Cara Kira Waktu Subur Perempuan Untuk Mudah Hamil

cara kira waktu subur

Cara Kira Waktu Subur Perempuan Untuk Mudah Hamil

Ramai pasangan yang sudah lama berkahwin tapi belum mendapat zuriat. Walaupun mereka melakukan hubungan intim secara kerap namun keputusan masih hampa. Apa yang menghalang mereka daripada mendapat anak. Kebiasaanya pengetahun mengenai waktu subur kadang-kadang zero. Telur wanita hanya dikeluarkan sebiji (kebiasaannya, ada juga kes lebih sebiji) setiap bulan, dan tanda-tanda pengeluarn telur ini sangat mudah. Jadi ambil masa sikit baca dan amalkan.

Saya nak share macammana nak tahu bilakah waktu subur wanita, tapi sebelum itu, kita tengok dulu kitaran haid wanita dan apa yang berlaku setiap bulan untuk lebih faham.

Kitaran haid wanita dikira dari hari pertama haid. Kitaran haid wanita dikawal oleh 4 hormon. 2 daripadanya dirembeskan oleh kelenjar di otak dan 2 lagi dihasilkan oleh ovari. 2 yang dihasilkan oleh kelenjar di otak ialah Follicle Stimulizing Hormone (FSH) – untuk merangsang perkembangan ovum atau telur wanita dan Lutenizing Hormon (LH) – yang membebas ovum ketika waktu subur.

Manakala lagi dua adalah yang biasa kita dengan estrogen – berfungsi untuk meningkatkan lapisan darah dalam rahim manakala hormon progesteron pula berfungsi mengekalkan ketebalan lapisan darah itu sebagai persediaan untuk kehamilan jika proses persenyawaan berlaku. Sebenarnya hormon-hormon ni ada banyak lagi fungsi dia, tapi saya cerita kesan dia dalam kitaran haid sahaja.

cara kira waktu subur

Jika merujuk kepada rajah diatas, pada hari pertama haid, semua hormon adalah rendah, jadi pendarahan akan berlaku kerana dinding rahim tidak disokong oleh hormon, dan suhu badan juga adalah rendah. Dalam masa yang sama, telur wanita akan mula berkembang disebabkan kehadiran hormon FSH, diikuti oleh estrogen yang kepekatannya dikawal oleh FSH dan dinding rahim mula menebal selepas hari ke-7 dalam kitar haid.

Diikuti oleh LH yang dibiasakan mencapai kepekatan paling tinggi pada hari ke-14 kitaran haid. Ketika inilah ovum akan dibebaskan dari ovari dan masuk ke dalam rahim. Jika kita lihat, suhu badan akan meningkat sikit selepas hari ke14. Kemudian hormon progesteron akan dirembeskan untuk mengekalkan ketebalan dinding rahim jika berlaku persenyawaan.

Begitulah secara ringkas proses kitaran hormon wanita. Senang kan? Tapi ini untuk wanita yang periodnya tetap tiap-tiap bulan. Kalau period tak tetap, susahlah sikit nak kira waktu subur.

Jadi, secara praktikal, bagaimana untuk mengetahui waktu subur?

Mengikut Kitaran Haid

Seperti yang telah diterangkan, kitaran haid berlaku setiap bulan. Namun kaedah ini hanya boleh diapply kepada wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap. Jika anda mempunyai record haid anda, adalah lebih mudah untuk menentukan waktu subur. Biasanya, dalam 3 hari sebelum dan 3 hari selepas tarikh subur itulah waktu paling sesuai untuk membuat hubungan intim. Sekarang ada banyak application di smart phone untuk mencatatkan tarikah haid anda, atau boleh catat di mana-mana kalendar.

Jika haid anda tidak tetap, lagilah penting untuk mencatat tarikh haid, kerana waktu subur lebih kurang 14 hari sebelum haid seterusnya, jadi anda boleh melihat pattern haid anda.

Suhu badan

Seperti yang ditunjuk dalam rajah, suhu badan akan meningkat sedikit sewaktu subur. Mungkin wanita akan berasa lebih hangatdaripadabiasa.. Hihi..atau boleh catat suhu setiap hari dengan termometer dan anda boleh lihat pattern suhu badan yang mana bila waktu subur, memang suhu akan meningkatkan lebih tinggi daripada hari-hari biasa.

Cecair faraj

Sepanjang kitaran haid kepekatan dan cecair faraj kita bergantung kepada hormon. Bila waktu subur, hormon progesteron akan meningkat dan cecair faraj menjadi lebih cair dan banyak. Kalau perasan cecair faraj banyak, mungkin tak ada masalah lain tapi disebabkan itu adalah waktu subur. Tapi kalau berterusan, banyak dan gatal di bahagian kangkang baik pergi cek lah kat klinik. Takut ada masalah lain.

Jika dah faham macammana nak kira waktu subur, masa-masa yang agak subur tu, boleh bersama suami. Mungkin dalam 3 hari sebelum atau 3 hari selepas waktu subur tu. Contohnya, kalau agak-agak hari subur kita hari ke-14, jari hari ke-10 hingga hari ke-17 tu boleh bersama setiap hari lah.

Salah Faham Waktu Subur

Walaupun telur dibebaskan pada hari ke-14 dalam kitaran haid, namun itu berdasarkan teori sahaja, jadi waktu sebenar tidak diketahui, tapi kurang lebih dalam masa seminggu tu lah, jadi dinasihatkan anda melakukan hubungan intim antara hari ke-10 hingga hari ke-17 kitaran haid, waktu inilah dipanggil waktu subur.

Kenapa sampai seminggu?

Sebabnya ovum wanita hanya hidup selama 24 jam saja manakala sperma lelaki adalah lebih lama. Ini untuk memastikan sperma tunggu saja ovum datang. Bila ovum dah sampai, terus sperma pun berlumba lah nak masuk dalam ovum. Macam itulah idea dia.

Masalah haid tak teratur

Kebanyakan masalah haid ni biasanya masalah yang benign, maknanya yang tak melaratlah. Memang ada banyak sebab haid tak teratur, antaranya:

1. Berat badan yang naik atau turun dengan mendadak

2. Senaman yang ekstrim dan berlebihan. Biasanya berlaku kepada atlet.

3. Kekurangan nutrisi tertentu. Biasanya berlaku jika berlebihan karbohidrat.

4. Merokok dan penyalahgunaan dadah

5. Kafein. Mungkin bagi setengah orang tak ada masalah.

6. Pengambilan alkohol berlebihan. Alkohol boleh mengganggu metabolisma estrogen dan progesteron.

7. Tekanan perasaan berlebihan

8. Polycystic ovarian sydrome (PCOS)

9. Masalah berkaitan uterus – termasuklah fibroid, cyst atau endometrosis

10. Ketakseimbangan hormon kerana peri-menopaus.

11. Ubat-ubatan tertentu, termasuk kaedah perancang keluarga jenis hormon.

12. Kemoterapi

13. Baru melahirkan anak, keguguran atau menjalani prosedur cuci rahim.

14. Menyusukan anak.

Setiap masalah perlu dikenalpasti dan dirawat dengan sepatutnya.

Bagaimana Nak Betulkan Balik Period?

1. Dengan GLA dan ESP

GLA Complex Shaklee mengandungi GLA (Gamma Linolenik Asid) dan sunflower oil. GLA telah digunakan oleh ramai wanita sejak zaman-berzaman untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan.

Fungsi dan khasiat ESP untuk wanita pula sukar dipertikaikan. Sebab tu ESP ni jadi pililhan ramai wanita. Untuk mengawal kitaran haid, ESP ni secara tak langsung berkerja dalam tubuh bersama dengan GLA untuk memperbaiki hormon wanita.  Isoflavon yang kaya di dalam soya memberikan fungsi yang sama dengan hormon wanita. ESP juga turut membantu untuk kesuburan.

 

haid tak lancar

Suplemen Lain Yang Boleh Membantu Masalah Haid Tak Teratur

Multivitamin – Vitamin asas yang penting untuk melengkapkan vitamin dan zat yang tak cukup dalam pemakanan harian.

Vitamin B complex- Untuk menangani kesan-kesan stress (yang mana salah satu penyebab haid yang tidak teratur), cuba amalkan vitamin b complex. Vitamin ini kerap dipanggil vitamin anti-stress kerana nutrisi ini digunakan oleh tubuh badan dalam memperbaiki kerosakan apabila dalam keadaan stress.

Magnesium – Mineral ini telah dikelaskan sebagai ‘penenang semulajadi’, jadi ia adalah penting dalam diet sesiapa yang mengalami haid yang tidak teratur. Malah, sesiapa sahaja yang sentiasa sibuk akan mendapat manfaat daripada tambahan magnesium. Tekanan sering faktor dalam ketidakteraturan haid, dan mineral ini dapat membantu dalam keseimbangan gaya hidup yang tertekan.

Antioksidan- antioksidan seperti vitamin A, C, E dan Sellenium membantu menghindarkan sel badan menjadi tidak normal. Seperti contoh sekiranya anda mempunyai masalah endometrial hyperplasia (penebalan dinding rahim), adalah baik untuk mencegah sel ini berkembang. Pencegahan adalah dengan mengambil vitamin antioksidan

Semoga dengan perkongsian ini, anda boleh amalkan dan mendapat berita gembira tak lama lagi. In sha Allah.

Bagaimana pula dengan yang ada masalah haid tak teratur? Boleh cuba betulkan kitaran haid dulu. Whatsapp saya untuk bantuan.

012-621 1883

Nama saya Fyda Noh. Tak perlu segan-segan ok..

Kalau nak beli sendiri online, boleh klik haid normal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *