Cara Lap Vagina Yang Salah Lepas Buang Air Boleh Tingkatkan Risiko Keputihan

jangkitan kulat

Cara Lap Vagina Yang Salah Lepas Buang Air Boleh Tingkatkan Risiko Keputihan

Baru-baru ni saya sendiri terkena jangkitan kulat pada vagina. First time ni kena. Aduuhhh.. betul-betul gatal kan? Masukkan 1 ubat antikulat tu alhamdullillah, terus ok.

Kesihatan vagina juga adalah antara masalah kesihatan yang malu untuk dibincangkan oleh wanita. Dan juga masalah ni agak mengelirukan sikit. Sebab secara normalnya vagina akan keluarkan cecair. Namun, sama ada cecair tu normal atau tak itu yang jadi masalah dia.

Sebab tu ada antara wanita yang anggap semua cecair itu adalah normal, sebabnya malu nak mengadu kepada anggota kesihatan.

So, nak tau tak masalah yang dikaitkan dengan vagina?

jangkitan kulat

Jangkitan Yang Berkaitan Dengan Vagina Yang Patut Anda Tahu

1. Jangkitan kulat pada vagina

Jangkitan kulat biasanya disebabkan oleh sejenis kulat yang namanya Candida albicans. Jangkitan ini keputihan yang berketul seperti keju dan kegatalan pada kawasan vagina. Ada juga yang rasa sakit semasa melakukan hubungan seksual.

Seorang wanita mungkin berkali-kali kena jangkitan kulat, namun bila sistem imun tak boleh lawan kulat tu, barulah akan menunjukkan simptom.

Namun, jangkitan kulat ini bukan penyakit yang berjangkit melalui hubungan seks.

2. Jangkitan bakteria pada vagina (Bacterial vaginosis)

Vagina wanita memang dilindungi oleh bakteria-bakteria baik, sama macam usus. Namun yang jadi masalah bila bakteria ini tak mampu melawan bakteria jahat yang bertandang.

Jika terkena jangkitan kulat, vagina akan mengeluarkan keputihan seperti susu dan berbau busuk. Ramai juga wanita yang tak menunjukkan apa-apa simptom. Bacterial vaginosis juga tidak berjangkit melalui hubungan seks.

3. Jangkitan yang disebarkan melalui hubungan seksual.

Selain daripada tu, ada banyak penyakit vagina yang mengeluarkan cecair yang tak normal dan disebarkan melalui hubungan seksual. Termasuklah trichomoniasis, chlamydia, ketuat pada anggota sulit, gonorrhea dan herpes.

Bagaimana Nak Mencegah Jangkitan Vagina?

Disebabkan oleh masalah jangkitan vagina banyak disebabkan oleh hubungan seksual, maka sangatlah penting untuk kenali pasangan yang akan buat hubungan seksual dengan anda. Jangan buat seks secara rambang dan amalkan hubungan seksual yang selamat.

Ada beberapa cara untuk kurangkan risiko jangkitan vagina yang saya nak cadangkan,

1. Pastikan kawasan vagina sentiasa kering. Terutamanya selepas mandi selepas pergi tandas. So pastikan anda sentiasa bawa tisu dalam handbag bila nak keluar. Mana tau tandas kat luar tu tak ada tisu.

2. Ramai orang yang main lap je kawasan vagina lepas pergi toilet. Rupanya nak lap vagina ni pun ada seni dia. Cara dia adalah lap dari depan ke belakang, bukan sebaliknya. Sebab di kawasan dubur tu memang ada banyak kuman yang boleh menyebabkan jangkitan. Jika anda lap dari belakang ke depan, risiko untuk jangkitan vagina dan kencing kotor adalah tinggi.

Apa lagi jarak dubur dan vagina adalah dekat dan jarak lubang kencing dan pundi kencing juga dekat. Sebab tu wanita lebih cenderung untuk kena jangkitan kencing.

3. Pemilihan spender yang sesuai, iaitu dengan memilih seluar dalam yang longgar. Elakkan seluar dalam yang ketat. Kerana keluar dalam ketat ni boleh memerangkap kelembapan dan haba. Yang mana keadaan yang sangat disukai oleh kuman untuk membiak.

masalah keputihan

Bagaimana Nak Kekalkan pH Semulajadi?

Vagina ni dia sama macam sistem penghadaman yang juga didiami oleh bakteria baik yang menjaga keseimbangan pH sihat untuk vagina. Bakteria ini membantu kesihatan vagina dengan menghasilkan asid laktik untuk memastikan keadaan yang berasid dan mengelakkan pertumbuhan bakteria yang bahaya.

Bagaimanapun, ada keadaan yang mengganggu keseimbangan pH ni. Termasuklah semasa datang haid, mengandung, selepas bersalin, penggunaan alat perancang jenis hormon dan antibiotik dalam jangka masa yang lama.

Selain itu, keseimbangan hormon estrogen dan progesteron terganggu dengan peningkatan usia dan menopaus. Bakteria yang baik ini perlukan estrogen. Jadi, kalau estrogen kurang, bakteria ni pun akan berkurang dan lebih mudah terdedah kepada jangkitan. Selain itu, estrogen berkurang juga menyebabkan vagina terasa kering dan tidak selesa.

Jadi, orang dalam kumpulan ni memang kena jaga keseimbangan pH vagina untuk elakkan masalah-masalah macam ni.

Cara Paling Mudah Untuk Jaga Kesihatan Vagina

Ramai wanita yang tak kisah kesihatan vagina dan main basuh je dengan apa-apa sabun. Sabun mandi yang biasa tu ada yang kasar dan boleh menyebabkan iritasi dan keradangan pada vagina. Selain rasa tak selesa, keseimbangan pH akan terganggu dan boleh menyebabkan jangkitan.

Jadi, anda perlu pilih pencuci vagina yang sesuai, termasuklah,

1. Melindungi pH semulajadi vagina.

2. Mempunyai bahan semulajadi, contohnya asid laktik dan laktoserum.

3. Mempunyai bau yang semulajadi tak tak kuat.

4. Dicadangkan oleh doktor. Jangan lupa untuk berbincang dengan doktor dulu sebelum gunakan apa-apa pencuci vagina.

5. Lembut untuk kegunaan sepanjang hari.

Dan ada lagi 1 benda yang boleh bantu menjaga kesihatan vagina anda. Dan bukan saja vagina, tapi kesihatan secara keseluruhan.

Suplimen Terbaik Untuk Jaga kesihatan Vagina.

Saya cadangkan Vivix untuk jaga kesihatan badan secara kseluruhan, terutamanya bila usia dah makin meningkat. Kebaikan Vivix untuk kesihatan vagina:

keputihan semasa mengandung

1. Meningkatkan sistem imun

Seperti yang saya dah cerita kat atas tadi, sistem imun adalah sangat penting untuk kesihatan vagina. Kerosakan sistem imun meningkatkan risiko jangkitan kuman termasuklah di vagina.

Vivix yang merupakan makanan super antioksida membantu tingkatkan sistem imun badan dan mengelakkan penyakit berulang.

2. Mengawal keseimbangan hormon

Polifenol tumbuhan yang terdapat dalam Vivix boleh membantu untuk mengawal keseimbangan hormon estrogen dan progesteron. Yang mana peningkatan hormon estrogen  boleh meningkatkan risiko banyak penyakit berkaitan wanita termasuk kanser payudara.

3. Mengurangkan keradangan

Keradangan boleh menyebabkan rasa tak selesa pada vagina. Kerana vagina mungkin jadi kemerahan dan bengkak.

Jangkitan kulat dan bakteria boleh menyebabkan keradangan pada kulit.

4. Melegakan alergi

Vivix bantu kurangkan alergi yang disebabkan oleh jangkitan kuman dan kulat. Bagi wanita yang ada ekzema dan psoriasis juga adalah antara yang terbaik untuk kurangkan simptom anda.

5. Anti-kulat

Kandungan dalam Vivix iaitu Elderberry (Sambucus nigra) amar berkesan dalam melawan jangkitan kulat yis Candida albicans.

6. Anti-bakteria

Vivix bertindak sebagai anti-kuman yang bukan saja boleh membunuh kuman yang jahat tapi boleh memelihara bakteria yang baik.

7. Bantu cepatkan luka melecet di faraj

Vivix sangat berkesan untuk mempercepat penyembuhan luka di faraj akibat jangkitan. Jangkitan kulat menyebabkan kawasan vagina jadi sangat gatal. Best sangat bila digaru. Kadang-kadang sampai kulit pun luka.

Kulit yang kena jangkitan juga jadi lebih nipis sebab sensitif. So, Vivix akan bantu sembuhkan luka itu dengan cepat.

Bagaimana Nak Dapatkan Vivix Shaklee?

Jika anda sering kena jangkitan pada vagina, adalah lebih baik buat pemeriksaan untuk pastikan takda penyakit-penyakit yang bahaya.

Namun, janganlah tunggu penyakit baru nak bertindak. Sebab bila dah dapat penyakit, nak kembalikan kesihatan tu lagi susah.

Hubungi Fyda untuk dapatkan Vivix atau nak dapat info lanjut

Fyda – 012 621 1883

atau direct whatsapp

www.wasap.my/60126211883

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *