Cara Makan Norcolut Untuk Lambatkan Haid Wanita Nak Kerjakan Haji Dan Umrah

cara makan pil norculut

Cara Makan Norcolut Untuk Lambatkan Haid Wanita Nak Kerjakan Haji Dan Umrah

Alhamdulillah, tahniah kepada anda yang dipilih untuk mengerjakan haji pada usia yang muda. Kalau lelaki, takda masalah tapi kalau wanita yang masih muda ni tentu ada cabaran sikit, iaitu cabaran haid. Namun begitu,wanita haid tak boleh tawaf dan solat je. Ibadah haji yang lain tetap boleh dilakukan.

So, jika anda kira-kira tarikh datang haid tu tak terkena pada tarikh tawaf, tak ada masalah la. Tapi selalunya haid ni kadang-kadang tak datang pada waktu yang sama setiap bulan kan?

Jadi, ada cara untuk bersedia atau ikhtiar untuk menangguhkan haid. Tapi apa hukumnya jika tangguhkan haid? Boleh ke tak?

 

 

Menurut General Authority Of Islamic Affairs & Endowsments (United Arab Emirates).

Badan ini mengeluarkan pendapat seperti berikut: Dibolehkan bagi seorang wanita yang melakukan haji itu untuk menggunanakan pil bagi melewatkan kitaran haid selepas dirinya berbincang dan mendapatkan pandangan daripada pakar perubatan. (Rujuk pautan berikut https://goo.gl/-Xj2E4A2- Dar al Ifta’ Jordan)

Badan ini berpendapat, dibolehkan bagi seorang wanita meminum ubat-ubatan yang dapat melewatkan kitaran haidnya. Khususnya apabila terdapatnya keperluan dari sudut syarak untuk mengambilnya. Seperti takut penemannya ketika proses haji dan umrah tidak dapat menunggu dirinya apabila dia terlewat disebabkan kedatangan haid. (Lihat selanjutnya di pautan berikut https://goo.gl/BwYvvz)

Namun, jika perbuatan ini memudaratkan wanita tersebut, maka perlulah dielakkan.

Pil Hormon Progesteron Boleh Bantu Tangguhkan Haidcara makan pil norculut

Pil hormon ini glemer dengan nama Norculut. Ubat ini sebenarnya mengandungi hormon progesterone (hormon wanita) . Nama sebenar ialah Norethisterone dan setiap tablet mengadungi 5 mg norethisterine.

Ubat ini bertindak dalam rahim dan pada sistem kawalan hormon wanita dan menahan dari keluar haid.

Dan ubat ini juga sebenarnya ialah salah 1 pil perancang.

Apakah Kegunaan Ubat Norculut?

Ubat Norculut ni tentulah digunakan untuk lambatkan haid sebab keadaan tertentu. Yang paling kerap orang buat ialah:

1. Haji Dan Umrah

Untuk sesuatu tujuan saperti pergi Haji atau Umrah , bila makan tablet Norculut dari mula hingga akhir , ia membolihkan wanita buat amal ibadat saperti solat dan tawaf. Ibadah lain seperti wukuf, sa’ie tak ada masalah kalau buat masa haid.

2. Puasa penuh bulan Ramadhan

Ada juga orang yang makan ubat ni sebab nak puasa penuh pada bulan Ramadhan. Tak nak ganti la kekdahnya kan? Tapi menurut pendapat Syeikh Uthaimin yang mana pendapat ini jua sama seperti Dr. Yusuf al-Qardhawi yang berkata:

“Pada pendapat saya, sebaik-baiknya wanita itu mengikut sifat kejadian semula jadinya. Haid adalah sesuatu yang tabi’ie dan tidak dapat dielakkan. Ia datang daripada Allah. Sekiranya wanita itu hendaklah memakan ubat untuk melewatkan haid agar ia tidak datang di dalam bulan Ramadan, hukumnya tidak mengapa, dengan syarat ubat itu tidak memudharatkan dirinya.

Mereka boleh meminta nasihat orang-orang alim dan pakar, atau nasihat doctor mengenai ubat itu. Menelan pil tersebut akan membolehkannya berpuasa genap sebulan pada bulan puasa dan akan diterima Allah, insya-Allah.” Saya berpendapat kita mengikut sunnatullah dengan tidak mengambil pil adalah lebih baik.

3. Nikah 

Selalunya orang nak kahwin masa haid kan? Barulah tak payah cuci mekap. Tapi, ada juga mungkin nak berbulan madu di luar negara ke kan?

Bagi saya, tak perlu lah makan ubat sebab tu. Mungkin boleh pilih tarikh lain untuk bulan madu.

4. Masalah senggugut

Untuk orang yang alami masalah senggugut dan mungkin ada sesuatu yang penting waktu dia patut datang haid, mungkin exam atau interview so taknaklah datang haid kan? Kalau senggugut macam mana nak jawab exam kan?

Tapi kalau nak kurangkan sakit senggugut, boleh klik link kat bawah ni.

Cara Mudah Kurangkan Sakit Senggugut Dengan Makanan.

tips haid tak teratur

Cara Makan Ubat Norculut Untuk Persediaan Haji Atau Umrah

5 hari sebelum mulakan perjalanan pergi Mekah, makan 2 biji (10mg) 2 kali sehari. Iaitu ketika sarapan pagi dan makan malam.

Boleh makan sama ada anda sedang haid atau tidak. Kalau haid pun, lepas 2-3 hari, haid akan berhenti.

Terus makan sehingga balik haji atau umrah.

Namun begitu, kita hanya ikhtiar dan kalau datang haid juga semasa di Mekah, mungkin Allah nak kurniakan pahala jika anda bersabar dengan ketentuannya.

Selain daripada persediaan untuk masalah haid, anda juga perlu bersedia untuk jaga kesihatan dan kekuatan badan semasa melakukan ibadah haji dan umrah. Juga untuk kuatkan imun badan untuk memastikan badan sihat walaupun berlaku perubahan cuaca.

Semoga urusan ibadah anda lancar dan mendapat haji atau umrah yang mabrur.

Untuk hubungi saya, boleh hubungi Fyda di 012 621 1883

atau direct whatsapp

www.wasap.my/60126211883/norculut

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.