Cara Kurangkan Sakit Kepala Migrain Dan Cegah Sakit Berulang

apakah penyakit migrain

Cara Kurangkan Sakit Kepala Migrain Dan Cegah Sakit Berulang

Dulu ibu saya adalah penghidap migrain, dan apabila ibu diserang migrain, dia hanya akan tidur dan tiada seorang pun adik-beradik kami dibenarkan menganggu sehinggalah dia sendiri keluar dari bilik. Saya juga pernah berpengalaman menjaga kawan ketika serangan migrain. Saya sendiri tidak dapat menggambar sakitnya apabila dia hanya mampu menarik rambut dan cuba menghentak kepala ke dinding sehingga tertidur.

Migrain adalah salah satu penyebab sakit kepala kronik, iaitu boleh berlaku secara berulang-ulang dan secara tiba-tiba. Masalah ini lebih kerap melanda wanita wanita berbanding lelaki. Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki menghidap migrain. Biasanya migrain bermula sejak dari kanak-kanak atau remaja, dan lebih ketara pada zaman remaja dan apabila meningkat dewasa, migrain semakin berkurang pada usia 45-50 tahun walaupun mungkin ada yang terus menderita sakit migrain sepanjang hayat.

90% penghidap migrain terkena serangan pertama pada usia 40 tahun. Punca sebenarnya migrain masih tidak diketahui. Namun, risiko untuk seseorang mendapat migrain adalah tinggi sekiranya ahli keluarga terdekat juga menghidap migrain.

3 Gejala Paling Penting Untuk Mengenal Migrain

Terdapat 3 gejala paling penting untuk mengenal migrain, iaitu sakit kepala secara tiba-tiba disertai dengan loya atau muntah dan kehadiran aura iaitu amaran bahawa migrain akan datang, yang paling kerap masalah berkaitan penglihatan. Namun, migrain tanpa aura adalah paling kerap berlaku, iaitu 5 kali lebih kerap daripada migrain dengan aura.

apakah penyakit migrain

Jenis-jenis migrain

Migrain boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama :

1. Migrain dengan aura Merupakan jenis migrain yang klasik. Maksudnya , migrain sepatutnya hadir dengan aura walaupun lebih ramai yang mengalami migrain tanpa aura.

2. Migrain tanpa aura Migrain ini adalah migrain yang biasa dan lebih kerap berlaku.

Gejala-gejala migrain.

1.Sakit kepala dan muntah

Migrain bermula dengan simptom yang tidak spesifik seperti rasa penat dan tidak selesa, diikuti dengan aura masalah berkaitan saraf atau mungkin tiada aura. Kemudian mula rasa sakit kepala yang teramat sangat dan berdenyut-denyut biasanya pada bahagian sebelah kepala.

Seseorang juga mungkin muntah dan tidak tahan berada di tempat yang terang atau bunyi yang kuat. Apabila berlaku serangan migrain, pesakit tidak dapat meneruskan kerja atau aktiviti-aktiviti yang sedang dilakukan. Ketika serangan migrain, pesakit lebih selesa berbaring dalam bilik yang gelap dan sunyi untuk tidur.

Biasanya sakit migrain akan berkurang selepas bangun tidur dan beransur pulih dan hilang sepenuhnya selepas 4-72jam. Namun ada juga yang mengalami sakit migrain sehingga beberapa hari.

2.Aura

Aura ialah tanda-tanda amaran sebelum sakit kepala yang biasanya melibatkan sistem saraf. Ini berlaku berdasarkan bahagian otak mana yang terganggu ketika serangan migrain dan biasanya tertumpu pada bahagian tertentu sahaja. Aura biasanya berlaku dalam 1-15 minit. Contoh-contoh aura ialah:

  • Aura penglihatan (visual aura) : Contohnya kehilangan sebahagian daripada penglihatan secara sementara atau kelipan cahaya seperti garisan zig-zag yang merebak sebelum hilang sepenuhnya daripada penglihatan.
  • Aura deria rasa: Ada yang rasa kebas atau semut-semut pada 1 bahagian badan dan merebak ke tempat lain. Contohnya muka, bibir dan tangan.
  • Ada juga pesakit yang mengalami masalah pertuturan sementara.
  • Lain-lain : Bau atau perasaan yang aneh, atau terdapat kekeliruan dalam pemikiran.

Aura-aura ini biasanya hilang bersama sakit kepala, namun ada juga simptom yang tidak hilang yang dipanggil migrain yang rumit.

Faktor pencetus migrain

Penyebab migrain tidak diketahui, namun beberapa faktor pencetus yang dikenal pasti menyebabkan migrain kerap berlaku.

  • Makanan – Contohnya minuman atau makanan beralkohol, buah-buahan sitrus, minum berkafein seperti kopi atau teh dan makanan yang mengandungi tyramin seperti keju, yogurt dan kacang.
  • Persekitaran – Merokok atau terdedah dengan asap rokok ataupun asap-asap lain, cahaya yang terang dan berkelipan seperti dari TV, bunyi bising atau bau yang kuat.
  • Psikologi – Kemurungan, cemas, marah, letih, tertekan mungkin boleh menjadi pencetus migrain. Namun, ada juga yang mengalami migrain dalam keadaan yang relaks jika pencetus migrain adalah tekanan kerana biasanya serangan berlaku selepas tempoh stress iaitu pada hujung minggu atau permulaan cuti.
  • Ubat-ubatan – Contohnya rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga.
  • Lain-lain – Ketika haid, menopause atau pertukaran masa tidur.

Bagaimana mengesahkan migrain

Tidak ada ujian khusus untuk diagnos migrain, namun biasanya doktor akan bertanyakan soalan dengan terperinci dan melakukan pemeriksaan fizikal untuk menunjukkan pesakit tidak mengalami tanda-tanda luar biasa kerana kebiasaan pesakit migrain adalah normal. Mungkin juga ada doktor yang melakukan ujian darah ataupun imbasan kepala untuk memastikan tiada punca lain yang menyebabkan sakit kepala.

Rawatan penyakit migrain

Rawatan migrain boleh dibahagikan kepada rawatan akut iaitu ketika serangan berlaku dan rawatan pencegahan. Namun, pesakit adalah dinasihatkan untuk berunding dengan doktor sebelum memulakan apa-apa rawatan.

1. Rawatan akut

Rawatan ini diberi untuk memberikan kelegaan segera ketika serangan migrain. Ubat tahan sakit seharusnya diambil segera apabila tanda-tanda sakit kepala bermula untuk mengurangkan tahap kesakitan dan menghilangkan sakit dengan lebih cepat dan berkesan.

Contoh-contoh ubat tahan sakit ialah panadol (paracetamol), mefenamin acid (ponstan), brufen (ibuprofen), diclofenac (voltaren), naproxen (synflex) dan sebagainya.

Rawatan ini boleh diulang beberapa jam selepas itu mengikut nasihat doktor atau ahli farmasi jika sakit masih berterusan. Namun, harus diingat, ubat tahan sakit tidak seharusnya digunakan terlalu kerap dan tanpa kawalan kerana sakit kepala akan semakin teruk jika makan secara berlebihan.

Selain itu, pesakit juga perlu berwaspada dengan kesan sampingan ubat-ubat tersebut. Ubat khas untuk migrain daripada kumpulan triptan (contohnya sumatriptan) boleh diambil jika ubat tahan sakit tidak berkesan untuk mengurangkan kesakitan.

Untuk serangan migrain yang teruk, doktor mungkin mencadangkan ergot alkaloid, namun ubat ini tidak sesuai untuk golongan berumur, ibu mengandung dan pesakit yang mempunyai masalah jantung.

Untuk yang mengalami muntah atau loya pula, ubat penahan muntah boleh diambil. Contohnya ialah metoclopramide (maxolon) dan prochlorperazine (stemetil)

2. Rawatan pencegahan

Rawatan pencegahan adalah untuk mengurangkan tahap kesakitan dan kekerapan berlakunya serangan migrain. Ia biasanya diberikan apabila sakit kepala semakin kuat dan kerap sehingga mengganggu aktiviti harian pesakit. Ia harus diambil setiap hari secara berterusan dan boleh dihentikan 3-6 bulan kemudian jika sakit kepala terkawal.

Contoh rawatan pencegahan ialah pizotifen (sandomigran), flunarizine (sebelium), propanolol dan sodium valproic (epilim).

3. Rawatan tanpa ubat

Selain itu, pesakit dinasihatkan supaya mengenali faktor risiko yang boleh mencetuskan serangan migrain dan menjauhinya. Teknik relaksasi, belajar menangani stress dengan berkesan juga adalah antara teknik untuk menjauhi migrain.

Beberapa kajian juga dilakukan ke atas makanan tambahan yang dipercayai boleh mencegah dan mengurangkan sakit dan kekerapan migrain.

Suplemen yang disarankan ialah magnesium, co-enzyme Q10 dan vitamin B2.

Komplikasi migrain Jika Tak Dirawat Dengan Baik

Migrain dikaitkan dengan pembentukan darah beku pada bahagian otak dan risiko berlaku strok atau angin ahmar. Namun, komplikasi ini sangat jarang berlaku dan kemungkinan jika seseorang mengalami migrain yang teruk dan berpanjangan mempunyai risiko ini.

Saya harap anda dapat gambaran serba sedikit tentang migrain dan sakit kepala ini. Jangan biarkan terus sakit kepala ya, terutama wanita yang dah ada family. Kita ada tanggungjawab untuk jaga anak-anak dan suami. Kalau asyik sakit kepala ja, dah tentu tugas harian pun akan terganggu.

Saya boleh bantu anda untuk cegah dan kurangkan risiko untuk sakit kepala. In sha Allah.

Hubungi saya ok, Fyda – www.wasap/my/60126211883

Atau isi borang di bawah

 

Sumber Myhealth

MigrainTrust

Davidson’s Principle & Practice of Medicine

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *