Cara Gunakan Nasal Spray Dengan Cara Yang Betul Untuk Hilangkan Selsema Bayi Dengan Cepat

cara guna nasal spray

Cara Gunakan Nasal Spray Dengan Cara Yang Betul Untuk Hilangkan Selsema Bayi Dengan Cepat

Terkejut tengok video yang dah viral anak selsema kena tembak sterimar berkali-kali kat hidung. Bukan sebab anak tu menangis jadi kesian. Tapi ingin saya nyatakan dengan terang dan jelas, cara tu tak betul.

Kalau anak yang batuk selsema, yang berkahak memang akan alami hidung tersumbat. Memanglah kita akan kasihan. Memang ada kaedah yang digunakan dalam bidang perubatan pun untuk cuci hidung gunakan air garam (normal saline). Maksudnya air yang bersih daripada kuman ya, bukan sembarang air. Tapi caranya ialah dengan alirkan air ke dalam lubang hidung. Bukanlah tekan sterimar berkali-kali dan paksa hingus keluar.

Nasal spray tu air dia lebih pekat daripada cecair sel manusia. Bila kita spray, dia akan tarik air dari sel dan melembutkan hingus yang kental. Jadi boleh bantu buang hingus anak dengan sedut gunakan alat penyedut. Hingus tu juga boleh mengalir keluar dan boleh di lap.

cara guna nasal spray

Cara Penggunaan Nasal Spray Yang Betul

Saya nak share info daripada sterimarnasal tentang penggunaan nasal spray.

1. Sebelum gunakan tekan dulu beberapa kali sehingga semburan halus yang keluar. Sakit tau tu sebab tekanan dia tinggi. Apalagi kalau tekan banyak kali macam tu.

2. Dudukkan anak kalau dia dah besar. Kalau baby boleh baringkan ke sisi, atau dudukkan dengan kepala senget ke sebelah.

3. Kalau anak gerak-gerak boleh bedung dia. Sebab prosedur ni memang tak selesa.

4. Masukkan muncung spray ke dalam hidung dan tekan dengan lembut. Sekali atau 2 dah cukup.

5. Lap cecair yang meleleh dari hidung.

6. Sembur ke dalam hidung 1 lagi dan lap kalau ada cecair keluar.

7. Boleh gunakan alat penyedut hingus untuk menyedut hingus yang sudah cair. Kalau boleh jangan gunakan mulut, sebab ada risiko sebarkan kuman daripada mulut ke hidung baby.

STOP!!!

8. Basuh muncungnya hingga bersih. Memang boleh guna bila-bila diperlukan atau ikut saranan doktor.

Kenapa tekan sterimar tu berkali-kali adalah sangat tak sesuai?

– cuba halakan sterimar ke atas dan tekan sekali. Tengok setinggi mana dia pergi? Tekanannya sangat kuat walaupun sekali tekan & antigraviti lagi tu. Sebab tu kena tekan pun lembut-lembut je.

– dan bayangkan pula, tembak kat hidung anak berkali2? Tolong la cuba tembak hidung sendiri.

Kaedah cadangan untuk longgarkan kahak dalam paru-paru dan legakan hidung tersumbat.

1. Percussion – ini teknik fisioterapi untuk bantu orang yang tak boleh keluarkan kahak sendiri.

Untuk baby ada cara dia. Jangan main ketuk je dada dia tu. Tapi guna tangan dengan bentuk scoop dan gerakkan sendi tangan saja. Lembut-lembut saja ok..

2. Garlic steam – memang saya sangat suka ni. Ambik beberapa ulas bawang putih, rebus. Boleh campur lemon juga. Dan wapkan hidung baby.

Saya suka buat dalam bilik air sebab nanti wapnya akan tersebar & tak perlu halakan secara direct ke dalam hidung baby.

Tapi, hati-hati ye, panas tu…

3. Neb kat klinik la – p klinik jumpa doktor cakap anak berkahak. Kalau perlu doktor akan neb untuk longgarkan kahak dia.

Kesian lah kat anak. Dah la tisu kat hidung tu nipis dan senang berdarah. Kang lain pula jadinya.

Cuci Hidung Dengan Air Garam

Sebenarnya memang kaedah cuci hidung masa selsema dengan air garam memang diguna pakai di dunia ni. Untuk legakan hidung yang tersumbat. Malah dipraktik dalam bidang perubatan juga.

Sebenarnya ada 2 jenis cecair yang digunakan dalam batuk selsema ni.

1. Cecair yang lebih pekat daripada cecair sel manusia. Digunakan untuk legakan hidung tersumbat (decongestant). Dia akan tarik air dari sel & cairkan hingus. Jadi hingus tu boleh disedut atau mengalir keluar.

Tapi, tak bagus juga kalau sembur terlalu banyak, tisu jadi terlalu kering & sukar bernafas.

2. Cecair yang sama kepekatan atau kurang pekat dari cecair sel manusia. Jadi dia tak mengganggu ceair dalam sel. Cecair ni digunakan untuk cuci hidung atau buang terus hingus dalam hidung tu. (irrigation)

Kalau ikut, konsep yang digunakan oleh parents dalam video viral tu memang betul. Dan mungkin juga sterimar yang digunakan ialah untuk nasal irrigation. Maksudnya memang untuk cuci hidung. Tapi kalau ya pun, bagilah peluang anak bernafas.

Air garam tu boleh dapatkan di farmasi yang tulis untuk ‘nasal irrigation’. Boleh dapat info daripada ahli farmasi terbabit.

Untuk buat kaedah ini kat baby, guna syringe pun boleh. Baringkan baby dan pusing kepala ke sisi atau dudukkan dia. Alirkan air melalui hidung sebelah. Nanti hingus dia akan keluar ikut hidung sebelah lagi.

So simple kan? Tapi mungkin kena berperang untuk menjayakannya. Kalau baby meronta, boleh bedung juga.

Kalau tak pun, boleh titik saja nasal drop (air garam juga) ke dalam hidung baby. Ini akan melembutkan hingus dan boleh sedut guna inspirator. Ada mak ayah yang sedut dengan mulut sendiri. Nampak ok je, tapi ada risiko untuk sebarkan kuman dari mulut ke hidung anak.

Sebab tu saya lagi suka buat garlic steam untuk kurangkan hidung tersumbat anak. Sambil-sambil tu mak boleh tumpang bersauna.

Tapi, nasal irrigation memang kaedah berkesan untuk buang hingus baby dan legakan hidung tersumbat tapi mungkin agak kasar la. Saya suka yang lembut-lembut je. Tapi still tak setuju dengan sembur berkali-kali begitu.

Tingkatkan imuniti anak dengan amalan pemakanan yang baik

Sebenarnya yang lagi afdhal ialah kita cuba untuk jaga pemakanan anak-anak kita untuk tingkatkan imuniti mereka. Kuatkan sistem imun mereka, sekaligus elakkan terus penyakit berjangkit ni.

Mencegahkan lebih baik dari mengubat.

Oleh itu, perkara pertama yang perlu dititikberatkan bila anak dilahirkan ialah penyediaan susu ibu yang merupakan makanan terbaik yang membekalkan antibodi kepada bayi. Titisan pertama susu ibu, iaitu kolostrum mengandungi antibodi yang sangat tinggi. Tapi susu ini lebih pekat daripada susu biasa, jadi ramai ibu yang salah sangka bahawa cecair itu bukan susu. Lagi parah bila ada ibu yang perah keluar tapi tak bagi kat bayi pula.

Bila anak dah meningkat besar, dah boleh makan ibu bapa kena ingat bahawa gula-gula, jajan, coklat tu bukan makanan budak. Kalau boleh, jangan kenalkan terlalu awal dengan makanan kurang khasiat ni.

Selain itu, boleh juga bantu lengkap nutrisi harian anak dengan pengambilan suplemen. Dan saya cadangkan suplemen Shaklee untuk kanak-kanak.

petua bayi selsema

 

Jika anak selalu sangat selsema, mungkin dia perlukan suplemen ini untuk kekebalan imun.

Untuk info lanjut, boleh whatsapp saya, Fyda : 012 621 1883

atau isi borang di bawah.

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *