Benarkah Ujian Minum Air Gula Semasa Hamil Punca Ibu Kena Kencing Manis Ketika Mengandung?

minum air gula ketika mengandung

Benarkah Ujian Minum Air Gula Semasa Hamil Punca Ibu Kena Kencing Manis Ketika Mengandung?

Ibu mengandung dan minum air gula adalah sangat sinonim. Bila disahkan mengandung, ramai ibu yang takut kena minum air gula. Sebenarnya bukan semua ibu perlu minum air gula. Kalau dulu mungkinlah hampir semua ibu perlu minum air gula kerana ibu yang berusia 25 tahun dan ke atas perlu melakukan ujian ini. Namun, setelah dikaji balik, untuk faktor usia, hanya 35 tahun dan ke atas yang perlu minum.

Ada segelintir ibu yang minum air gula tetapi tidak tahu apa sebabnya. Bukan sahaja minum air gula, namun apa sahaja ujian yang dijalankan ibu perlulah tahu apa tujuannnya, kenapa ia perlu dilakukan. Macammana nak tahu? Kenalah ringankan mulut tanya orang yang suruh buat ujian itu.

Apa pula indikasi yang menyebabkan ibu perlu minum air gula? Ada yang sampai 2 atau 3 kali kena minum. Minuman manis ni memang sedap, tapi kalau 1 gelas sampai 75gram gula memang tak boleh tahan. Nasib baik ada juga klinik yang menyediakan gula yang berperisa, mungkin rasanya lebih sedap.

Sebab-sebab ibu perlu minum air gula boleh jadi kerana sejarah yang lepas atau indikasi pada waktu mengandung.

minum air gula ketika mengandung

Sebab ibu hamil perlu minum air gula daripada sejarah lepas ialah:

1. Sejarah keluarga dengan penyakit kencing manis, terutamannya ibu dan bapa.

2. Sejarah kencing manis dalam mana-mana kandungan sebelumnya.

3. Sejarah keguguran 2-3 kali berturut-turut yang tidak dapat diketahui sebabnya.

4. Sejarah bayi meninggal dalam kandungan tanpa dipastikan sebabnya, meninggal semasa dilahirkan, meninggal dalam masa 0-6 hari selepas dilahirkan tanpa sebab.

5. Sejarah melahirkan bayi yang berat lahirnya 4kg atau lebih.

Sebab ibu hamil untuk minum air gula kerana kandungan semasa ialah:

1. Kenaikan berat badan berlebihan dan mendadak.

2. Terdapat gula 2 kali dalam air kencing  melebihi 1+ dan jika 3+ keatas, cukuplah sekali sahaja.

3. Jangkitan kencing (kencing kotor) ataupun jangkitan kulat yang berulang walaupun sudah mendapat rawatan.

4. Air ketuban yang berlebihan.

Cara ujian minum air gula dilakukan.

  • Setelah ibu didapati perlu mengambil ujian minum air gula ataupun biasa disebut MGTT (Modified Glucose Tolerance Test), tarikh temujanji diberikan berdasarkan faktor risiko ibu. Biasanya jika faktor risiko kerana keadaan kandungan semasa, contohnya didapati terdapat glukos 3+ dalam air kencing ibu, temujanji akan diberi lebih awal, tetapi perlulah melebihi 12 minggu kerana kandungan gula yang tinggi mungkin berbahaya kepada bayi yang lebih muda. Untuk sejarah yang memerlukan ibu minum air gula, rutin diberikan pada 24 minggu. Sekiranya bacaan ini normal, ada kemungkinan besar ibu diulang semula pada 28 minggu.
  • Ibu akan diberikan borang lebih awal untuk temujanji minum air gula.
  • Pada malamnya, ibu perlu berpuasa bermula pukul 10 malam atau paling lambat jam 12 tengah malam. Jangan bersarapan pada waktu pagi, tapi kalau terlalu dahaga bolehlah minum air masak dan terus ke klinik seawal mungkin untuk ambil darah. Ada klinik yang buka jam 7.30 pagi dan ada jam 8. Yang penting, ibu mesti yang paling awal ambil darah.
  • Ada klinik yang mengambil darah pada hujung jari sahaja dan ada yang mengambil darah melalui vena. Namun, darah yang diambil melalui vena adalah lebih tepat walaupun bezanya mungkin hanya sedikit.
  • Sebaik sahaja selepas ambl darah, ibu diberi 75g gula yang dicampurkan ke dalam 100ml air masak. Ibu perlu habiskan air gula tersebut dalam 1 masa, tapi minumlah dengan sopan dan perlahan-lahan ikut kesesuaian diri. Kalau minum laju takut muntah pula,
  • 2 jam kemudian, ibu perlu datang kembali ke makmal untuk mengambil darah kali kedua. Dalam pada menunggu 2 jam itu tak perlulah ibu melantak nasi ke apa, sebolehnya tak perlu makan apa-apa, kalau nak minum air masak bolehlah. Lagipun, minum air gula tu dah boleh buat rasa kenyang.
  • Keputusannya mungkin boleh terus dapat, atau mungkin perlu tunggu beberapa hari bergantung pada prosedur di klinik.
  • Bacaan MOGTT yang normal ialah 5.6 untuk darah 0 hour (darah puasa) dan 7.8 untuk darah selepas 2 jam minum air gula.

minum air gula ketika mengandung

 

Saya pernah dengar komen seorang ibu mengenai ujian minum air gula.

Katanya, dah minum air gula mestilah naik gula dalam darah. Cuba kalau tak buat ujian ini, mesti normal saja.

Sebenarnya tanggapan ibu salah kerana masa 2 jam yang diberi selepas minum air gula adalah untuk menguji keberkesanan pankreas dalam menghasilkan insulin untuk mengurangkan paras gula.

Minum air gula ini penting untuk ibu yang berisiko tinggi untuk mengesan sekiranya ibu menghidapi kencing manis semasa mengandung kerana biasanya ibu mempunyai apa-apa simptom dan komplikasinya amat besar jika tidak dirawat dengan baik.

Semuanya untuk kebaikan dan kesihatan ibu dan bayi. Jadi, ibu tak perlu rasa sedih atau tertekan jika perlu minum air gula dan disahkan menghidap kencing manis semasa mengandung dijaga dengan baik, ibu akan bebas kencing manis selepas melahirkan bayi.

Kalau ibu risau kencing manis masa mengandung, atau menghidap kencing manis masa mengandung, saya ada cadangan suplemen untuk bantu mengawal gula. Boleh hubungi saya di nombor di bawah,

Fyda Noh : 012 621 1883

Atau isi saja borang ini..

Selamat menjalani tempoh kehamilan yang membahagiakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *