Bahan Penyebab Kanser Payudara Mungkin Ada Dalam Kosmetik. Wanita Perlu Hati-Hati

bahaya produk kosmetik

Bahan Penyebab Kanser Payudara Mungkin Ada Dalam Kosmetik. Wanita Perlu Hati-Hati

Bulan ini adalah bulan kesedaran kanser payudara dan tentunya sangat penting untuk kaum wanita. Ketulan payudara tak semestinya kanser dan dalam video ni, saya terangkan jenis-jenis ketulan payudara. Namun, untuk berul-betul pastikan jenis ketulan itu, perlukan buat pemeriksaan lanjut, contohnya melaui ujian imbasan atau pengambilan sampel tisu tersebut.

Kenapa boleh jadinya tisu yang normal ni secara tiba-tiba?

Sebenarnya ia bukan tiba-tiba tetapi proses itu memang ambil masa. Daripada sel yang normal, sel itu dirosakkan oleh radikal bebas atau karsinogen dan menjadi sel yang tidak normal.

Jika sel tidak normal itu tumbuh dengan perlahan dan hanya membentuk ketulan, ketulan itu mungkin benign. Selalunya ketulan itu sendiri tidak bahaya kepada kesihatan. Namun, biasanya ketulan payudara yang jinak ni mungkin ialah tanda hormon tak stabil. Hormon tak stabil inilah yang akan menjejaskan kesihatan.

Jika sel yang tak normal itu ialah sel kanser, maka ia akan tumbuh tanpa kawalan dan sel itu tak mati. Sel ini akan menceroboh tisu sekitarnya dan mungkin boleh tersebar ke seluruh badan.

Statistik pada 2018 mengatakan bahawa 1 dalam 14 wanita di Malaysia mempunyai risiko mendapat kanser payudara sepanjang hayat mereka. Kematian akibat kanser payudara adalah kira-kira 15% daripada semua kematian kanser wanita.

bahaya produk kosmetik

Simptom Dan Tanda-Tanda Awal Kanser Payudara

Kanser payudara selalunya sangat sukar dikesan pada peringkat awal dan selalunya pada peringkat awal ketulan kanser belum dapat dirasai. Wanita yang mempunyai kanser payudara mungkin mengalami kesakitan, payudara bengkak dan perubahan kulit dan ada yang tak ada apa-apa simptom.

Apabila kanser payudara tu muncul, simptomnya mungkin boleh jadi sangat luas, antaranya ialah:

  • Kesakitan pada payudara dan puting
  • Bengkak, tak selesa dan perubahan warna kulit pada payudara dan puting
  • Puting tertarik ke dalam
  • Luka pada payudara atau puting yang lambat sembuh
  • Kelenjar atau limfa nodul yang sakit dan membesar di bawah ketiak atau kawasan leher
  • Cecair daripada puting
  • Perubahan saiz, bentuk dan keadaan payudara atau puting
  • Batuk yang kasar dan berterusan
  • Sukar untuk menelan
  • Kesakitan selepas makan
  • Sakit atau sukar semasa kencing atau buang air besar
  • Kencing berdarah atau berak berdarah
  • Turun berat atau naik berat tanpa sebab
  • Berpeluh waktu malam
  • Rasa penat dan lesu

Keadaan Lain Yang Menyebabkan Ketulan Payudara

Menurut British National Health Service, majoriti ketulan payudara ialah bukan kanser. Ada yang sangat sakit dan menyebabkan perubahan pada payudara, ketulan yang jinak ini mungkin tidak mengancam nyawa. Mungkin memerlukan pembedahan untuk membuangnya.

Namun, antara yang mempengaruhi ketulan payudara ini ialah perubahan hormon. So, jika masalah hormon itu tak diselesaikan, pembedahan buang ketulan ini umpama sapu sampah yang sorokkan bawah karpet. Sampah tu memang tak nampak, tapi tetap ada kat sana.

Ketulan yang jinak ini termasuk:

  • Fibroadenoma
  • Penyakit cyst payudara
  • Tisu payudara menebal
  • Jangkitan atau bisul
  • Jangkitan payudara
  • Pembengkakan lemak

Bila Nak Jumpa Doktor?

Jika dapati ada perubahan pada payudara ataupun ketulan, adakah anda boleh pastikan perubahan tu sebab apa?

Tak boleh kan?

Jadi, sebaik sahaja dapati ada perubahan, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Tanya-tanya orang sekeliling mungkin tak selesaikan masalah anda. Bukan kata tak boleh tanya, in fact ramai yang hubungi saya dan tanya ketulan payudara mereka, namun saya pun tak dapat bagi jawapan jika pemeriksaan lanjut tak dijalankan.

Bolehkah Kanser Payudara Dicegah?

Jika kita ketahui punca-punca penyebab kanser payudara, kita boleh jauhi punca tersebut dan kurangkan risiko kanser payudara ini. Saya lebih suka gunakan perkataan kurangkan risiko sebab kita dah ikhtiar untuk elak atau cegah, tapi kadang-kadang tetap juga penyakit itu berlaku tapi risiko kita adalah lebih rendah.

Antara yang mempengaruhi kamunculan kanser payudara ialah apa-apa yang menyebabkan kerosakan sel dan juga masalah hormon.

Perhatikan dalam kehidupan kita, apa yang boleh menyumbang kepada kerosakan sel?

  • Makanan – makanan yang tidak berkhasiat, makanan tinggi gula, tinggi lemak trans, makanan proses dan makanan segera.
  • Persekitaran kita – pencemaran yang ada dipersekitaran, asap kenderaan dan asap rokok.
  • Skincare dan kosmetik – mungkin kita tak sedar dalam mekap atau skincare yang kita gunakan ada bahan kimia yang berbahaya
  • Stress – stress juga menjadi punca keradangan dan boleh merosakkan sel kita.
Apa yang kita boleh buat untuk melindungi sel kita daripada kerosakan?

Antioksida diperlukan untuk meneutralkan radikal bebas dan mengurangkan kerosakan sel. Vivix terbukti dalam ujian makmal boleh melindungi sel melalui 4 mekanisme.

  • Membaikpulih DNA
  • Mengurangkan keradangan
  • Meningkatkan pengeluaran tenaga sel
  • Mengurangkan penghasilan protein AGE

cegah kanser payudara

Bagaimana nak dapatkan Vivix?

Semua wanita memang saya sarankan sangat amalkan Vivix walaupun tak ada sejarah keluarga dengan kanser sebab 85% penghidap kanser payudara dan sekarang ni zaman golongan muda yang terjejas.

Walaupun dengan amalkan Vivix pun mungkin tak dapat cegah daripada kanser payudara, namun telah terbukti secara klinikal produk ni boleh memanjangkan telomere dan mengurangkan risiko penyakit.

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

WhatsApp kami di 012 621 1883 (klik dari smartphone anda).
Follow FB Fyda Nohuntuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.