Bisnes Online Melalui Blog Untuk Surirumah Yang Sibuk Dan Tak Sempat Keluar Rumah

bisnes online untuk suri rumah

Bisnes Online Melalui Blog Untuk Surirumah Yang Sibuk Dan Tak Sempat Keluar Rumah

Orang kata nak bisnes kena jadi rajin, barulah namanya bisnes. Sebenarnya kalau nak tahu, bisnes Shaklee ni sangat sesuai untuk orang yang malas dan sibuk. Sebab tu, orang yang ada kerjaya, suri rumah yang sibuk sangat berjaya dalam bisnes ni.

Orang bekerja pun berhenti sebab dah tak ada sebab lagi nak bekerja. Duit sentiasa cukup, in sha Allah. Dapat banyak masa untuk keluarga. Ada yang ambil peluang untuk dalami ilmu agama. Alhamdulillah. Yelah, masa bekerja tak ada masa nak buat semua tu.

Suri rumah pula dah bergaji. Tak perlu nak harapkan duit suami nak beli apa-apa. Tapi, si isteri pula yang menyumbang kepada suami. Yang paling best boleh sponsor keluarga p makan angin di luar negara, belanja mak ayah pergi umrah dan beli rumah, kereta kat mak ayah.

Mungkin apa saja yang kita buat tak terbalas jasa mak ayah sepanjang hidup kita, tapi sekurang-kurangnya bila dia tua dah tentu nak hidup dengan lebih selesa. Alhamdulillah jika kita adalah anak yang boleh bahagiakan ibu bapa di akhir usianya.

bisnes online untuk suri rumah

Kenapa Bisnes Shaklee Ialah Untuk Orang Sibuk?

1. Tak payah pening kepala nak fikir buka kedai

Ramai yang buat bisnes Shaklee secara online saja dari rumah. Malah Shaklee melarang pengedarnya buka kedai atau stokis. Kalau nak simpan stok di rumah tu boleh lah. Tapi, kalau buka kedai dan pamerkan produk Shaklee itu memang menyalahi undang-undang. Jadi, tak perlu fikir nak cari bangunan, cari kedai, tak perlu semua tu.

2. Tak perlu bangun awal pagi untuk buka kedai dan balik lewat malam

Kalau orang yang ada kedai, mestilah kena buka awal pagi kan? Ataupun kalau kedai kat supermarket yang mungkin jam 10 buka, mestilah kena siap sedia awal lagi kan? Jadi, nak kena bersiap, mekap dan sebagainya. Kalau buat bisnes online buka kedai 24 jam. Jadi, takda istilah buka atau tutup kedai.

3. Tak perlu boring nak tunggu pelanggan datang ke kedai kita

Kalau duk menunggu kat kedai, takde orang datang boring juga kan? Tapi dengan bisnes Shaklee tak perlu semua tu. Tak perlu tunggu, tapi orang yang akan datang cari kita.

4. Tak perlu keluar jumpa pelanggan atau pos barang

Shaklee akan mudahkan urusan kita. Kita hanya perlu oder secara online dan Shaklee akan uruskan hinggalah produk kita sampai kepada pelanggan. Kita boleh berhubung dengan pelanggan melalui telefon atau secara online sahaja.

Macammana Orang Sibuk Boleh Buat Bisnes?

Inilah nak dedahkan rahsia ni. Kunci yang paling utama yang kami pegang ialah keberkatan. Nak berkat, kena utamakan suami dan keluarga. Eh pulak. Dah la sibuk nak uruskan hal rumahtangga, bila masa pula nak bisnes?

Bila masa kita bisnes, kita bisnes betul-betul. Kalau anda nak jadi bisnes partner Shaklee dengan saya, saya akan guide macammana cara untuk bahagikan masa.

Bila kita dah bahagikan masa betul-betul. Yang penting kita dulukan, yang tak penting kita tinggal-tinggalkan, in sha Allah urusan bisnes jadi lebih mudah, dan sangat mudah.

Pilih Medium Yang Buat Sekali Saja Tapi Hasilnya Berkali-kali

Sebagai wanita berkeluarga dan berkerjaya, saya akui masa saya memang sangat terhad. Siang hari memang bekerja jam. Balik rumah dah petang. Anak-anak saya alhamdulillah mak yang jaga. Tapi, takkanlah nak biar dia uruskan sampai budak-budak tidur. Bila saya balik kerja, memang saya akan ambil alih urusan anak-anak.

Anak-anak saya ni jenis tidur lambat. Kadang-kadang langsung tak tidur malam. Waktu siang dorang bantai tidor berhabisan. Masa saya tengah taip entry ni, dalam pukul 2 pagi ni, anak sulung belum tidur. Nasib si kecil dah tewas lebih awal.

Blogging ialah medium pilihan saya. Sebab kita hanya perlu tulis 1 entry saja dan gunakan teknik SEO tertentu untuk jadikan entry itu mesra google. Seterusnya, google yang akan tolong buat orang nampak entry kita tersebut.

Kalau entry kita berada di muka surat pertama google, in sha Allah peluang untuk jana pendapatan walaupun masa tengah tidur sangatlah tinggi.

Menarik ke menarik

Anda nak join saya buat blog?

Nanti dulu…. ada benda yang perlu anda fikir. Pada peringkat awal, mungkin dalam 6 bulan pertama banyak benda yang perlu dikorbankan. Peringkat mula-mula memang terpaksa rajin dan fokus. Bina blog betul-betul, tulis betul-betul. Once, blog dah established, then tunggu sajalah hasilnya.

In sha Allah, kalau betul-betul fokus 3-6 bulan dah boleh dapat hasil. Tapi, dah tentulah ada cara-cara tertentu yang anda hanya dapat jika menjadi ahli Shaklee di bawah grup saya, VerstailFamily.

bisnes online sabah

Wanita Berkerjaya Yang Ingin Lebih Masa Bersama Anak-Anak Dan Surirumah Keutamaan Saya

Saya nak jemput, saya nak bantu wanita-wanita yang berkerjaya yang inginkan masa dengan keluarga, nak tengok anak-anak membesar depan mata dan juga surirumah yang ingin menjana pendapatan sampingan. Maklumlah, kadang-kadang terasa juga nak beli apa-apa untuk diri sendiri tapi taknak harapkan duit suami. Wanita memang perlu ada pendapatan sendiri. Sebab masa depan kita tak tahu apa akan jadi kan?

Jadi Ahli Shaklee Sekarang Dan Jana Pendapatan Anda Sendiri

Sangat mudah kan?

Dengan bermodalkan RM68.90, anda akan dibekalkan dengan bisnes manual dan buku tentang produk dan anda boleh mulakan blog anda di bawah bimbingan saya. Sebab dulu saya pernah buat blog sendiri, tanpa bimbingan cikgu dan saya ambil masa yang lama untuk membina blog. Sebab suka-suka hati je buat.

Sebab tu saya nak berkongsi dengan anda supaya anda tak tersesat jalan.

Boleh hubungi saya sekarang di 012 621 1883 atau, boleh isi borang di bawah

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *