Apakah Penyakit HFMD Dan Apakah Bahayanya?

apakah penyakit hfmd

Apakah Penyakit HFMD Dan Apakah Bahayanya?

Jangkitan HFMD atau penyakit tangan kaki dan mulut semakin mengganas di negara kita. Dalam 1 minggu sahaja, kes HFMD telah meningkat hampir 1000 kes. Kebanyakan negeri di Malaysia memang kes makin meningkat hingga beberapa sekolah dan tadika telah ditutup.

Dan of kos lah boleh menimbulkan panik di kalangan ibu bapa.

Tapi, kita boleh mengelakkan jangkitan ini daripada terus menular. Saya nak kongsikan beberapa fakta mengenai HFMD yang ibu bapa perlu tahu. Sebelum tu, boleh tengok video saya di bawah ni.

 

Bagaimana Penyakit HFMD Merebak?

HFMD adalah jangkitan oleh Enterovirus yang mana ada 2 jenis virus penyebab utama HFMD, iaitu Coxsackie 16 dan Enterovirus71 (EV71).

Virus ni boleh tersebar melalui cecair badan, termasuk lah air liur dan hingus. Jadi tak hairanlah kalau cepat sangat tersebar di sekolah. Sebab dah lah budak-budak ramai, kadang-kadang ada yang tak jaga etika masa bersin. Itulah habis kena orang lain sekali.

Virus ni memang sangat senang berjangkit, hingga boleh menular ke 5 orang budak. Maksudnya kalau 1 orang kena jangkitan, dia boleh jangkitkan kepada 5 orang kawan sekelilingnya.

Selain daripada tu, ada budak yang mungkin ada cecair pada ruamnya, dia pegang sesuai barang dan meninggalkan virus itu pada barang tersebut. Bila orang lain pegang barang yang sama, berisiko lah untuk jangkitan.

Sebab tu dah ada amaran bahawa HFMD boleh berjangkit melalui troli dan mainan di pasar raya. Sila bawa hand sanitizer ke mana-mana.

apakah penyakit hfmd

Gejala Yang Boleh Dialami Apabila Dijangkiti HFMD

Gejala yang paling ketara ialah tumbuh ruam pada tapak tangan, tapak kaki dan juga ruam dan ulser dalam mulut. Ruam itu juga mungkin boleh bermula dari bahagian kemaluan. Macam kedua-dua anak saya memang bermula dari kemaluan.

Selain tu juga, kanak-kanak tu boleh ada demam, tak selera makan dan keletihan.

Biasanya gejala ni akan sembuh sendiri dalam 7-10 hari walaupun tanpa sebarang ubat dan komplikasi jarang berlaku.

Namun, apa yang kita risaukan ialah risiko berlaku komplikasi, termasuk :

Dehidrasi – mungkin kerana kurang selera makan dan minum atau kesakitan akibat ulser dalam mulut hingga susah nak telan makanan.

Jangkitan otak (meningitis) yang mana kanak-kanak tu boleh mangalami demam tinggi, leher yang mengeras dan sawan.

Apa Yang Ibu Bapa Perlu Buat Jika Anak Disyaki Kena Jangkitan HFMD

1. Jika rasa ada simptom macam ada ruam atau ulser atau demam teruslah ke klinik atau hospital terdekat untuk pemeriksaan lanjut. Jika keadaan anak anda perlu masuk, maka ikut lah nasihat doktor.

Jika boleh balik rumah, teruskan baca langkah ke2.

2. Pastikan kuarantin anak yang kena jangkitan betul-betul, lagi-lagi kalau ada adik-beradik lain. Saya dah rasa peritnya jaga 2 anak yang kena jangkitan.

Tapi nasib baik ada penolong, jadi tak adalah lama sangat dorang demam.

3. Pastikan anak kekal terhidrat dengan galakkan dia minum air dengan kerap. Boleh masakkan bubur atau sup supaya senang telan dan nak kekalkan air dalam badan.

4. Pantau suhu badan anak untuk elakkan demam yang tinggi. Perlu bagi makan ubat untuk turunkan suhu dan lap badan dengan tuala.

5. Mencuci tangan dengan sabun selepas keluar tandas, mengendalikan najis atau lampin anak dan selepas menyentuh atau merawat lepuh.

6. Elakkan berkongsi barang peribadai termasuk tuala, pakaian, cadar dan juga alat-alat makan seperti pinggan, mangkuk, cawan dan sudu.

Anda juga perlu kenali tanda-tanda perlu bawa anak ke hospital segera:

1. Demam tak kebah walau dah bagi ubat ikut masanya.

2. Anak tak mahu makan atau tak mahu menyusu atau muntah dan cirit-birit yang teruk.

3. Anak mengalami sawan

Apa Yang Saya Bagi Anak Semasa Jangkitan HFMD Dan Untuk Tingkatkan Imun Mereka

Anak-anak saya memang suka makan Nutriferon Shaklee – suplemen yang direka untuk meningkatkan imun badan. Suplemen ni dibangunkan oleh pakar immunologist selepas kajian selama 40 tahun.

Yang kedua ialah OmegaGuard yang berfungsi sebagai anti radang untuk kurangkan rasa sakit akibat ruam dan ulser.

Dan Mealshakes yang merupakan minuman multivitamin dan mengandungi protein yang tinggi. Protein juga penting untuk bantu baikpulih sel dan menguatkan sistem imun.

Tapi kalau anak anda alah susu lembu atau susu soya, mungkin tak sesuai la. Tapi boleh pilih VitaLea for Kids yang merupakan multivitamin dalam bentuk tablet.

Untuk pastikan badan mereka sentiasa terhidrat, saya bekalkan dengan Performance Drink – minuman isotonik yang mengandungi elektrolit untuk memastikan badan sentiasa terhidrat. Sesuai untuk kanak-kanak sebab tak da gas.

ubat penyakit hfmd

Jika anak anda dijangkiti HFMD, saya doakan semoga cepat sembuh. Dan jika anda sihat walafiat, semoga sentiasa Allah pelihara dalam kesihatan.

Bantu anak anda dengan kuatkan imun mereka.

Hubungi saya : Fyda Noh 012 621 1883 (www.wasap.my/60126211883)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *