Apakah Penyebab Senggugut Kronik Dan Bagaimana Makanan Boleh Bantu Kurangkan Sakit Senggugut?

haid tak teratur

Apakah Penyebab Senggugut Kronik Dan Bagaimana Makanan Boleh Bantu Kurangkan Sakit Senggugut?

Senggugut dianggap masalah biasa kepada orang perempuan setiap kali datang haid. Memang senggugut yang biasa, kejang bahagian perut tu mungkin keadaan yang biasa, namun jika sakit tu sangat teruk dan berterusan mungkin itu sesuatu yang luar biasa.

Senggugut ni sering dikaitkan dengan kesukatan untuk dapatkan anak, namun sebenarnya akibat kesakitan yang berpanjang ini, menyebabkan keradangan di sekitar rahim, ovari dan tiub fallopio yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada sistem pembiakan.

Menurut Dr Salmi Daraup, yang merupakan pakar obstetrik dan ginekologi, senggugut paling kerap berlaku dalam kalangan wanita pada usia produktif.

haid tak teratur

Jenis-jenis Senggugut Dan Bagaimana Senggugut Boleh Berlaku?

Kata Doktor Salmi juga, senggugut ini terbahagi kepada dua jenis iaitu primary dysmenorrhea dan secondary dysmenorrhea (dysmenorhhea ialah senggugut).

Sakit akibat senggugut ni berlaku disebabkan oleh pembebasan hormon prostaglandin yang sebenarnya berfungsi untuk mengecutkan rahim dan alur darah untuk membuang tisu dinding endometrium yang keluar dalam bentuk pendarahan.

Namun, bezanya jumlah prostaglandin yang dihasilkan. Jika prostaglandin tu banyak, maka lebih sakit dan begitulah sebaliknya.

Apa yang menyebabkan perbezaan ini? Kenapa ada wanita yang hasilkan sikit prostaglandin dan kenapa ada yang hasilkan prostaglandin yang banyak?

Primary dysmenorrhea, sakit berlaku ketika datang haid dan disebabkan oleh penghasilan ‘prostaglandins’ secara normal. Maksudnya ini adalah proses yang normal. Biasanya berlaku pada fasa awal datang bulan dan sakit berkurangan apabila mencapai peringkat dewasa atau selepas melahirkan anak.

Keadaan ‘secondary dysmenorrhea’ pula mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain yang biasanya kesakitan itu berlangsung dalam tempoh yang lebih lama. Sebab itu, seorang wanita yang mengalami haid yang lama dan tersangat sakit perlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut pakar sakit puan.

tips kurangkan saki

Lendir busuk

Antara penyebab senggugut yang teruk dan kronik ialah endometriosis. Ini disebabkan oleh bila tisu endometriosis tumbuh di banyak tempat, prostaglandin akan dihasilkan dengan banyak. Oleh sebab itu, sakitnya pun jadi lebih teruk.

Boleh baca lebih lanjut tentang endometriosis yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat hingga seorang wanita tu perlu makan ubat tahan sakit.

Selain endometriosis, senggugut kronik boleh jadi kerana ‘pelvic inflammatory disease’ iaitu penghasilan lendir berbau busuk atau gatal (abnormal discharge), jika tidak dirawat boleh mengakibatkan kemandulan. Keadaan ini mungkin terjadi akibat jangkitan kronik pada bahagian pelvik.

Fibroid juga boleh menyebabkan senggugut kronik. Bagaimanapun, keadaan ini bergantung kepada jenis dan lokasi fibroid dalam rahim. Selain sakit ketika haid, fibroid turut menyebabkan darah haid banyak, sehingga berlaku kekurangan darah dan keletihan.

Saya sangat sarankan wanita yang mengalami senggugut mendapatkan pemeriksaan segera untuk ujian ultrasound atau scan pelvis bagi melihat keadaan rahim dan juga ovari.

Bolehkah Mengurangkan Sakit Senggugut Ni?

In sha Allah, sakit ni boleh dikawal dan dikurangkan, namun sebaiknya berjumpa doktor dulu untuk dapatkan pemeriksaan dan pastikan apa masalah sebenar anda.

Pengkaji telah mendapati bahawa hormon estrogen adalah baja yang menumbuhkan sel endometrium ni. Bila estogen makin tinggi, tisu endometrium makin tebal dan lebih banyak prostaglandin dibuat. Sebab itu ubat tahan sakit jenis NSAIDs sangat berkesan untuk orang yang ada senggugut kerana NSAIDs ni mengurangkan paras prostaglandin.

Begitu juga dengan pil perancang yang menghalang pertumbuhan sel endometrium, secara tak langsung boeh mengurangkan penghasilan hormon prostaglandin. Ramai wanita yang kurang sakit senggugut dengan pengambilan pil perancang, tetapi pemakanan pun boleh memberi hasil yang sama.

Bagaimana Makanan Boleh Bantu Kurangkan Sakit Senggugut?

Paras estrogen dalam badan wanita boleh berubah mengikut keadaan. Pemakanan yang kurang lemak, tinggi serat boleh menurunkan estrogen dengan banyak.

Ini kerana lemak yang berlebihan boleh ditukarkan kepada estrogen dalam badan dan serat pula bertindak seperti span dan menarik estrogen keluar daripada badan.

Menurut kajian yang diterbitkan di Obstetric & Gynecology pada Februari 2000, diet vegetarian, rendah lemak mengurangkan sakit senggugut dan PMS kepada ramai wanita. Ada 2 perkara yang perlu dibuat untuk mengurangkan senggugut ni, iaitu elakkan semua lemak binatang dan mungkin minyak sayuran juga tak diperlukan. Yang kedua, kajian ini juga menekankan perlu ambil lebih banyak makanan berasaskan tumbuhan yang mempunyai lebih banyak serat.

Suplimen Boleh Bantu Kurangkan Sakit Senggugut

rawat sakit senggugut

senggugut teruk

 

kecutkan cyst

Bagaimana Nak Dapatkan Vivix Untuk Kawal Sakit Senggugut

Hubungi saya sekarang untuk dapatkan Vivix yang mempunyai antioksida tinggi yang membantu untuk kawal hormon secara langsung dan juga mengandungi serat yang tinggi.

Hubungi Fyda di 012 621 1883, atau direct wasap

www.wasap.my/60126211883/senggugut

www.wasap.my/60126211883/senggugut

www.wasap.my/60126211883/senggugut

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.