Bagaimana Senggugut Boleh Menyebabkan Kemandulan?

sakit senggugut selepas kahwin

Bagaimana Senggugut Boleh Menyebabkan Kemandulan?

Setiap bulan memang sakit senggugut. So, mungkin senggugut memang normal la untuk wanita yang datang bulan. Jadi, tak ramai wanita yang nak cari penyelesaian untuk masalah senggugut. Kalau ada pun, just untuk tahan sakit sakit saja.

Tapi anda tahu tak bahawa senggugut yang teruk kemungkinan besar petanda penyakit endometriosis yang boleh menyebabkan wanita sukar untuk hamil?

sakit senggugut selepas kahwin

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan di mana tisu dari selaput dalam rahim yang namanua endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Dalam kitaran haid, selaput ini akan menebal danĀ  luruh bersama-sama darah haid. Jadi, darah haid itu ialah campuran darah dari rahim dengan tisu daripada lapisan endometrium beserta dengan kuman.

Bagaimana Tisu Endometrium Boleh Tumbuh Di Tempat Lain?

Tisu endometrium ini biasanya tumbuh pada organ sekitar uterus, termasuklah kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), tiub saluran fallopian, pundi kencing. Tapi ada juga dia tumbuh di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan. Ada juga yang sampai ke tulang belakang, usus dan paru-paru.

Lapisan endometrium ini juga boleh tumbuh dengan luar biasa saiznya dalam otot rahim dan membentuk kantung yang menyimpan darah bila berlaku haid. Keadaan ini dipanggil adenomyosis. Dinding rahim menjadi besar dari biasa dan membengkak.

Bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini.

1. Kemungkinan ada darah haid melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian.

Selalunya disebabkan oleh kedudukan rahim yang jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus).

Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan pesakit yang memiliki rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang ada penyakit endometriosis.

2. Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Sama seperti sel kanser dibawa ke tisu badan yang lain.

3. Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis dengan wanita-wanita yang sering tekanan jiwa (stress), yang mudah menggelabah, di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.

4. Ada juga teori yang mengatakan bahawa sistem pertahanan badan atau imun pada wanita tersebut telah lemah. Sepatutnya tisu rosak ini akan dibuang dari tubuh, tapi sebab imun yang lemah, tisu itu menyerang balik tubuh badannya sendiri.

Apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.

Apakah Simptom-Simptom Endometriosis?

Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak hilang walaupun selepas kahwin.

Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.

Jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak dengan banyak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat yang teruk dan mungkin telah melibatkan kerosakkan pada dinding dan otot rahim.

Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit.

Jika endometriosis tumbuh di usus besar, wanita itu mungkin membuang air besar berdarah khususnya pada waktu haid.

Ataupun batuk berdarah jika tumbuh di paru-paru dah sakit belakang jika tisu itu tumbuh di tulang belakang.

Adakah Endometriosis Boleh Menyebabkan Kemandulan?

Ya, endometriosis boleh menyebabkan ketidaksuburan dan kemandulan. Sebab itu ramai orang yang sukar mengandung hanya tahu mereka ada endometriosis kerana masalah kesuburan.

Bagaimana endometriosis menyebabkan kemandulan?

1. Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur atau ovari dan menyebabkan ia tidak boleh keluarkan telur atau ovum.

2.Ia menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian. Saluran fallopian akan tersumbat dan menyebabkan sperma tidak boleh masuk untuk bertemu dengan ovum.

3. endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.

4. Ia menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.

5. Endometriosis boleh menyebabkan keguguran yang berulang-kali.

Wanita tak seharusnya ambil mudah masalah senggugut masa haid, walaupun memang dalam masyakarat kita itu adalah perkara biasa dan akan hilang selepas berkahwin. Tapi, nak tunggu kahwin tu sebenarnya tisu-tisu kita dah mengalami kerosakan.

Saya sedia bantuĀ  anda untuk mengawal penyakit ini dan meningkatkan kesuburan, boleh wasap saya :

Fyda – 012 621 1883 (www.wasap.my/60126211883)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *