Bila Waktu Paling Sesuai Cek Hormon Bagi Wanita Yang Alami Masalah Kesuburan?

hormon wanita

Bila Waktu Paling Sesuai Cek Hormon Bagi Wanita Yang Alami Masalah Kesuburan?

Wanita yang mengalami masalah kesuburan dan haid tak teratur agak sukar untuk memastikan masalah hormon sebab paras hormon tu perlu di cek pada hari-hari tertentu dalam kitaran haid. Jadi, kalau tiada haid, paras hormon tu mungkin jadi tak tepat.

Ini kerana estrogen akan jadi lebih rendah semasa datang haid dan meningkat pada paras paling tinggi sebelum berlaku ovulasi dan akan menurun semula selepas itu. Sebab itu, bila nak cek paras hormon ni, sangat penting untuk menyatakan pada hari ke berapa dalam kitaran haid darah diambil.

Antara tanda biasa hormon estrogen berlebihan ialah peningkatan berat badan. Lebih spesifik lagi, pengumpulan lemak di bahagian lengan, maknanya bahagian lengan tu lebih menggeleber.

Tapi, kalau anda nak tahu apa lagi tanda-tanda estrogen berlebihan, teruskan membaca ya.

hormon wanita

Kenali Tanda-Tanda Estrogen Berlebihan

Sebelum tu, kita kenali apa itu estrogen?

Estrogen ialah hormon wanita yang dihasilkan oleh ovari dan sel lemak. Hormon ini memainkan peranan penting dalam pembentukan sifat-sifat wanita, berperanan dalam sistem pembiakan dan juga berperanan dalam kesihatan jantung dan tulang.

Estrogen sistetik digunakan dalam pil perancang dan rawatan hormon untuk membantu wanita yang menopaus.

Secara semulajadi, estrogen adalah lebih rendah dikalangan remaja wanita dan wanita yang lebih berusia, manakala ada sesetengah wanita yang menghasilkan estrogen lebih banyak, yang meningkatkan risiko masalah kesihatan termasuklah cyst, PCOS dan kanser ovari dan payudara.

Antara tanda-tanda estrogen berlebihan yang lain ialah:

1. Pendarahan semasa haid tak normal – sama ada pendarahan berlebihan atau sikit-sikit

2. Sakit pada payudara

3. Lebihan cecair vagina

4. Berat badan berlebihan

5. Perut selalu kembung

6. Kurang nafsu

7. Kepenatan atau kelesuan

8. Kemurungan atau depresi

Tentu anda nak tahu apa kesannya hormon tak stabil kan? Tapi sebelum tu, mungkin anda nak tengok video tanda-tanda estrogen berlebihan dulu.

 

Apakah Risiko Yang Mungkin Berlaku Jika Hormon Tak Seimbang?

Tanda-tanda hormon tak stabil kepada wanita mungkin berbeza. Ada yang gejalanya ringan dan mungkin ada yang lebih berat, tapi selalunya wanita nak selesaikan masalah ini bila mengalami masalah kesuburan.

Walaupun begitu, jika masalah estrogen berlebihan ni dibiarkan berlanjutan, beberapa masalah kesihatan lain mungkin boleh terjadi, termasuklah:

1. PCOS (polycystic ovarian cyst)

2. Endometriosis

3. Polip pada endometrium

4. PMS

5. Fibroid

6. Kanser payudara

Punca Dan Cara Merawat Masalah Hormon Tak Stabil

Untuk membetulkan balik hormon estrogen berlebihan ni bukanlah benda yang simple. Tak ada 1 pil magik atau ajaib untuk selesaikan masalah ini.

Namun pengambilan suplimen yang mengandungi polifenol yang tinggi boleh membetulkan balik sistem badan dan juga boleh membantu untuk mengurangkan hormon secara semulajadi. Selain itu, nutrisi-nutrisi lain yang penting ialah omega-3, GLA, multivitamin, B complex, vitamin C dan vitamin D.

Mungkin doktor anda juga mencadangkan perubahan gaya hidup yang sihat – jaga pemakanan dengan meningkatkan pengambilan serat dan kurangkan makanan proses dan makan segera, bersenam secara teratur, mengawal stress dan jaga waktu tidur.

Selain daripada tu, estrogen berlebihan juga mungkin disebabkan oleh pendedahan kepada bahan kimia xenostrogen yang terdapat di keliling kita, termasuklah dalam skincare, kosmetik dan sabun pencuci rumah.

Maka, sebaiknya kita pilih produk yang organik dan dijamin bebas daripada bahan kimia yang mengandungi xenostrogen ini.

estrogen tinggi

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi Fyda di 012 621 1883
WhatsApp kami di 012 621 1883 (klik dari smartphone anda).

Follow FB Fyda Noh untuk chat secara langsung.

Daftar keahlian Shaklee di “Join Now sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.