Bolehkah Merawat Tekanan Darah Tinggi Secara Semulajadi?

Bolehkah Merawat Tekanan Darah Tinggi Secara Semulajadi?

Ramai pesakit tekanan darah tinggi yang saya temui sering tidak datang temujanji malah sampai berbulan-bulan atau bertahun-tahun dan tidak lagi mengambil ubat dari klinik. Alasannya mereka berubat secara kampung atau menggunakan kaedah semulajadi. Datang balik ke klinik mungkin kerana komplikasi tertentu atau dirujuk kerana tekanan darah tidak terkawal.

Saya tidak nafikan juga, memang ramai pesakit tekanan darah tinggi mendapat faedah daripada rawatan secara semulajadi. Namun, kaedah ini boleh menjadi sangat rumit walaupun dengan bantuan pakar dalam perubatan moden dan kaedah semulajadi. Biasanya pesakit ini tidak dipantau dengan baik dan keberkesanan rawatan tidak dapat dipastikan.

Kaedah yang paling sesuai untuk rawatan apa sahaja penyakit kronik pada pandangan saya ialah dengan meneruskan ubat yang dibekalkan oleh doktor dari hospital, disertai dengan kaedah semulajadi yang sesuai. Apabila tekanan darah mula menurun dan stabil, seseorang mungkin boleh menurunkan dos ubat atau mungkin boleh terus berhenti.

penawar tekanan darah tinggi

Mana yang menjadi pilihanmu?

Terdapat banyak penyakit yang dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, iaitu kencing manis, penyakit buah pinggang, obesity, kolesterol tinggi, hyperthyroidism, penyakit kelenjar adrenal dan pelbagai penyakit metabolik yang lain. Kebanyakan orang yang mengambil ubat untuk menurunkan tekanan darah telah disahkan bebas daripada penyakit yang boleh dirawat seperti di atas.

Kajian menunjukkan tekanan darah akan menurun dengan mengamalkan perubahan gaya hidup dan pemakanan yang berikut:

1.Mengamalkan juice fasting

2.Makanan tinggi serat (vegetarian)

3.Mengelakkan tekanan / mengamalkan kaedah menguruskan tekanan dengan baik ( bermeditasi, urutan)

4.Senaman aerobik

5.Mengesan alahan makanan dan mengelakkannya

6.Berhenti merokok dan mengunyah tembakau

7.Mengurangkan garam, gula, kafein dan alkohol

8.Mengamalkan makanan tambahan, terutama kalsium, magnesium dan potassium

Tekanan darah tinggi dan rokok

Tekanan darah tinggi mungkin juga disebabkan oleh logam berat seperti kadmium dan plumbum yang berlebihan di dalam badan. Pencemaran logam berat ini ditemui dalam rokok jadi tak hairanlah jika kadar racun ini tinggi di kalangan perokok dan menyebabkan tekanan darah tinggi.

Disebabkan zink adakah lawan kepada logam cadmium, maka cadmium yang berlebihan boleh disingkirkan dengan mengamalkan suplemen zink, seterusnya dapat mengelakkan tekanan darah tinggi. Namun bagi perokok, jangan ingat dengan mengamalkan zink adalah tiket untuk teruskan merokok ye.

Suplemen yang membantu mengawal tekanan darah

Terdapat banyak suplemen lain yang boleh mengawal tekanan darah. Antaranya termasuk kalsium, magnesium, potassium, coenzyme Q10, bawang putih, vitamin C, minyak ikan, minyak evening primrose dan tryptophan.

Phenylalanine seeloknya dielakkan sebagai suplemen kerana jumlah yang tinggi boleh meningkatkan tekanan darah. Phenylalanin boleh ditemui dalam aspartame, iaitu sejenis pemanis tiruan yang dikatakan baik untuk menggantikan gula bagi pesakit kencing manis. Namun, sebenarnya terdapat bahan yang tidak sesuai untuk orang yang menghidap tekanan darah tinggi.

Jika anda gemarkan minuman diet pop atau suka mengunyah gula-gula getah yang bebas gula anda juga mungkin terdedah kepada jumlah phenylalanin yang tinggi kerana kedua-dua bahan ini turut dicampur aspartame.

Sebolehnya elakkan makanan diatas dan elakkan makanan yang mengandungi garam yang tinggi.

Memang tidak salah untuk merawat penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi secara semulajadi, namun harus faham semulajadi bermaksud mengubah gaya hidup kepada yang lebih sihat dan aktif, menjaga pemakanan, elakkan tabiat-tabiat buruk yang boleh meningkatkan tekanan darah, bukannya berubat dengan akar kayu tanpa pemantauan doktor.

Jika ada apa-apa soalan, boleh hubungi saya,

Fyda Noh,

012 621 1883

Klik sini jika tak sanggup bergantung kepada ubat tekanan darah tinggi.

 

 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *