Alternatif Untuk Kurangkan Sakit Endometriosis Tanpa Gunakan Ubat Tahan Sakit

sakit senggugut teruk

Alternatif Untuk Kurangkan Sakit Endometriosis Tanpa Gunakan Ubat Tahan Sakit

Pertama kali saya jumpa pesakit endometriosis yang datang klinik untuk minta MC, saya memang rasa menyampah. Sebab masa tu dia tak sakit sangat. Doktor dengan MC, memang ada meroyan sikit. Lepas tu baru lah saya tahu yang endometriosis tu sebenarnya sangat-sangat sakit, mungkin kebetulan masa tu wanita tu tak sakit sangat. Namun, bila masa datang sakitnya tu, hanya dia sorang lah yang terpaksa menanggung.

Ada orang yang sangat benasib baik dan tak rasa sakit langsung. Namun, ada ramai pesakit endometriosis yang berdepan dengan kesakitan yang teramat sangat hingga mengganggu kehidupan harian termasuk sukar bekerja, menjaga diri, keluarga dan mungkin melibatkan kesihatan mental.

Walaupun dah dapat rawatan hormon atau tisu endometriosis sudah dibuang melalui pembedahan, namun bukan sedikit yang perlu ambil ubat tahan sakit. Sebab bukan sahaja tisu endometriosis ni menyebabkan pendarahan pada tisu lain, tetapi juga menyebabkan keradangan dan kerosakan saraf.

Sakit endometriosis ni paling ketara bila datang haid atau semasa hubungan intim bersama suami. Namun, ada juga wanita yang rasa sakit pada waktu lain, namun untuk hilangkan sakit ni kadang-kadang mengecewakan.

Jadi, saya nak berkongsi cara-cara pesakit endometriosis mengawal kesakitan tanpa ubat tahan sakit. Dah tentu ini bukanlah untuk menggantikan rawatan doktor. Sekiranya sakit anda tak terkawal, segeralah berkunjung ke klinik atau hospital.

sakit senggugut teruk

1. Gunakan 2 pad pemanas berbanding 1

Kalau orang ada senggugut suka letak benda-benda panas kat bahagian bawah perut. Haba dikatakan boleh merelakskan otot pelvik dan mengurangkan sakit kekejangan. Tapi jangan terlalu lama letak pad panas tu, maksimum 20 minit. Kalau nak teruskan balik, tunggu dalam 20minit lagi. Begitulah menurut Dr Mark Dessel, seorang pakar ob/gynae di Cleveland Clinic.

2. Berendam dalam air hangat

Ini lagi selesa, sebab merangkumi semua bahagian badan mendapat kebaikan haba seperti yang kita cakap di atas.

3. Seluar panas – heat pants atau heat wrap

Kalau nak keluar rumah mungkin susahlah kan nak letak pad kat perut atau nak berendam air hangat. Pernah dengar heat pants? Seluar untuk work out kononnya cepat bakar lemak. Tapi sebenarnya bila pakai seluar ni, rasa agak hangat.

Sebenarnya memang ada benda yang dipanggil heat wrap dan memang digunakan untuk kurangkan sakit senggugut, tapi macam tak ada dijual kat Malaysia.

4. Minyak angin/ minyak panas

Sama juga, untuk beri rasa lebih selesa bila bahagian bawah abdomen lebih hangat.

5. Belajar tenangkan diri untuk kawal sakit.

Bunyinya mungkin macam mistik. Tapi dengan bermeditasi, cuba tenangkan diri boleh membantu kawal kesakitan. Antara yang and boleh buat ialah dengan amalkan senaman yoga.

Atau anda boleh ikut follow Tuan Afnan Rosli yang ajar teknik untuk tenangkan diri. Saya tak pernah pergi kelas dia, tapi mungkin anda boleh cuba.

6. Rawatan alternatif untuk kurangkan sakit endometriosis

Banyak tempat-tempat di Malaysia yang menyediakan rawatan alternatif untuk kawal kesakitan. Perkhidmatan ini ada juga ditawarkan di pusat kesihatan kerajaan. Contohnya akupuntur dan TENS (transcutaneous electrical nerve stimulation) iaitu gunakan elektrik untuk mengawal tahap kesakitan yang diterima oleh saraf.

7. Pemakanan untuk kurangkan sakit endometriosis

Disebabkan endometriosis ialah keradangan, makanan yang mengurangkan keradangan boleh membantu mengurangkan kesakitan. Begitu juga wanita dengan endometriosis dinasihatkan untuk memilih makanan yang organik untuk kurangkan pendedahan kepada racun rumpai dan racun serangga.

Anda juga dinasihatkan untuk memilih makanan yang tidak mengganggu hormon.

Tapi saya nak cadangkan suplimen yang boleh membantu untuk mengawal penyakit endometriosis anda. Suplimen ini terdiri daripada bahan-bahan yang boleh mengurangkan keradangan dan membantu mengawal hormon anda.

Jangan risau sebab suplimen ni adalah semulajadi dan organik. Selain tu, keselamatan dan berkesan dibuktikan oleh sains.

merawat endometriosis

Vivix

Vivix mengandungi sebatian polifenol yang telah mendapat perhatian ramai saintis kerana memberi manfaat dalam bidang kesihatan, termasuk kepada pesakit endometriosis.

Sebatian polifenol yang bersifat anti-radang membantu mengurangkan sakit. Bersifat anti neoplastik yang mencegah pembentukan sel asing dalam badan.

Polifenol juga berfungsi meningkatkan sistem imun dan juga berfungsi memelihara sel-sel badan.

Semua ini dibuktikan melalui sains.

Energizing Soy Protein

Membekalkan proten baik untuk membantu membina sel baru. Soya ESP bebas GMO dan dijamin ditanam dan diproses secara organik dan bebas daripada racun rumpai, racun serangga dan sebarang pengawet makanan.

ESP membekalkan kesemua asid amino yang diperlukan oleh badan dan membantu menguatkan sistem peranakan.

OmegaGuard

Mengandungi asid lemak omega-3 yang berfungsi sebagai anti radang untuk mengurangkan sakit

GLA Complex

Mengandungi asid lemak omega-6 yang membantu mengawal selia hormon wanita. Dan juga merupakan anti radang.

VitaLea, B Co dan Vita C

Vitamin dan mineral yang penting yang diperlukan oleh badan untuk fungsi normal.

Jadi, perlu ingat, walaupun kebanyakan sakit senggugut ialah fisiologikal, memang biasa berlaku dikalangan remaja tapi jika sakit berterusan dan sangat sakit, sebaiknya bawa jumpa doktor untuk rawatan lanjut. Jika endometriosis dikesan lebih awal, lebih senang untuk dikawal dan potensi sistem pembiakan boleh dilindungi.

Vitalea juga mengandungi zat besi untuk menggantikan semula zat besi yang banyak hilang melalui darah haid.

Selain itu juga, VitaLea turut mengandungi zink. Dan sebenarnya produk Shaklee ada produk zink sendiri.

Ostematrix

Gabungan kalsium, magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk fungsi badan yang sihat. Apa lagi wanita banyak kehilangan kalsium melalui darah haid.

Dan magnesium boleh membantu untuk mengawal pengecutan otot rahim untuk mengurangkan sakit senggugut semasa haid.

Bagaimana Nak Dapatkan Suplimen Untuk Kesihatan Wanita?

Anda boleh hubungi saya untuk dapatkan suplimen ni atau nak dapatkan info lanjut. Saya nasihatkan jika anda ada masalah berkaitan hormon dalam senarai di atas, lebih baik anda bertindak segera untuk elakkan keadaan lebih melarat.

Hubungi Fyda di 012 621 1883

Atau boleh direct wasap – www.wasap.my/60126211883

www.wasap.my/60126211883

www.wasap.my/60126211883

Dengan pembelian set wanita anda akan dimasukkan ke support group yang ramai sifu-sifu otai untuk bantu masalah kewanitaan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.