Bagaimana Buat Blog Dapat Duit Walaupun Sedang Tidur

buat blog untuk bisnes

Bagaimana Buat Blog Dapat Duit Walaupun Sedang Tidur

Wahhh gempaknya tajuk. Amboi, mesti ramai nak tahu kan? Sebab ramai antara kita, termasuklah saya sendiri memang suka kalau dapat duit dengan cara yang mudah ni. Tak payah buat apa-apa tapi duit masuk. Tapi, memang betul. Tak mustahil kita boleh dapat duit walaupun sedang tidur. Nak tahu caranya, kena baca sampai habis tau bagaimana cara nak buat blog ni.

Saya mula ada blog sejak zaman study dulu. Blog itu ialah blog personal yang saya kongsikan aktiviti saya. Mula-mula memang tulis suka-suka saja. Macam tak ada tujuan pun. Sedakar ikut trend, masa tu kawan-kawan blogging, jadi ikut la juga.

Tapi, bila makin lama dalam dunia blogging, baru saya tahu bahawa ramai bloggers yang gunakan blog personal untuk menjana pendapatan. So, siapa tak nak dapat duit kan just menulis ikut suka hati dan dapat duit.

Masa tu orang gunakan sistem aflliate, iaitu tepek code iklan company-company besar dan kita akan dibayar ikut orang yang klik. Maksudnya secara tak langsung kita dah bantu iklankan servis atau produk mereka.

Jadi, saya mula komited dalam menulis blog. Usaha juga tulis setiap hari, walaupun sibuk. Tapi yang peliknya, akaun Nuffnang tak berganjak. Adsense lagilah 0. Duit makin banyak dilabur dan lebur. Sedangkan orang lain makin rancak cash out cek Nuffnang dan Google adsense. Saya pula mereput sendiri.

Akhirnya, saya fed up dan mula salahkan keadaan. Buang masa dan buang duit saja. Orang lain memang bernasib baik. Saya memang tak ada rezeki lah dalam bidang ni.

buat blog untuk bisnes

Kenapa Tulis Blog Macam Nak Gila, Tapi Tak Dapat Ganjaran Pun?

Pernah berada dalam situasi ini? Ataupun mungkin anda belum ada blog dan mahu cuba jana pendapatan dengan blogging?

Inilah yang terjadi bila kita buat blog tanpa ada 1 ilmu ni. Tulis blog sekadar ikut-ikut orang saja, tapi nak harapkan pulangan yang besar. Ramai ingat bila tulis blog untuk jana pendapatan, cukup dengan tepek code saja dan tunggu lah cash mengalir masuk.

Hakikatnya tak begitu straighforward. Kita kena tahu 1 benda yang dipanggil : ilmu market blog.

Kena Jadi Kepochi Promokan Blog Sendiri

Contohnya kita nak buka hypermarket sebab teruja dengan hypermarket hebat-hebat seperti Giant, Carrefour dan Mydin. Tapi kita p buka di Kampung Pisang. Siapa yang nak datang beli? Zombie-zombie di kampung itu sajalah.

Macam tu juga bila tulis blog. Kita tak boleh tulis dan diam-diam simpan sendiri. Gempak macammana pun penulisan kita, tanpa promosikan blog, dia takkan bergerak.

Ada pelbagai cara untuk promosikan blog kita. Antara cara promosi ialah:

1. Bloghop/ blogwalk

Jalan-jalan di blog orang dan tinggalkan komen dan jangan lupa tinggalkan URL blog kita sekali. Sila lah komen mengikut apa yang ditulis. Jangan pula komen ‘jom singgah blog saya’. Tu memang minta dikecam.

2. Join forum

Cari apa-apa forum yang berkaitan dengan nic blog dan jadikan URL blog kita sebagai signature.

3. Join dalam aktiviti bloggers

Sebenarnya bloggers ni diorang berkawan macam di dunia nyata, bezanya mereka di alam maya. Kadang-kadang ada aktiviti seperti gathering dan sebagainya. Bolehlah join dan kenalkan blog anda.

4. Submitkan entry ke direktori

Ada banyak blog direktori yang boleh anda guna untuk mudahkan blog anda dijumpai, seperti innit.nuffnang, imcurtain.com dan sebagainya.

5. Share link blog di group FB

Banyak group FB yang dibangunkan untuk bantu bloggers promosikan blog. Boleh join group tu dan boleh promokan blog anda.

Akademi Blog iReach Nak Bantu Anda Yang Minat Bisnes Shaklee

Banyak kerja? Ya, memang. Sebelum senang kena susah dulu. Kena buat banyak kerja, hinggalah blog anda dah ranking dan boleh menawan hati pembaca. Masa tu, time tidur pun orang boleh bak in duit.

Kami ingin bantu anda untuk buat blog yang boleh menjana pendapatan di Akademi Blog iReach. Segala modul-modul telah tersedia, cuma tinggal untuk dibuat saja. Kami memang komited untuk bantu anda berjaya dalam bisnes Shaklee seperti kami.

bisnes online sabah

Paling penting, hati mesti kental.

Hubungi Cikgu Fyda sekarang untuk sertai ABiR & sama2 jana pendapatan yang anda sendiri tentukan.

Boleh klik nombor whatsapp saya : www.wasap.my/60126211883

atau isi borang di bawah dan saya akan respond dengan segera.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *