Adakah Mineral Zink Boleh Membantu Pesakit Covid-19 Atau Mencegah Covid-19?

sembuhkan covid

Adakah Mineral Zink Boleh Membantu Pesakit Covid-19 Atau Mencegah Covid-19?

Dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nutrient, data daripada 249 dewasa yang dimasukkan ke hospital akibat Covid-19 antara 9.3.2020 dan 1.4.2020. Majoriti peserta berumur 65 tahun dan 51% mereka ialah lelaki.

Daripada jumlah mereka itu, 28% dimasukkan ke ICU dan 9% meninggal dunia di hospital.

sembuhkan covid

Dianggarkan 23% peserta mempunyai paras zink dalam darah yang rendah semasa dimasukkan ke hospital. Pesakit yang mempunyai paras zink yang rendah cenderung mengalami simptom Covid-19 yang teruk dengan keradangan yang tinggi.

Untuk peserta yang mempunyai paras zink yang sihat, tempoh masa untuk sihat lebih cepat berbanding yang paras zink nya rendah. 8 hari berbanding 25 hari.

Orang yang mempunyai paras zink yang rendah mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi berbanding paras zink yang normal.

Namun, para pengkaji tidak dapat buktikan dengan pasti sama ada kekurangan zink menyebabkan Covid-19 jadi makin teruk atau jangkitan Covid-19 yang teruk menyebabkan zink menjadi rendah.

Bagaimanapun, jangkitan kuman menyebabkan keradangan dan vitamin dan mineral yang banyak diperlukan untuk menguruskan keadaan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.