggugut, tisu ini dikatakan mampu menghasilkan bahan-bahan penyebab keradangan sendiri. Sebab itu sakitnya tak tertahan.

senggugut dan kesuburan

Penyebab Endometriosis Yang Mengganggu Kesuburan Wanita

Punca sebenar endometriosis tidak diketahui, namun beberapa teori yang ditimbulkan oleh saintis. Antara teori yang popular ialah:

1.Seseorang itu memang dilahirkan dengan tisu endometrium di tempat lain. Tunggu waktu haid pertama sahaja untuk penyakit ini menunjukkan belangnya.

2.Retrograde menstuation – darah haid patah balik. Darah haid yang sepatutnya mengalir keluar badan melalui faraj, telah mengalir ke belakang melalui tiub fallopio. Kalau nak tahu, tiub fallopio ialah tiub yang terbuka. Maksudnya ada 3 pintu untuk darah haid mengalir. Darah haid yang mengalir ke belakang itu akan mengubah tisu pada organ lain tu jadi macam lapisan endometrium.

Menurut teori ini, keadaan ini selalunya terjadi jika darah haid tak turun lancar akibat pintu rahim sempit atau posisi rahim yang lua biasa. Namun begitum banyak kajian membuktikan endometriosis dan retrograde menstruation juga berlaku kepada wanita yang mempunyai rahim yang normal.

3.Sel-sel endometrium merebak ke organ lain seperti merebaknya sel kanser.

4.Ada kajian menunjukkan bahawa radikal bebas juga terlibat dalam perkembangan tisu endometriosis dalam badan.

Boleh rujuk di sini untuk kaitan antara endometriosis dan radikal bebas.

Namun, sebenarnya banyak faktor yang menyumbang kepada endometriosis, termasuk tahap kesihatan sistem imun. Tisu yang tak sepatutnya berada di sesuatu tempat akan dikesan sebagai benda asing. Sistem imun badan akan cuba memusnahkannya. Tapi, jika sistem imun lemah, tisu asing itu akan berkuasa.

Disebabkan simptom endometriosis terjadi bergantung kepada hormon wanita yang dibebaskan setiap bulan, maka selagi seorang wanita itu mengalami haid dia akan menderita kesakitan setiap bulan.

darah haid tak turun

Jadi, ada tak cara semulajadi nak berhentikan sakit endometriosis ni?

Ada, jawapannya ialah mengandung dan menyusukan anak, supaya tak datang haid. Dan dikatakan kes endometriosis makin meningkat sebab ramai wanita setiap bulan datang haid. Sekarang kan ramai wanita yang lambat kahwin, anak sikit. Bila banyak kali datang haid, sel endometriosis tu akan makin membesar dan akan merebak kepada banyak organ lain. Endometriosis akan jadi makin banyak dan lama-lama boleh membentuk cyst. Yang menakutkan, cyst ini akan menyimpan darah. Jika dibuang melalui pembedahan, darah tu dah pekat sangat, jadi macam coklat.

Simptom Endometriosis Yang Datang Bersama Haid

Simptom endometriosis bergantung kepada lokasi tisu endometriosis. Simptom yang paling kerap berlaku dikalangan pesakit endometriosis ialah sakit senggugut. Terdapat 15-20 % wanita yang mengatakan tiada kesakitan namun mereka mungkin mengalami ketidaksuburan atau ketulan di dalam pelvik.

Pesakit endometriosis mungkin mengalami kesakitan melampau setiap kali haid disebabkan oleh penghasilan prostaglandin yang berlebihan yang mengecutkan rahim dan salur darah. Kekurangan darah yang dihantar ke rahim akan menyebabkan kesakitan.

Seperti tisu endometrium yang normal, tisu endometriosis akan mengalami perubahan apabila terdapat rangsangan hormon. Apabila berlaku pendarahan daripada ovari, organ dan tisu dalam ruang pelvik akan melekat antara satu sama lain untuk menghalang pendarahan. Keadaan ini menyebabkan kesakitan bahagian ari-ari. Jika keadaan ini berlanjutan, parut akan terhasil dan menutup tiub fallopian dan menyebabkan masalah kesuburan.

Kadang-kadang badan mungin bertindak membentuk dindng dan mengumpulkan darah daripada sel endometriosis dan membentuk cyst yang dipanggil endometrioma yang boleh terjadi pada ovari yang boleh membesar dan pecah.

Seseorang wanita penghidap endometriosis boleh berasa sakit ketika melalukan hubungan seks. Sakit ini bukan sahaja di serviks, tetapi rasa sakit yang dalam dan sukar untuk diberitahu dengan perkataan.

Sekiranya sel endometriosis tumbuh pada organ lain seperti usus, wanita itu mungkin akan mengalami pendarahan daripada dubur, kencing berdarah jika tumbuh di pundi kecing dan sakit dada atau muntah darah jika sel endometriosis tumbuh di paru-paru. Namun keadaan ini hanya berlaku setiap kali datang haid

darah haid turun sedikit

Adakah Endometriosis Berisiko Untuk Menjadi Kanser?

Jawapannya ya. Ada 5% risiko endometriosis akan jadi kanser jika masalah itu tak dirawat atau yang tetap mengalami simptom walaupun sudah dirawat berulang kali.

Rawatan Endometriosis Yang Mungkin Wanita Tak Sanggup

Rawatan endometriosis yang digunakan zaman berzaman adalah dengan danazol, iaitu ubat yang menghalang hormon di otak, lalu menghalang pengeluaran hormon di ovari dan mungkin menyebabkan masalah pada kitar haid. Cara kedua ialah dengan melakukan pembedahan. Pertama pembedahan membuang tisu-tisu endometriosis tapi dengan kasedah ini masalah itu selesai sementara sahaja kerana ia akan berulang. Pembedahan kedua ialah dengan membuang rahim ataupun ovari atau keduanya. Dengan cara ini,wanita tidak akan mengalami haid, dan masalah selesai. Tapi, kalau masih muda, sanggup kah buang rahim?

Nak cuba cara alternatif?

Setakat ini, jarang doktor yang mengesyorkan perubahan cara hidup, pemakanan atau makanan tambahan sebagai rawatan endometriosis sedangkan banyak kajian menunjukkan hubungan antara kedua-duanya.

Sebagai contoh, kajian epidemiologi menunjukkan pengambilan iodin yang rendah mungkin meningkatkan aktiviti kelenjar pituitari yang menyebabkan terjadinya endometriosis dan kekurangan hormon tiroid. Walaupun tiada kajian yang endometriosis boleh dielak dengan penambahan iodin dalam pemakanan, namun menyediakan iodin yang cukup adalah lebih selamat.

Satu kajian yang dilakukan oleh Ylirkorkala dan Makila pada tahun 1985 dan diterbitkan dalam American Journal of Obstetric and Gynecology menunjukkan pesakit yang mengalami masalah endometriosis mungkin mempunyai peningkatkan bahan kimia yang menyebabkan kesakitan dan keradangan.

Minyak flaxseed, minyak borage, minyak black currant seed, omega-3 atau minyak evening primrose diketahui umum berkesan untuk mengurangkan keradangan.

Rawatan dengan asid lemak perlu (omega-3) mungkin boleh ditambah dengan vitamin E, vitamin B-Complex, vitamin C, bioflovonoids, kalsium dan magnesium. Mineral dan antioksida ini sangat berguna untuk mengelakkan endometriosis melekat antara satu sama lain kerana dipercayai radikal bebas juga memainkan peranan dalam penyakit ini.

Terdapat beberapa pengkaji juga mempercayai bahawa peningkatan kadar endometriosis adalah disebabkan oleh peningkatan hormon estrogen yang didapati daripada daging, ayam dan semua produk tenusu. Mereka juga mencadangkan agar sistem penghadaman sepatutnya dijaga dengan baik supaya toksin daripada makanan tidak melekat di usus.

Yang terakhir, jangan lupa untuk bersenam secara sederhana. Cukuplah dengan berjalan kaki atau joging, senaman yang ringan sahaja ya kerana dipercayai wanita yang bersenam terlalu berat dalam jangka masa yang lama bukan saja hilang senggugutnya malahan haid juga boleh berhenti sama sekali, sehinggalah senaman berat itu dikurangkan.

Walaubagaimanpun harus difahami, merawat endometriosis bukanlah merawat ketidaksuburan kerana masalah kesuburan adalah lebih kompleks. Jadi tak semestinya sistem endometriosis anda dah terkawal, masalah kesuburan juga dah selesai.

Jika anda berminat untuk berikhtiar dengan produk Shaklee, saya bersedia membantu. Uterus dan ovari adalah organ lambang kewanitaan. Ramai wanita terpaksa mengorbankan kedua-duanya kerana endometriosis walaupun masih ada cara lain untuk berikhtiar. Jangan biarkan anda menjadi salah seorang daripada mereka.

Kenapa Pesakit Endometriosis Lambat Dirawat?

Dalam masyarakat kita, macam dah sebati bahawa sakit period atau senggugut tu normal. Dikatakan senggugut ni akan hilang lepas berkahwin dan beranak, tapi tak hilang juga pun. Dan lebih teruk lagi kalau sakit senggugut tu disebabkan oleh endometriosis, peluang nak mengandung pun makin tipis.

Dalam laporan Endometriosis Association’s pada 1998, daripada 4000 wanita yang disahkan menghidap endometriosis, 2/3 daripada mereka mengalami simptom senggugut sebelum berusia 20 tahun. Maksudnya remaja-remaja yang mengalami senggugut tak boleh pandang ringan masalah mereka, lebih-lebih lagi kalau sakit sangat. Bila dibiarkan lama, itu yang endometriosis jadi makin teruk. Jika boleh dikesan lebih awal, simptom dan perkembangan penyakit boleh dikawal.

Cadangan Suplemen Shaklee Untuk Pesakit Endometriosis

cara sembuhkan penyakit endometriosis

Vivix

Bahan aktif Vivix iaitu resveratrol telah mendapat perhatian ramai saintis kerana memberi manfaat dalam bidang kesihatan, termasuk kepada pesakit endometriosis.

Resveratrol yang bersifat anti-radang membantu mengurangkan sakit. Bersifat anti neoplastik yang mencegah pembentukan sel asing dalam badan. Resveratrol juga berfungsi memelihara sel-sel badan.

Semua ini dibuktikan melalui sains.

OmegaGuard

Mengandungi asid lemak omega-3 yang berfungsi sebagai anti radang untuk mengurangkan sakit

GLA Complex

Mengandungi asid lemak omega-6 yang membantu mengawal selia hormon wanita.

Nutriferon

Menggalakkan penghasilan interferon secara semulajadi sekaligus meningkatkan sistem imun untuk memusnahkan tisu asing dalam badan.

VitaLea, B Co dan Vita C

Vitamin dan mineral yang penting yang diperlukan oleh badan untuk fungsi normal.

Jadi, perlu ingat, walaupun kebanyakan sakit senggugut ialah fisiologikal, memang biasa berlaku dikalangan remaja tapi jika sakit berterusan dan sangat sakit, sebaiknya bawa jumpa doktor untuk rawatan lanjut. Jika endometriosis dikesan lebih awal, lebih senang untuk dikawal dan potensi sistem pembiakan boleh dilindungi.

Jika ingin berikhtiar dengan mengawal pemakanan dan suplemen, boleh whatsapp saya di 012 621 1883. Nama saya Fyda.

Atau boleh isi borang di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *