Cara Atasi Anemia Semasa Mengandung Supaya Otak Bayi Berkembang Dengan Baik

anemia dalam ibu mengandung

Cara Atasi Anemia Semasa Mengandung Supaya Otak Bayi Berkembang Dengan Baik

Mengandung adalah salah 1 perjalanan yang paling bahaya dalam kehidupan seorang manusia yang bergelar wanita. Ketika seorang wanita mengandung, pelbagai perubahan fisiologi yang dialami oleh tubuh ibu yang turut mendedahkan ibu kepada masalah kesihatan yang lain dan dalam keadaan membawa seorang lagi manusia di dalam rahimnya. Salah 1 yang paling penting dan telah menjadi masalah global ialah anemia, atau Hb rendah.

Masalah anemia bukan bermula ketika hamil, malah lebih awal daripada itu iaitu sejak zaman kanak-kanak yang biasanya tidak dikesan dan tidak dirawat. Keadaan ini menjadi lebih teruk pada usia remaja dan semakin buruk apabila seseorang wanita itu mengandung kerana keperluan zat besi yang meningkat.

Masalah ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan mudah jika dikesan dari peringkat awal. Kebanyakan wanita mengalami masalah kekurangan zat besi kerana diet yang kurang zat besi dan pendarah semasa haid yang berlaku setiap bulan turut menyumbang kepada masalah ini apa lagi jika tidak mendapat rawatan.

Kepentingan zat besi untuk perkembangan otak bayi.

anemia dalam ibu mengandung

 

Pada awal kehamilan, ibu biasanya mengalami loya dan muntah-muntah. Selalunya ibu akan muntah lebih teruk jika makan pil zat besi. Ada sesetengah doktor yang tunggu ibu habis fasa muntah barulah diberi pil zat besi itu. Sedangkan pada waktu itu, zat besi dalam badan ibu memang dah tak cukup, tapi diperlukan dalam jumlah yang banyak.

Sebelum ibu sedar dia lambat datang haid, sistem saraf dan otak bayi dah pun ada. Pada hari ke-16 selepas persenyawaan, otak dan saraf tunjang bayi sudah terbentuk dan berkembang dalam minggu ke-6 atau ke-7 kehamilan. Jadi, sebelum ibu menyedari haidnya sudah lewat dan sibuk untuk melakukan ujian air kencing, otak bayi sudah pun siap.

Menurut kajian yang dilakukan di Universiti of Rochester Medical Center, ibu yang mengalami kekurangan zat besi pada awal kandungan berisiko untuk menyebabkan masalah dalam perkembangan otak bayi, walaupun dia tidak mengalami anemia.

Memang terdapat kajian yang membuktikan bahawa bayi yang mengalami masalah kekurangan zat besi menunjukkan perkembangan otak yang lebih perlahan dan masalah yang lain termasuk lambat dari segi percakapan dan mempunyai masalah tingkah laku. Zat besi diperlukan untuk membina haemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh sel badan. Sekiranya hemoblogin rendah, oksigen yang cukup tidak dapat dihantar untuk perkembangan otak bayi. Oleh sebab itu, perkembangan otak bayi akan terjejas.

Namun, para pengkaji belum dapat memastikan tahap kekurangan zat besi yang boleh menyebabkan masalah ini. Namun, yang pasti masalah kekurangan zat besi ini sangat kritikal sebelum persenyawaan sehingga trimester pertama dan permulaan trimester kedua. Pada trimester ketiga mungkin tidak mengganggu perkembangan otak bayi tetapi membawa kepada masalah lain pula.

Bagaimana Zat Besi Disimpan Dalam Badan

Analoginya sangat mudah. Jika kita berhasrat untuk berkahwin, sudah tentu kita perlu mempunyai 1 simpanan kewangan sehingga selepas majlis dilangsungkan, kehidupan tidak akan terjejas kerana duit.

Begitu juga dengan simpanan zat besi yang perlu dimiliki oleh ibu sebelum hamil untuk dibekalkan kepada bayinya. Zat besi dalam badan disimpan dalam bentuk ferritin. Sebelum mengandung, ibu disarankan untuk memiliki sekurang-kurangnya 50mg ferritin.

Tips mengatasi masalah anemia pada awal mengandung

Masalah anemia ini bukan masalah ibu mengandung saja tapi boleh berlaku kepada semua peringkat umur termasuk kanak-kanak. Dengan penjagaan kesihatan yang semakin baik, anemia telah cuba dikesan dan  dirawat sejak kanak-kanak lagi. Dan di peringkat sekolah juga, saringan turut dilakukan untuk mengesan thalassemia. Namun, sekiranya seorang pelajar itu mengalami anemia kerana kekurangan zat besi, maka rawatan sewajarnya akan diberikan.

Pengambilan diet seimbang adalah penting untuk setiap orang, terutamanya sayur-sayuran yang mengandungi zat besi yang tinggi walaupun tidak mengandung. Dan makanan-makanan yang tidak berkhasiat seharusnya dijauhi.

Untuk penyerapan zat besi dalam makanan yang lebih efektif, suplemen vitamin C boleh diamalkan atau minum jus buah-buahan yang mengandungi vitamin C.

Setiap wanita yang sudah haid disarankan untuk mengambil multivitamin, terutamanya yang mengandungi zat besi untuk menampung zat besi yang hilang sewaktu pendarahan haid.

Cara Atasi Anemia Masa Hamil

Jika ibu disahkan mengalami anemia akibat kekurangan zat besi semasa hamil terutamanya pada awal kehamilan, memanglah memanglah memberi risiko untuk perkembangan otak bayi, namun bukan maksud tak ada apa yang boleh dilakukan. Ibu perlu tingkatkan usaha untuk menambahkan simpanan yang besi dalam masa yang cepat.

1. Pastikan anda mengambil vitamin prenatal mengikut nasihat doktor

Jika mengalami masalah anemia, kemungkinan dos zat besi yang diberikan agak tinggi. Penyerapan zat besi lebih tinggi sewaktu perut kosong dan ramai wanita yang mengadu loya dan tidak tahan. Mungkin ibu boleh dapatkan pil zat besi yang dan diubah untuk mengurangkan rasa loya.

Pastikan anda makan zat besi bersama vitamin C untuk meningkatkan kadar penyerapan zat besi.

2. Makanan yang tinggi zat besi

Selain daripada pemakanan seimbang yang perlu diambil, anda boleh meningkatkan pengambilan makanan berikut:

  • Makanan berasaskan daging dan ayam
  • Kekacang, terutamanya kacang kuda.
  • Tauhu
  • Bijirin, roti dan pasta yang telah diperkaya
  • Sayur-sayuran berdaun hijau, terutama bayam, kale, brokoli
  • Buah-buahan kering

3.Pengambilan jus

Buah-buahan seperti jambu batu, oren dan lain-lain mengandungi vitamin C yang tinggi untuk membantu penyerapan zat besi.

4.Elakkan kafein dan minuman berkarbonat

Minuman-minuman ini boleh mengurangkan penyerapan zat makanan, terutamanya zat besi. Jadi, sekiranya anda mengalami masalah anemia, sebaiknya elakkan minuman ini.

Kesan pengambilan kafein kepada ibu hamil

5.Tidak mengambil pil zat besi dengan susu

Susu juga boleh mengurangkan penyerapan zat besi, jadi elakkan minum susu bersama-sama pil ini.

Semoga tips-tips ini dapat membantu ibu mengatasi masalah anemia semasa mengandung dan semoga ibu selamat melahirkan anak yang sihat dan bijak.

Set Kehamilan Shaklee, Pilihan Terbaik Untuk Ibu Mengandung

anemia ibu mengandung

Kenapa produk Shaklee terbaik? Shaklee ialah produk semulajadi tanpa bahan kimia berbahaya dan selamat untuk ibu dan baby. Ramai ibu mengandung dah amalkan Shaklee dan sangat berpuas hati dengan hasilnya.

Sekiranya ibu merancang untuk mengandung, lebih baik ibu dapatkan dulu vitamin ni untuk mencukupkan nutrisi sebelum anda mengandung sebabnya untuk membina seorang lagi manusia dah tentu perlukan lebih banyak zat dan mineral, terutamanya protein.

Untuk menempah Set Hamil ni boleh hubungi CikFyda di 012 6211883 (www.wasap.my/60126211883)

Atau jika nak beli terus, boleh klik gambar di bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *