Buah Pinggang Bocor Jadikan Kencing Berbuih Seperti Sabun

Buah Pinggang Bocor Jadikan Kencing Berbuih Seperti Sabun

Perkara yang paling menyedihkan apabila doktor doktor memantau pesakit-pesakit kronik seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi ialah apabila perlu memberitahu pesakit buah pinggang mereka menghadapi masalah dan berisiko untuk mengalami kegagalan.

Manusia mempunyai 2 buah pinggang yang berfungsi sebagai tempat membuang bahan-bahan kotor atau sampah. Cuba bayangkan tempat pembuangan sampah terlalu penuh dan tidak boleh melupuskan sampah, lama kelamaan sampah tersebut mungkin kembali depan rumah kita.

Salah satu komplikasi penyakit-penyakit kronik ialah kebocoran buah pinggang dan protein dibebaskan bersama air kencing.

Dalam istilah perubatan, buah pinggang bocor dipanggil Nephrotic Syndrome. Nephrotic Syndrome bukanlah sejenis penyakit, tetapi salah satu petanda yang menunjukkan seseorang itu mempunyai masalah buah pinggang.

Buah pinggang mengandungi sel yang dipanggil glomeruli yang fungsinya sama dengan penapis air di dapur rumah kita. Jikalau penapis bocor, sudah tentu serbuk teh pun masuk dalam minuman kita. Begitu juga dengan buah pinggang yang menghalang protein daripada keluar. Jika terdapat kebocoran, maka protein ini akan keluar bersama air kencing.

Keadaan protein di dalam air kencing dipanggil sebagai proteinuria. Proteonuria menjadi signifikan apabila lebih daripada 3gram protein bocor dalam masa 24jam.

simptom nephrotic sindrom

Perbezaan wajah pesakit yang bengkak

Penyebab nephrotic syndrome

Terdapat 2 jenis penyakit yang boleh menyebabkan nephrotic sindrom. Penyakit yang hanya merosakkan buah pinggang yang dipanggil penyebab utama termasuk penyakit glomerulosclerosis yang menyebabkan parut pada glomeruli dan nephropathy membranous yang disebabkan oleh mendapan molekul imun pada glomeruli.

Selain itu terdapat penyakit-penyakit lain yang menyebabkan nephrotic sindrom termasuk diabetes, tekanan darah tinggi dan SLE. Lebih 50% orang dewasa yang mengalami nephrotic sindrom disebabkan oleh penyakit-penyakit lain dan yang paling utama ialah kencing manis.

Gejala nephrotic sindrom

Apabila protein keluar bersama air kencing, protein dalam badan akan menurun. Ini menyebabkan darah menjadi lebih cair dan air akan bergerak keluar dan menjadi badan seseorang itu bengkak. Keadaan ini dipanggil sebagai edema.

Selain itu, mereka juga mempunyai paras lemak yang tinggi.

Mereka juga mungkin mengalami kenaikan berat badan, penat dan lesu, kurang selera makan dan mungkin mendapati air kencing mereka berbuih seperti sabun.

Komplikasi nephrotic sindrom

Dalam individu normal, protein turut berfungsi untuk menghalang pembekuan darah. Jadi bila terdapat kehilangan banyak protein, risiko pembekuan darah adalah tinggi. Darah beku boleh menghalang pengaliran oksigen ke organ-organ dan mungkin boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.

Selain itu, sistem pertahanan badan juga menjadi lemah kerana kehilangan immunoglobulins, iaitu protein yang terlibat dalam pertahanan badan. Akibatnya seseorang senang diserang penyakit berjangkit termasuk jangkitan paru-paru, jangkitan kulit, jangkitan dalam perut dan jangkitan dalam otak.

Komplikasi-komplikasi lain ialah:

  • Hypothyroidism. Keadaan di mana kelenjar tiroid tidak mampu menghasilkan hormon tiriod yang mencukupi untuk keperluan badan.
  • Anemia. Kekurangan protein menjadikan sel darah merah lebih kecil ataupun tidak normal. Ini menjadikan oksigen yang diangkut ke seluruh badan tidak mencukupi.
  • Penyakit arteri koronari. Terjadi apabila darah beku menyumbat saluran yang membekalkan darah ke jantung.
  • Tekanan darah tinggi. Apabila terdapat   darah beku, darah perlu dipam dengan tekanan yang tinggi untuk memastikan keperluan badan mencukupi.
  • Kegagalan buah pinggang. Apabila terlalu banyak protein bocor, buah pinggang boleh rosak secara tiba-tiba dan jika tidak ditangani, boleh menyebabkan kerosakan kekal yang memerlukan hemodialisis.

Rawatan nephrotic sindrom

Sekiranya penyakit ini tidak diketahui puncanya dan mungkin melibatkan hanya buah pinggang, rawatan yang biasa diberi ialah steroid. Rawatan steroid biasanya diberikan kepada kanak-kanak.

Sekiranya diketahui penyebab keadaan ini, maka rawatannya juga lebih kepada untuk mengawal penyakit tersebut dan simptom-simptom yang ditunjukkan oleh pesakit.

Sekiranya pesakit mengalami tekanan darah tinggi, maka ubat untuk menurunkan tekanan darah akan diberikan. Namun pemilihan ubat perlu diberi perhatian kerana terdapat beberapa ubat tekanan darah tinggi yang tidak sesuai dalam pesakit dengan masalah buah pinggang.

Pesakit yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi boleh diturunkan dengan ubat anti-lemak.

Bagi darah beku yang berisiko untuk serangan jantung dan strok mungkin memerlukan ubat untuk mencairkan darah.

Untuk kes-kes tertentu mereka mungkin perlu dirawat dengan albumin iaitu memasukkan protein ke dalam badan. Namun, rawatan ini bukan rutin.

Mereka juga memerlukan antibiotik apabila terdapat jangkitan dan mungkin memerlukan vaksin untuk mengelakkan penyakit.

Diet

Walaupun dikatakan mengawal diet tidak membantu namun pesakit ini perlu mengawal pengambilan garam untuk mengawal tekanan darah.

Pengambilan air juga perlu dikawal terutamanya jika mengalami edema. Namun, bukanlah mengehad pengambilan seperti pesakit buah pinggang.

Pengambilan kalori dan protein yang baik dan mencukupi adalah penting untuk penghidap nephrotic sindrom.

Suplemen untuk pesakit nephrotic sindrom

Sebelum mencuba apa suplemen, pastikan pesakit memang dibawah pengawasan doktor dan mengikut temujanji dan nasihag doktor kerana kegagalan mengawal keadaan ini boleh menyebabkan penyakit menjadi lebih teruk.

Vivix adalah tonik antipenuaan pertama yang menjaga tubuh dari peringkat sel. Sudah ramai pesakit yang mengalami masalah ini mencuba dan mendapat kesan yang positif.

Vivix untuk nephrotic sindrom

Vivix Shaklee merawat tubuh dari peringkat sel

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau nak tempah produk, boleh sms / whatsapp saya di 012 621 1883

 

 

8 comments

  • salam dokter saya mau tanya, air kencing saya berbuih dan asaya sudah check ke dokter dan perik si Urin (air kencing) lengkap di laboratorium dan dari hasil lab tersebut semuanya negatip, apakah adal masalah yang lain dengan kesehatan saya.

    saya ucapkan terima kasih atas jawabannya dokter

    hormat saya

    Ismail

  • Dok…anak saya 8 thn… saya notice kencing dia berbuih…. saiz badan dia agak kurus… dia tk ade mngalami bengkak pada tubuhnya…….perlukah saya bjumpa doktor

    • Terima kasih puan ruzi kerana hubungi saya..
      Pendapat saya memang perlu jumpa doktor, sebab budak 8 tahun pun boleh mengalami kerosakan buah pinggang.
      Paling tak pun, mungkin ada jangkitan kencing.
      Segera pegi klinik ya kalau belum pergi.

  • Assalam… sy baru lepas mengalami sakit batu karang sebulan yg lepas. Batu karang telah keluar secara semula jadi tp sy hadapi masalah bengkak buah pinggang ( mild). Masalahnya dalam dua hari ni air kencing saya berbuih… perlukah sy check semula atau ianya kesan daripada sy makan ubat ural n tamsulosin?

    • wassalam…
      berbuih macam mana tu? adakah macam sabun? tapi kalau untuk batu karang, ural dan tamsulosin tu diberi sekejap saja kan? less likely la kesan ubat. Kalau tuan ingin cuba suplemen shahlee untuk cegah batu karang berulang, boleh whatsapp saya di 012 621 1883

  • Mohd Fuad Othman

    Assalamu’alaikum Doctor Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
    Saya ingin bertanya berkenaan dgn kencing berbuih.

    Saya baru sahaja pulih dari demam denggi. Sepanjang di ward saya dimasukkan air dan diberikan ubat sakit perut (cecair yg diinject) serta panadol.

    Berat saya 70 KG dan tinggi 168cm tidak merokok tiada kecibg manis dan sakit jantung. Masalah saya selepas discharge dari hospital, saya dapati kencing saya berbuih seperti sabun dan berwarna jernih. Saya kerap minum dan kurang makanan berprotein.

    Terima kasih Doctor.

    • waalaikumussalam..
      terima kasih encik fuad kerana hubungi saya. Kalau air kencing berbuih maknanya ada kandungan protein dalam kencing & ada kerosakan padal sel penapis. Tapi ada banyak sebab yang boleh menyebabkan keadaan ini berlaku, sama ada acute atau kronik. Masalah2 acute seperti jangkitan atau dehidrasi in sha Allah boleh dipulihkan dengan rawatan yang segera,

      Jadi saya nasihatkan encik pergi ke klinik untuk cek punca masalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *