Benarkah Pil Perancang Penyebab Kanser Payudara? Baca Pendapat Doktor Ini

pil perancang penyebab kanser payudara

Benarkah Pil Perancang Penyebab Kanser Payudara? Baca Pendapat Doktor Ini

Walaupun kanser payudara dikatakan penyakit keturunan dan risiko tinggi bila ibu seorang wanita tu menghidap kanser payudara, tapi sebenarnya tak bermaksud semua wanita yang ada genetik untuk kanser payudara (gen BRAC) akan dapat kanser payudara.

Walaupun mungkin anda genetik tersebut, namun mengamalkan gaya hidup sihat dan menambahkan beberapa perkara boleh membantu mengurangkan risiko tersebut. Antara salah 1 sebab yang penting, tapi diambil perhatian ialah dengan mengurangkan risiko kanser payudara dengan mengurangkan estrogen berlebihan.

Ramai wanita yang diuji dengan kanser payudara, estrogen berlebihan (estrogen dominance) ialah masalah yang biasa, namun selalunya wanita tak sedar mereka mengalami masalah hormon tak stabil dan sedar pun mereka perlu ambil berat mengenai homon untuk kesihatan sendiri.

Bagaimana Kanser Payudara Terbentuk Dan Berkembang

Kanser terjadi apabila sel yang asalnya normal menjadi rosak ataupun mutasi. Secara normalnya, sel kita akan mati bila masanya. Namun, dalam keadaan tertentu, sel ini tak mati dengan normal, sebaliknya bertukar menjadi sel yang tak normal.

Antara faktor yang mencetuskan keadaan ini ialah:

  • Pemakanan tak seimbang atau lebih banyak makanan jajan
  • Sunburn yang kronik
  • Merokok
  • Stress yang kronik

Sebenarnya sel ini mengambil masa yang lama untuk terbentuk kerana sistem imun kita sentiasa bekerja kuat untuk memastikan sel ini ‘dibunuh’. Namun, apabila sistem imun makin lemah, sel tak normal ni mula mengambil tempat. Sel ini akan terus berkembang sehingga membentuk tisu dan semakin membesar.

Oleh kerana tisu ini tak normal, maka tiada bekalan darah untuk bekalkan oksigen, makanan dan hormon. Jadi, tisu ini akan menghantar signal kepada badan untuk menumbuhkan saluran darah baru. Bila dah dapat bekalan ni, sel ini akan terus membiak dan boleh tersebar ke organ lain.

Sebab itu, saintis membuat kajian untuk menyekat pembentukan salur darah ini.

Sel kanser payudara ni selalunya tumbuh dalam kelenjar yang menghasilkan susu. Jadi, sel ini boleh ikut saluran dan merebak ke puting, boleh merebak ke tisu payudara sekitarnya dan juga ke dalam limfa nodul dibawah ketiak dan juga merebak ke seluruh badan.

mengesan kanser payudara

Bagaimana Estrogen ‘Memberi Makan’ Kepada Sel Kanser

Kejadian kanser payudara paling banyak berlaku disebabkan oleh sel payudara tu mempunyai estrogen reseptor, maksudnya pada sel tu sendiri disediakan tempat untuk estrogen.

Apakah reseptor ni?

Reseptor ialah protein yang berada pada atas sel atau dalam sel yang mana bila bahan melekat pada reseptor, dia akan menjalankan fungsi dia lah. Dalam kes sel payudara, ada reseptor untuk estrogen dan reseptor untuk progesteron. Kedua-dua hormon ini terlibat dalam pembentukan dan perkembangan sel payudara.

Hormon estrogen dia akan meningkatkan pertukaran sel yang baru. Maksudnya sel akan dihasilkan dengan cepat, sementara hormon progesteron mengurangkan tindakan hormon estrogen. Dengan cara ini risiko kanser dapat dikurangkan.

Jadi bagaimana nak tahu apa jenis kanser itu?

Apabila seorang wanita disahkan menghidap kanser payudara, sampel tisu akan diambil untuk dialisis. Dari situ lah boleh tahu jenis kanser tu.

Secara kasar, kanser payudara terbahagi kepada :

1. Kanser payudara negatif reseptor

2. Kanser payudara positif reseptor.

Kanser payudara positif reseptor pula terbahagi kepada 3;

  • Positif estrogen reseptor
  • Positif progesteron reseptor
  • Positif estrogen-progesteron reseptor.

Dengan mengetahui jenis kanser ni, jadi kanser payudara yang positif-reseptor-hormon ni boleh dibantu dengan rawatan hormon. Dalam bidang perubatan, ubat seperti Tamoxifen digunakan untuk menghalang reseptor estrogen, sekaligus mengelakkan kanser terus merebak ke sel lain.

Tapi, selalunya wanita yang ada kanser payudara ni jarang diberitahu, selain daripada makan ubat atau kemoterapi, mereka juga boleh mengubah gaya hidup dah pemakanan mereka untuk membantu mengurangkan hormon estrogen dan mengimbangkan hormon-hormon dalam badan.

Dan ini bukan saja penting untuk orang yang ada kanser, tapi lagi penting kepada orang yang belum ada kanser pun. Sebab dengan mengenalpasti simptom estrogen berlebihan dan seimbangkan hormon untuk mengurangkan risiko kanser payudara yang berkaitan dengan hormon ini.

Dengan mengurangkan paras estrogen juga sangat penting untuk mengurangkan risiko kanser yang berkait dengan reseptor estrogen, termasuklah;

  • Kanser ovari
  • Kanser rahim
  • Kanser tiroid
  • Kanser paru-paru (untuk orang yang tak merokok)
  • Kanser prostat (untuk lelaki)

Anda tentu nak tahu kan apa tanda-tanda estrogen berlebihan dalam badan? Jadi, sebelum teruskan bacaan, boleh klik video ni dulu.

Semua Ini Bermula Daripada Anda Sendiri

Untuk melindungi diri daripada penyakit-penyakit, termasuk kanser, memang kita mempunyai kuasa untuk memilih. Banyak tips dan langkah yang boleh diambil untuk melindungi diri kita.

1. Tambahkan pengambilan sayur

Sayur-sayuran mengandungi banyak bahan yang sangat bermanfaat untuk kesihatan dan termasuk untuk melawan kanser. Ada kajian pada tahun 2013 menunjukkan bahawa wanita yang makan lebih banyak sayur dilindungi daripada kanser payudara reseptor estrogen positif.

2. Kawal pengambilan daging merah dan BBQ

Bila daging dipanggang, asid amino di dalamnya berkemungkinan boleh bertukar kepada bahan yang mungkin menyebabkan kanser. Ini kerana, cara masakan yang menggunakan tenaga haba yang tinggi akan menghasilkan bahan kimia yang dipanggil Advanced Glycation End-Products (AGEs protein). Terdapat bukti-bukti terkini menunjukkan bahawa pengambilan protein AGEs secara berlebihan boleh mempercepat penuaan sel dan meningkatkan risiko penyakit termasuk kanser, Alzheimers, kencing manis dan penyempitan salur darah.

Apa masalah sebenar dengan protein AGE ni? 

Seperti mana matahari, mencepatkan penuaan kulit kita dari luar, protein AGE ini mencepatkan penuaan badan kita dari dalam. Protein AGE ni boleh menyebabkan keradangan. Ini terjadi pada bahagian badan yang ada kolagen, termasuklah kulit, salur darah dan lapisan pelindung pada saraf.

Tambahan pula, orang yang makan daging merah dengan lebih banyak boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Ini berdasarkan data daripada 88,000 wanita dalam Harvard Nurses’ Health study.

Untuk kesihatan payudara:

  • Pilih sumber protein yang lain, contohnya daripada tumbuhan. Protein soya adalah antara protein yang hampir lengkap dengan semua asid amino.
  • Jika nak makan juga daging atau ayam, pilihlah dari sumber yang organik.
  • Perap dulu daging sebelum BBQ sebab daging akan lebih cepat masak, jadi mengurangkan pendedahan kepada suhu yang tinggi. Tapi makanlah secara sederhana.

3. Pendedahan kepada bahan kimia

Zaman sekarang ni, memang kita tak boleh nafikan yang kita hidup dikelilingi oleh bahan kimia. Hinggakan kita terdedah kepada bahan kimia dalam makanan, dalam udara keliling kita, dalam rumah kita sendiri iaitu cat dinding dan perabot dan juga produk skincare dan kosmetik yang kita sapu kat kulit.

Bahan kimia ini bertindak seperti xenostrogen yang masuk ke dalam salur darah dan boleh mengganggu keseimbangan hormon.

Untuk kesihatan payudara:

  • Tukar produk skincare dan kosmetik kita kepada yang lebih selamat dan dijamin 100% tak ada bahan kimia.
  • Pilih produk kegunaan rumah kita – sabun cuci lantai, sabun cuci pinggan yang tiada bahan kimia dan mesra alam.
  • Elakkan penggunaan racun serangga kerana penggunaan racun serangga ni dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser payudara.

4. Kawal keradangan

Kita memang tak sedar yang keradangan kronik memang sedang berlaku dalam badan kita. Stress, tak cukup tidur, pengambilan makanan tak berkhasiat dan rokok boleh menyebabkan berlakunya keradangan ini.

Keradangan ni sebenarnya ialah cara pertahanan badan kita, contohnya kalau kuman masuk dalam badan, seseorang itu demam untuk melawan kuman tersebut. Namun stress yang berulang dan berpanjangan ini menjadikan badan mengaktifkan mode pertahanan 24 jam seminggu, menyebabkan keradangan kronik tapi tidak meningkatkan suhu badan.

Keradangan kronik turut menyebabkan hormon tak stabil dan boleh menyebabkan estrogen menjadi bahan penyebab radang.

Untuk kesihatan payudara:

  • Makanan yang mengurangkan radang – pilihlah ikan sebagai sumber protein kerana ikan tinggi dengan omega-3 yang merupakan anti-radang. Untuk suplimen omega-3 yang terbaik, saya cadangkan Omegaguard.
  • Kurangkan makanan penyebab radang – gula, garam, karbohidrat ringkas, lemak tak sihat seperti lemak trans.
  • Kawal berat badan kerana lemak berlebihan dalam badan boleh membebaskan estrogen.

5. Amalkan hidup yang aktif

Wanita yang lebih aktif boleh mengurangkan risiko kanser payudara, tapi tak pasti sama ada ini adalah manfaat daripada penurunan berat badan, metabolisme yang lebih tinggi atau kerana kesan senaman kepada hormon insulin.

Namun senaman boleh membantu menukarkan estrogen kepada estrogen yang baik dan mengurangkan risiko masalah kesihatan pada wanita pre-menopaus.

6. Jangan merokok

Ini termasuklah elakkan terdedah kepada asap rokok. Asap rokok itu boleh mengganggu keseimbangan estrogen dan progesteron dan boleh menyebabkan tanda awal menopaus. Nikotin boleh menyebabkan perubahan sel payudara yang meningkatkan risiko kanser payudara. Lebih 4,000 bahan kimia dalam rokok dipercayai boleh menyebabkan kanser.

7. Penggunaan perancang keluarga jenis hormon

Pil perancang adalah antara pil yang biasa diambil dikalangan wanita dan digunakan secara meluas. Walaupun dikatakan selamat, namun pil ini macam menipu badan tau, badan fikir dia mengandung, so maksudnya memang berlaku masalah hormon tak stabil.

Ini juga merupakan salah 1 cara estrogen dominasi.

Namun begitu, anda perlu bincang dengan doktor yang merawat anda dan bukan semua wanita sesuai untuk mengambil pil perancang. Jika anda berisiko untuk mendapat kanser, mungkin anda dinasihatkan pilih kaedah perancang keluar jenis lain, kerana pil perancang boleh meningkatkan risiko kanser payudara.

Menurut Dr. Zubaidi pula, walaupun tiada kata putus daripada pakar sama ada pil perancang menyebabkan kanser payudara atau tidak, namun beliau lebih berat mengambil pendapat ‘pil perancang boleh menyebabkan kanser payudara’ dan menasihatkan wanita supaya berhati-hati.

pil perancang penyebab kanser payudara

8. Dapatkan tidur yang cukup

Tak cukup tidur boleh meningkatkan keradangan dalam badan kita. Pakar juga menasihatkan agar tidup dalam suasana gelap. Betul-betul gelap lagi bagus, kerana dengan buka lampu semasa hidup, paras hormon boleh terganggu, terutamanya hormon melatonin. Ini mencetuskan stress kronik yang akan merendahkan paras progesteron.

Progesteron yang rendah tidak boleh menhalang tindakan estrogen dan ini meningkatkan risiko kanser payudara.

9. Menggunakan rawatan hormon selepas menopaus

Menopaus walaupun fasa hidup yang normal untuk wanita, tapi ada yang mengalami simptom penurunan hormon yang lebih teruk berbanding orang lain. Hinggakan ada yang perlu gunakan rawatan hormon.

Namun, hampir 40,000 wanita menopaus telah dianalisis oleh Insitute of Cancer Research di UK pada 2016 menemukan bahawa wanita yang menggunakan rawatan hormon meningkatkan risiko kanser 3x lebih tinggi. Risiko makin meningkatkan dengan penggunaan yang lebih lama.

Untuk kesihatan payudara:

  • Cuba cara yang semulajadi dan selamat. Ramai wanita yang mengatakan simptom lebih terkawal dengan perubahan diet, nutrisi yang betul, akupuntur dan herba.
  • Gunakan hormon terapi untuk tempoh yang selamat dan hanya selepas dipastikan risiko anda lebih rendah. Dapatkan maklumat sepenuhnya daripada doktor anda tentang risiko yang mungkin terjadi.

10. Kawal stress

Bagaimana kehidupan harian anda? Adakah terlalu sibuk hingga anda rasa masa anda hanya 10 jam sehari. Kelam-kabut buat kerja, selalu dalam keadaan tak keruan. Dalam kehidupan moden ni, stress ni jadi gaya hidup yang biasa. Namun sebenarnya stress yang kronik boleh menganggu keseimbangan hormon.

Ini kerana hormon kortisol ialah hormon yang sepatutnya menguruskan aktiviti masa kita stress, tapi pada yang sama jika kortisol sentiasa tinggi (kerana stress yang tak berkesudahan) dia menyebabkan keradangan dan mengurangkan progesteron kerana kedua-duanya berasal dari bahan yang sama tapi lebih banyak kortisol akan dibuat. Secara tak langsung, ini menyebabkan dominasi estrogen.

Nutrisi Yang Baik Boleh Membantu Mengawal Hormon Tak Seimbang

Antara benda yang boleh anda kawal untuk mengembalikan keseimbangan hormon ialah dengan perhatikan pemakanan anda. Sebab makanan yang berkhasiat, yang cukup dengan zat dan nutrisi boleh menyokong kesihatan sel dan membantu badan kita berfungsi dengan lebih baik.

Jadi, adakah anda mendapat nutrisi yang cukup setiap hari?

Saya ada cadangan produk yang boleh bantu untuk mencukupkan nutrisi dan zat disamping membantu mengurangkan risiko penyakit, terutamanya dikalangan wanita yang menopaus.

Anda boleh hubungi saya sekarang, Fyda di 012 621 1883.

Atau boleh klik link wasap di bawah.

Nutrisi Untuk Mengawal Hormon Tak Seimbang.

bisnes shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.