Cara Kawal Tekanan Darah Tinggi Jika Tak Mahu Bergantung Pada Ubat

Cara Kawal Tekanan Darah Tinggi Jika Tak Mahu Bergantung Pada Ubat

Doktor doktor di klinik sudah biasa dengan kerenah sesetengah orang yang sudah dikesan mempunyai tekanan darah yang tinggi tetapi meminta tangguh dan ingin cuba mengawalnya cara kampung. Kerana semua orang tahu, sekali ubat darah tinggi dimulakan, seseorang mungkin perlu bergantung kepada ubat sepanjang hayat. Walaupun ada peluang untuk berhenti, namun peluang itu mungkin tipis.

Penyakit tekanan darah tinggi akan disahkan oleh doktor apabila seseorang mempunyai tekanan sistolik (bacaan di atas) 140 atau lebih dan tekanan diastolik (bacaan di bawah) 90 atau lebih dalam 2 situasi dan masa berlainan, dan berada dalam keadaan tenang tanpa sebarang keadaan yang boleh menyebabkan tekanan darah naik, contohnya kesakitan, ketakutan atau dalam keadaan marah.

Masalah tekanan darah tinggi tidak terkecuali kepada lelaki atau wanita. Namun, mungkin akibat gaya hidup lelaki yang kurang sihat seperti merokok, berkerja secara berlebihan, tidak tahu mengawal tekanan menjadikan lelaki lebih cenderung menghidap penyakit ini. Sementara bagi wanita pula mungkin tekanan menguruskan keluarga.

Namun, memang ramai dikalangan pesakit yang saya temui tidak patuh pada temujanji, sering lupa makan ubat dan sengaja meninggalkan ubat menjadikan tekanan darahnya sukar dikawal.

Kadang-kadang nak paksa, nak marah pun masing-masing sudah dewasa malahan dan warga emas pun. Macam tak kena pesakit tekanan darah tinggi datang jumpa doktor dan doktor membebel sepanjang temujanji. Apa yang saya mampu beri ialah penerangan mengenai komplikasi tekanan darah yang tidak terkawal dengan jelas, semoga mereka insaf.

Bagi pesakit tekanan darah tinggi yang tidak suka makan ubat, saya berkongsi video luahan hati seorang isteri yang suaminya penghidap penyakit darah tinggi dan bagaimana lelaki ini bebas penyakit tersebut.

Ia bukanlah semudah makan produk itu, produk ini. Yang penting mesti disertakan dengan perubahan gaya hidup. Itu yang lebih penting.

Selamat menonton, dah usah tunggu-tunggu lagi untuk kesihatan diri dan yang tersayang.

Jika ingin bincangkan masalah kesihatan anda, atau sekadar nak berbual-bual, boleh whatsapp saya 012 621 1883

Cara merawat tekanan darah tinggi secara semulajadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *