Benarkah Vitamin Shaklee Boleh Menyembuhkan Kanser?

merawat kanser rahim

Benarkah Vitamin Shaklee Boleh Menyembuhkan Kanser?

Mungkin sebab produk Shaklee makin mendapat publisiti dan makin ramai yang rasa keberkesanan produk ini, saya kerap terima pertanyaan tentang rawatan penyakit dengan produk Shaklee, termasuk kanser. Baik dari orang di luar sana, atau daripada ahli Shaklee sendiri. Mungkin ada customer yang tanya mereka.

Sudah diterangkan dan dijelaskan dalam group kami, bahawa produk Shaklee adalah makanan tambahan berasaskan alam semulajadi. Dan bukannya ubat untuk merawat penyakit. Namun begitu, jika tiada kontraindikasi ataupun serasi dengan ubat-ubatan yang diambil, tiada masalah untuk seseorang pesakit boleh mengambil produk Shaklee. Tetapi ia sekali-kali tak boleh mengambil alih peranan ubat dan kaedah-kaedah perubatan yang disahkan. Jadi, lebih baik jika berbincang dengan doktor yang merawat terlebih dahulu sekiranya nak cuba apa-apa suplemen.

merawat kanser rahim

Perbelanjaan Penyakit Kronik Sangat Mahal

Di Malaysia, memang sangat banyak produk-produk yang dikeluarkan dengan macam-macam claim. Ada yang claim boleh merawat penyakit, dari kudis yang simple sampailah ke kanser yang meragut nyawa. Sedangkan kita tak tahu apa yang dicampur dalam produk mereka. Apa lagi kajian yang produk tu berkesan atau selamat untuk digunakan. Ramai orang yang terpengaruh dengan produk-produk yang macam ni, hingga menyangka produk Shaklee juga boleh digunakan untuk tujuan yang sama.

Saya perasan juga sebenarnya, ramai pengedar-pengedar Shaklee sendiri yang overclaim atau mendakwa yang bukan-bukan tentang produk Shaklee, sedangkan Shaklee sendiri dah cakap yang produknya bukan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan penyakit.

Mungkin sebab perbelanjaan untuk rawatan penyakit-penyakit ini agak tinggi dan dimomokkan dengan macam-macam kesan buruk rawatan di hospital, menyebabkan ramai yang mencuba untuk membuat rawatan alternatif terlebih dahulu. Tapi, harus diingat. Dah banyak kes yang ingin cuba rawatan alternatif dulu terpaksa dirujuk ke hospital semula dengan keadaan yang buruk. Dan ini menyukarkan rawatan dan menambah sengsara kepada penghidap penyakit tersebut.

Oleh sebab tu, sama ada anda adalah pesakit sendiri ataupun penjaga kepada pesakit, usahlah tinggalkan rawatan di bawah seliaan doktor, walaupun memilih rawatan alternatif. Saya faham ada yang anda rasa bila disahkan menghidap penyakit yang boleh meragut nyawa. Namun, lari daripada rawatan yang betul bukan caranya untuk menghadapi masalah ini.

Paling penting, jalani pemeriksaan terlebih dahulu dan dap[atkan pengesahan doktor yang sebenar sebelum memilih untuk jalani apa-apa rawatan. Sebab banyak kes yang belum disahkan menghidap apa-apa penyakit pun, cuma mereka sendiri yang pandai-pandai cakap mereka ada penyakit. Bila dah cari rawatan alternatif, dah tentu bila jumpa doktor balik, mestilah takda kanser. Kisah inilah yang mereka canangkan bahawa mereka dah bebas kanser lepas guna produk XXX, tapi sebenarnya dari awal memang takda kanser pun.

Sebab tu, sangat penting untuk menjalani ujian saringan kesihatan dan dapatkan rawatan daripada doktor yang betul dan bertauliah jika anda sakit. Dan jika disahkan menghidap apa-apa penyakit, kalau boleh dapatkan penerangan yang jelas tentang penyakit anda. Tentang apa ubat yang anda makan, tentang kesan ubat tersebut kepada anda.

Suplemen adalah untuk melengkapkan zat makanan harian untuk elakkan penyakit, jadi suplemen sangat membantu orang sihat untuk elak penyakit dan bukanlah sebaliknya. Saya tak nafikan juga keperluan orang-orang yang menghidap penyakit untuk mendapatkan nutrisi yang baik dan mencukupi. Itulah fungsi suplemen sebenar, bukannya untuk menggantikan ubat-ubatan bila sakit.

Untuk menjaga kesihatan dengan produk Shaklee yang dijamin berkesan dan selamat, anda boleh whatsapp saya : Fyda – 012 621 1883

Atau isi borang di bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *