Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Haid Tak Teratur

haid tak teratur

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Haid Tak Teratur

Wanita dan masalah haid…

Kitaran haid yang teratur adalah antara masalah paling utama wanita. Kalau termiss, terlewat atau haid tak datang, memang tak keruan lah wanita itu. Macam-macam benda bermain di fikiran.

Memang sepatutnya wanita curiga bila kitaran haid tak teratur, namun anda perlu tahu apa sebenarnya penyebab masalah haid tak teratur tu.

Apa Yang Normal Untuk Diri Anda?

Ramai orang yang saya jumpa sebenarnya tak kenal diri sendiri. Tak tahu macammana keadaan normal dia. Kalau nak tahu apa yang normal untuk anda, kena biasakan diri mencatat. Kalendar tu sepatutnya jadi teman baik wanita.

Bila anda tanda tiap-tiap bulan, so anda boleh lihat trend haid anda macammana. Sebab kitaran haid yang normal ialah antara 21-35 hari. Jadi, jumlah hari dalam kitaran haid tu tak tepat. Kitaran untuk sampai ke hari subur lebih panjang, hari untuk datang haid tu lebih lambat.

haid tak teratur

Dapatkan Nasihat Doktor Terlebih Dahulu

Untuk orang yang memang setiap bulan datang haid, tapi mungkin lewat seminggu ke, keadaan itu mungkin normal. Namun begitu, jangan teka-teka kesihatan anda. Kalau rasakan perubahan kitaran haid anda tak normal, adalah lebih baik jumpa doktor dan dapatkan nasihat yang sepatutnya.

Jika perlu, doktor akan menjalankan penyiasatan dan mengesan jika anda ada masalah kesihatan.

Penyebab-Penyebab Haid Tak Teratur

1. Mengandung

Bagi anda yang memang menantikan kehadiran cahaya mata, tentulah ini tak memeranjatkan, malah berharap lagi. Tapi ada juga keadaan wanita mengalami pendarahan pada awal kehamilan, jadi anda jadi keliru mengandung ke tidak kan..

Tapi, ujian air kencing boleh membantu.

2. Menyusukan bayi secara ekslusif

Untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi secara sepenuhnya, 6 bulan pertama adalah tempoh yang selamat. Sebab masa ini, hormon bertindak untuk menyediakan susu. Selepas baby dah berumur 6 bulan, masa tu dah start bagi baby makan kan? Jadi, masa tu hormon makin ok.

Namun ada juga yang tak datang haid selama 1-2 tahun. Mungkin hormon masih tak stabil. Jadi, ibu perlu buat sesuatu sebelum keadaan hormon tak stabil tu berterusan.

3. Penggunaan kaedah perancang keluarga jenis hormon

Atau, mungkin wanita itu menggunakan kaedah perancang keluarga jenis hormon. Ini mungkin boleh mengganggu kestabilan hormon dan menyebabkan haid tak teratur.

Selain tu, ada juga ubat-ubatan yang boleh mengganggu keseimbangan hormon. Ini termasuk ubat sawan, ubat penenang dan ubat hormon.

4. Menopaus?

Menopaus ni senang kata putus haid la dan memang merupakan fasa normal dalam kehidupan seorang wanita. Selalunya purata umur menopos ialah 50 tahun, namun sekarang makin ramai yang putus haid pada usia yang lebih muda?

Apa puncanya? Adakah tandanya wanita zaman kini mengalami penuaan lebih awal?

5. Masalah kesihatan yang menjejaskan hormon

Ada banyak keadaan kesihatan yang mengganggu kestabilan hormon. Ini termasuk:

  • PCOS
  • Masalah kelenjar tiroid
  • Kencing manis
  • Masalah kelenjar pituitari
  • Obesiti juga boleh menyumbang kepada masalah ini.

6. Tekanan emosi

Bila kita mengalami tekanan, hormon kortisol akan dibebaskan. Kortisol ni, jika terlalu banyak boleh menganggu hormon progesteron.

Bila hormon estrogen dan progesteron tak seimbang, inilah akan mengganggu kitaran haid.

Adakah haid tak teratur bermaksud tak subur?

Selalunya kalau kta cakap pasal haid tak teratur, tentu kaitkan dengan masalah kesuburan juga. Haid tak teratur tak semestinya anda tak subur, namun keadaan itu adalah lebih sukar.

Dan jika memang haid tak teratur tu berkaitan dengan masalah kesihatan, buat apa nak simpan kan?

Jadi, saya nak bantu anda yang mengalami masalah ini untuk mengembalikan kesihatan anda dan mengembalikan kestabilan hormon, terutamanya jika anda menghidap PCOS, stress, obes ataupun penyakit kronik seperti kencing manis.

Alternatif Untuk Masalah Haid Tak Teratur

Sejak 10 tahun lepas banyak kajian yang melihat potensi Resveratrol untuk rawatan PCOS.

Dalam kajian2 tersebut, didapati:

  • Resveratrol adalah antioksidan yang kuat yang melindungi sel2 telur dari radikal bebas untuk meningkatkan kesuburan seorang wanita.
  • Resveratrol menghalang penghasilan androgen berlebihan dengan menyebabkan apoptosis (kematian) sel yang menghasilkan androgen
  • Resveratrol memperbaik estrous cycle (kitaran estrus – kitaran penebalan dinding rahim). Kajian ini dilakukan kepada tikus, tapi dipercayai mempunyai kesan yang sama kepada manusia.
  • Resveratrol mengurangkan saiz sel lemak. Sel lemak yang berlebihan akan ditukarkan kepada hormon wanita yang seterusnya meningkatkan risiko hormon tak seimbang.
  • Resveratrol meningkatkan sensitiviti sel tubuh kepada insulin untuk kawalan gula yang baik

Jadi, berdasarkan kajian, Resveratrol mampu memperbaiki sistem tubuh pesakit PCOS & bantu mengawal PCOS.

Tapi, ResV yang dikeluarkan oleh Shaklee mengandungi 15 jenis polyphenols termasuk Resveratrol!

haid tak teratur punca masalah kesuburan

Jadi ResV adalah 13x lebih berkesan berbanding Resveratrol sahaja dalam memberikan kesan baik kepada kesihatan.

Ramai yang mencubanya dan mendapat kesan yang positif.

Bagaimana Nak Dapatkan ResV?

Senang aja.

Hubungi saya di 012 621 1883, atau klik link di bawah

Atasi Masalah Haid Tak Teratur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.