Betulkah Pentingkan Diri Sendiri Ialah Cara Kawal Stress?

tips kawal stress

Betulkah Pentingkan Diri Sendiri Ialah Cara Kawal Stress?

Tahun baru dah nak datang. Banyak benda yang perlu kita rancangkan dan muhasabah balik apa-apa yang berlaku setahun lalu. Cepat sangat masa berlalu, tak sedar kan dah setahun berlalu, tapi masa tu memang tetap akan berlalu. Apa pun yang terjadi sepanjang setahun, kita masih ada peluang untuk kehidupan yang lebih baik.

Tahun baru ialah peluang yang paling sempurna untuk memulakan hidup baru. Malah ada yang dah keletihan hujung tahun ni dan tak sabar-sabar nak buat azam tahun baru.

Selalunya macam-macam impian atau azam tahun baru kan? Nak capai itu, nak capai ini. Nak tinggalkan itu, nak tinggalkan ini. Apa kata untuk tahun depan kita cuba berazam untuk mengawal stress dengan lebih baik. Sekarang ni stress dah jadi 1 masalah besar di dunia dan di negara kita khususnya.

Banyak yang kita dengar situasi yang tak menyenangkan berlaku akibat stress yang telah melarat menjadi depresi atau kemurungan.

Stress memberi kesan kepada bagaimana kita rasa, bagaimana kita berfikir dan bagaimana kita bertindak. Ia juga mempengaruhi hampir semua aspek dalam hidup kita. Kalau anda sedang cari cara yang berkesan untuk mengubah kehidupan, terutamanya dari segi kesihatan mental dengan lebih baik, saya cadangkan anda perhatikan 7 pekara ini.

Semoga tahun 2020 ni memberi kita kesihatan fizikal dan mental walaupun apa saja yang berlaku pada tahun 2019.

tips kawal stress

7 Tips Untuk Kesihatan Mental Yang Lebih Baik Tahun 2020

1. Utamakan keperluan diri dulu.

Ada orang yang hatinya sangat baik. Apa saja yang orang minta tolong dia susah untuk menolak. Sebab takut orang kata dia pentingkan diri sendiri. Bukan penting kan diri sendiri jika jika menolak permintaan orang lain. Terutamanya bila orang nak pinjam duit. Hihihi

Sebenarnya bila kita utamakan diri kita dahulu, orang keliling akan lebih hormat kita sebab kita nak bagi apa yang terbaik daripada diri kita dan ingin jadi versi kita yang terbaik.

2. Tetapkan matlamat yang kecil

Bila tiba tahun baru, macam-macam kita nak capaikan. Saya selalu cakap kat leaders saya, target impian yang besar-besar, jangan takut untuk bermimpi. Tapi bila kita lihat impian tu terlalu besar, kita jadi kurang motivasi sebab takut tak tercapai.

Anda boleh susun impian anda dari yang kecil, hinggalah yang besar. Cuba untuk dapatkan yang kecil dulu, bila keyakinan tu dah datang, in sya Allah mudah untuk mencapai impian yang besar.

3. Buat kerja dengen teratur

Seperti mana file dalam komputer atau gambar dalam handfon, kita nak susun file mengikut kategori supaya lebih tersusun. Begitu juga dengan kerja harian kita. Tulislah dalam planner supaya kerja kita lebih teratur dan ini memberi ruang kepada otak kita untuk  berurusan dengan aktiviti harian kita.

4. Utamakan rehat dan tidur

Setelah seharian penat bekerja, badan kita perlukan rehat, recharge dan kembalikan kesegaran badan dan fikiran. Walaupun banyak kerja macam mana pun, pastikan kita dapat tidur yang cukup setiap hari. Lebih baik tidur awal dan bangun awal untuk mulakan hati dengan lebih cergas.

5. Lepaskan diri

Ada orang yang memilih untuk berdiam diri bila marah dan stress. Sebenarnya perasaan dan fikiran tu akan terperangkap dalam diri kita. Jadi, lepaskan – secara fizikal dan mental. Namun, dengan cara yang betul la ya. Kenalpasti apa masalah, cuba selesaikan masalah itu.

Mugkin boleh bercakap kepada orang yang betul, menulis, menyanyi, menari atau buat aktiviti yang boleh melupakan kita kepada benda yang stress tu.

Nak sibukkan hari dengan buat bisnes? Boleh hubungi saya – Coach Bisnes Kesihatan anda.

6. Apa itu sempurna?

Ramai antara kita yang berusaha bermati-matian untuk jadi sempurna. Sedangkan apa itu sempurna? Mustahil untuk kita jadi sempurna. Keinginan untuk jadi sempurna atau nak jadi orang lain menjadikan kita stress, sedih dan kemurungan.

Tenangkan kata-kata dalam diri. Kita tak boleh nak kawal semua perkara.

7. Keluar dan berjimba

Sekali-sekala keluarlah nikmati alam. Alam semulajadi ni mampu membunuh stress dan meremajakan diri kita semula, mengurangkan ketegangan otot dan mengurangkan gemuruh dan kemurungan.

Keluar daripada aktiviti harian, jangan jadi macam tikus yang berlari dalam sangkar dia tu. Penat tapi tak produktif. Ambil masa untuk relaks, ok.

Semakin usia meningkat, komitmen kita makin banyak dan hidup makin mencabar. Level of stress pun pasti meningkat. Tapi kalau kita ada panduan atau blue print untuk hadapi kehidupan kita, insya Allah kita boleh melayari tahun 2020 dengan cara yang lebih sihat.

Bukanlah stress yang kita fokus, tapi apa yang kita buat untuk hadapinya itu yang paling penting.

Selamat tahun baru.

Love,
Fyda Noh.
IG : Botox dalam botol

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.