Apakah Kesan Bahaya Jika PCOS Dibiarkan Tanpa Dikawal?

bahaya pcos

Apakah Kesan Bahaya Jika PCOS Dibiarkan Tanpa Dikawal?

Semakin berkembangnya teknologi dalam penyampaian maklumat, makin mudah untuk kita dapat maklumat. Hanya di hujung jari. Termasuklah maklumat mengenai kesihatan. Sekarang ni kita dengan macam-macam benda baru dalam bidang kesihatan ni, sehinggakan ramai doktor yang mengingatkan supaya jangan sewenang-wenang menerima maklumat yang anda dapat daripada internet.

Banyak juga penyakit yang dulu-dulu jarang orang nak bincangkan, tapi kini makin meluas. Ini perkara baiklah kan, maksudnya kesedaran tu dah makin meningkat.

Antara penyakit-penyakit yang dulunya adalah taboo dan sukar untuk dibincangkan ialah PCOS, iaitu masalah yang berkaitan dengan hormon yang tak stabil dikalangan wanita dan rupanya memang ramai sangat wanita yang berdepan dengan masalah kesihatan ini.

Ini kerana gaya hidup zaman sekarang mendedahkan wanita dengan pelbagai sumber yang mengganggu kestabilan hormon.

Bagaimana Mengesahkan Anda Menghidap PCOS?

Untuk pengesahan PCOS ni, memerlukan banyak ujian sebenarnya, namun PCOS ni boleh dinilai melalui keadaan fizikal wanita itu. Selalunya wanita itu dikatakan menghidap PCOS jika mempunyai 2 daripada 3 simptom ini:

  • Hormon lelaki (androgen) yang tinggi
  • Haid yang tidak teratur
  • Ada cyst dalam ovari

Doktor juga mungkin tanya atau periksa jika anda ada masalah jerawat yang banyak, pertumbuhan bulu yang berlebihan di muka dan lemak yang berlebihan di badan dan susah nak turunkan lemak.

Mungkin juga doktor akan memeriksa bahagian peranakan, buat ultrasound untuk cek cyst dan sebagainya.

Pemeriksaan fizikal dan ujian hormon akan menyokong diagnosis tersebut

bahaya pcos

Apakah Penyebab PCOS?

Setakat ini penyebab PCOS yang sebenar-benar belum dapat dipastikan. Mungkin juga ada kaitan genetik. Yang mana PCOS ni mungkin boleh berlaku dalam 1 keluarga.

Selain daripada genetik, PCOS ni berkaitan dengan hormon tak stabil dan mungkin berlaku disebabkan oleh pengaruh persekitaran yang mungkin boleh berpunca daripada makanan, pencemaran di luar rumah, penggunaan kosmetik dan skincare yang mengandungi bahan kimia yang boleh mengganggu kestabilan hormon.

Sebenarnya selain daripada hormon wanita, penghidap PCOS juga mengalami masalah hormon insulin yang tinggi dan mungkin menyebabkan kerintangan insulin. Kerintangan insulin ini menyebabkan badan tidak dapat menurunkan gula dengan baik dan menyebabkan paras gula turut meningkat.

Insulin yang berlebihan juga meningkatkan paras testosteron, yang menjadi punca beberapa simptom PCOS.

Wanita yang mengalami PCOS juga mengalami masalah keradangan yang tinggi, ini juga boleh jadi punca kenaikan berat badan dan sebaliknya. Keradangan yang tinggi ini juga meningkatkan paras androgen.

Simptom Lain PCOS

Simptom PCOS ni mungkin boleh bermula sebaik sahaja wanita tu baligh. Maksudnya remaja yang mengalami masalah haid tak teratur, mungkin juga mengalami masalah PCOS, bukannya semata-mata hormon tak stabil. Ada juga yang simptomnya ketara lebih lambat dan ada yang mungkin hanya dikesan selepas berkahwin kerana masalah kesuburan.

Tanda-tanda PCOS ni pelbagai dan tak sama pada semua orang. Mungkin sebab itu banyak orang yang PCOSnya dikesan lebih lambat. Selalunya wanita ini mempunyai masalah haid tak teratur dan mungkin tak menghasilkan telur. Mereka ni mungkin ada atau tiada cyst.

Simptom-Simptom Lain Termasuk lah:

1. Berat badan meningkat

Lebih kurang separuh wanita menghidap PCOS mengalami masalah berat badan meningkat dan obesiti dan mungkin sukar untuk turunkan berat badan.

2. Kelesuan

Ramai orang yang menghidap PCOS mengalami kelesuan dan kurang bertenaga. Isu lain termasuk tidur tak cukup dan kurang rehat mungkin boleh menyebabkan masalah yang sama.

3. Rambut tumbuh berlebihan

Kalau ada bulu lebih-lebih ni tentulah lelaki kan? Tapi wanita PCOS ni mengalami masalah ni. Mungkin bermisai, bulu tumbuh di bahagian badan, perut dan dada. Ini terjadi disebabkan oleh hormon lelaki yang berlebihan.

4. Rambut makin menipis

Rambut banyak gugur ni mungkin juga disebabkan oleh peningkatan umur dan penuaan juga.

5. Masalah kesuburan

PCOS ialah masalah utama jika berbicara masalah kesuburan, tapi bukan semualah yang mengalami masalah ini.

6. Jerawat

Perubahan hormon yang berkaitan dengan hormon androgen (hormon lelaki) membawa kepada masalah jerawat. Masalah kulit yang lain termasuk skin tag (kulit lebihan) dan ada bahagian-bahagian yang lebih gelap.

7. Perubahan mood

Orang yang menghidap PCOS cenderung untuk mengalami masalah mood swing, kemurungan dan anxiety.

8. Sakit bahagian pelvik

Sakit bahagian pelvik mungkin boleh berlaku semasa period, diikuti oleh pendarahan yang berlebihan. Wanita itu juga mungkin sakit walaupun tak datang haid.

9. Sakit kepala

Orang yang mengalami masalah hormon tak teratur cenderung untuk mengalami sakit kepala.

10. Masalah tidur

Ada juga orang yang menghidap PCOS ni mengatakan bahawa mereka mengalami masalah sukar untuk tidur. Memang ada banyak sebab yang boleh menjejaskan tidur seseorang, tapi jika berkait dengan PCOS ia dikaitkan dengan masalah tidur apnea, yang mana seseorang tu boleh terhenti nafas semasa tidur. Ini mungkin boleh mengganggu penghantaran oksigen ke otak.

Simptom PCOS ni selalunya lebih teruk dalam wanita yang obes.

Bolehkah PCOS Disembuhkan?

Jika anda disahkan menghidap PCOS, proses itu dah bermula lama dah. Maksudnya PCOS ni adalah penyakit jangka panjang, jadi cara rawatannya juga mestilah dalam tempoh jangka panjang dan sebenarnya perlu dirawat untuk mengelakkan masalah kesihatan yang berkaitan.

Bergantung kepada simptom yang dihadapi, rawatan untuk PCOS termasuklah:

  • Perubahan gaya hidup – Perubahan gaya hidup termasuklah pemakanan yang sihat, makanan yang seimbang dan menjalankan kehidupan yang aktif dengan mengamalkan senaman secara teratur.
  • Penurunan berat badan – Kajian menunjukkan penurunan berat badan boleh memberi pelbagai manfaat kesihatan termasuk mengembalikan keseimbangan hormon, memberi perubahan kepada mood seterusnya mengurangkan simptom yang saya sebutkan di atas.
  • Rawatan perubatan – Sebab PCOS ni berkaitan dengan hormon tak stabil, jadi wanita ini mungkin perlukan rawatan hormon untuk mengawal hormon yang mencetuskan PCOS.

Apa Akan Jadi Jika PCOS Tidak Dirawat?

Sebab kita dah bincang tadi, PCOS ni berkaitan dengan hormon tak stabil boleh menjurus kepada masalah kesihatan jika tak dikawal. Antara penyakit jangka masa panjang yang dikaitkan dengan PCOS ialah;

  • Kerintangan insulin dan berisiko untuk dapat kencing manis
  • Masalah kolesterol dan lemak berlebihan
  • Penyakit berkaitan jantung dan salur darah (serangan jantung, penyakit jantung dan strok)
  • Risiko kanser, termasuklah kanser rahim.

Buat masa sekarang memang belum ada rawatan untuk PCOS, melainkan usaha wanita itu sendiri untuk mengawal benda-benda dari luar yang boleh meningkatkan hormon dalam badan mereka.

Jadi, saya nak cadangkan 1 produk yang boleh membantu untuk mengawal hormon anda, mengurangkan kerintangan insulin dan meningkatkan kesihatan secara menyeluruh dan dibukti melalui KAJIAN KLINIKAL. Bukan testimoni semata-mata.

 

ubat cyst

 

produk kecutkan cyst

 

remaja haid tak teratur

 

 

cyst 7cm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.