Cara Hadapi Serangan Jantung Ketika Sendirian Yang Betul

sakit jantung

Cara Hadapi Serangan Jantung Ketika Sendirian Yang Betul

Tips menghadapi serangan jantung yang dikatakan ditulis oleh seorang pakar jantung (senior cardiologist) rupanya tidak tepat, menurut salah seorang pakar perubatan kecemasan.

Walaupun tips tersebut telah viral di media sosial dan turut diviralkan oleh beberapa doktor, namun tindakan batuk semasa serangan jantung berlaku adalah tindakan yang bahaya.

Saya mohon maaf kerana turut berkongsi maklumat tersebut di blog saya sebelum ini, tetapi sudah saya padamkan.

sakit jantung

Kematian akibat serangan jantung

Kematian akibat serangan jantung boleh berlaku dalam 2 keadaan:

1. Myocardial infarction

Akibat penyumbatan darah beku atau penyumbatan pembuluh darah ke jantung akibat kolesterol. Dan ramai yang tahu bahawa kematian akibat seranagn jantung disebabkan oleh keadaan ini.

2. Renjatan jantung (Ventricular fibrillation)

Akibat aliran elektrik yang tidak betul dalam jantung, menyebabkan ritma jantung menjadi tidak sekata dan memberi masalah kepada pengaliran darah. Keadaan ini hanya boleh disahkan melalui alat pemantauan jantung.

Berikut adalah petikan daripada Facebook Dr Abdul Rahman bin Abdul Kadir, pakar perubatan kecemasan mengenai isu ini.

KAEDAH MERAWAT SAKIT JANTUNG YANG TIDAK SAHIH

tips hadapi serangan jantungcara menghadapi serangan jantung

tips kuruskan badan

Saya mendapat whatsapp daripada sahabat saya yang bertanya tentang kesahihan merawat sakit jantung apabila berseorangan.

Dalam whatsapp itu dikhabarkan bahawa apabila anda menghadapi sakit dada yang merebak ke rahang dan ke lengan dan anda mengesyaki anda sedang mengalami sakit jantung, anda disyorkan untuk memaksa diri untuk batuk dan menghela nafas panjang.

Kenyataan itu adalah TIDAK BENAR.

Memang jika pesakit mengalami renjatan jantung (Ventrikular fibrillation – VF) ketika rawatan angioplasty dilakukan, pesakit akan disuruh batuk bagi membolehkan mereka untuk terus kekal sedar beberapa saat sementara sumbatan pada salur darah dibuka oleh doktor. Ia diarahkan oleh doktor pakar kardiologi setelah ada bukti bahawa ritma jantung memang dalam keadaan VF melalui pembuktian cardiac monitor yang ada di angio suite.

Akan tetapi, renjatan jantung tidak sama dengan sakit jantung (myocardial infarction). Myocardial infarction boleh membawa kepada renjatan jantung tetapi tidak semestinya renjatan jantung akan berlaku pada setiap sakit jantung. Ia ibarat semua kereta berpotensi mengalami kerosakan enjin tetapi tidak semestinya apabila kerosakan enjin berlaku enjin itu terbakar hangus.

Jika anda mengalami sakit jantung (myocardial infarction), batuk yang melampau dan dipaksa serta helaan nafas yang kencang dan panik akan menyebabkan jantung anda terpaksa bekerja lebih keras dengan bekalan oksigen anda ke jantung terganggu akibat sumbatan salur darah koronari. Justeru itu, ia berpotensi untuk memparahkan  lagi keadaan, menyebabkan jantung rosak lebih teruk malah tidak mustahil menyebabkan renjatan jantung berlaku!

Jadi, apabila anda sedar dan mengalami masalah sakit dada dan gejala-gejala serangan jantung, rawatan terbaik adalah bertenang, bernafas seperti biasa dan segera datang ke hospital atau sekiranya tidak mampu kerana berseorangan, buat panggilan ke 999 meminta bantuan ambulans.

Kami sedia membantu.

…………………………….

Jadi, jika anda keluar rumah sendirian, pastikan orang terdekat atau orang serumah tahu ke mana anda pergi. Dan jika terdapat apa-apa kecemasan cuba hubungi pihak-pihak terbabit, cuba untuk tidak bertindak sendiri ya..

 

Sebarang pertanyaan atau sekadar nak sembang, boleh hubungi saya Fyda : 012 621 1883 (prefer whatsapp)

 

 

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *