Aku Sakit, Macammana Nak Bersolat?

hukum darah semasa mengandung

Aku Sakit, Macammana Nak Bersolat?

Masa saya bertugas di wad ibu bersalin, saya perasan ada seorang ibu yang masuk wad sebab uri rendah dan dia alami pendarahan. Kalau uri rendah dan berdarah 30 minggu ke atas, memang kena berkampung dalam wad. Sebab kalau berlaku pendarahan je, bila-bila masa mungkin kena buat pembedahan.

Saya selalu nampak ibu ni bersolat dan orang lain tak nampak pula. Mungkin solat di surau. Tapi sebenarnya ramai yang ingatkan bila keluar darah masa mengandung, maka dah tak wajib solat.

Jumhur ulamak sepakat bahawa wanita hamil tak patut datang haid. Jadi berlaku juga pendarahan masa hamil, maksudnya tu darah istihadah dan wanita itu wajib bersolat.

Begitu juga bila tiba waktu dah nak bersalin. Dah keluar lendir, campur darah. Itu pun masih wajib bersolat. Yang tak wajib solat dan memang haram bila baby dah keluar. Darah yang keluar ngan baby tu namanya darah wiladah, diikuti darah nifas.

Orang kata lepas keluar darah wiladah tu kena mandi wajibkan? Mandi wiladah katanya. Kalau ikut hukum, kita mandi wajib ialah untuk membolehkan kita sembahyang kan? Jadi, kalau lepas tu keluar darah nifas tak perlulah mandi wajib. Kecuali kalau darah nifas kita tak ada. Wajiblah mandi dan bersolat.

Begitulah pentingnya solat dalam kehidupan harian kita. Kita kata perempuan nak bersalin tu memang sakit kan, contractionnya. Tapi selagi baby tak keluar, selagi tu lah wajib bersolat.

hukum darah semasa mengandung

Alhamdulillah, masa saya bersalin hari tu sekejap je dan dorang memang keluar waktu gap solat yang panjang. Anak sulung lepas dah solat Isyak baru sakit perut. Anak kedua lepas solat Subuh. Dan sakit pun tak lama, dalam 4-5 jam. Tapi sakit yang betul-betul time dorang nak keluar tu setengah jam je kot.

Alhamdulillah.. tapi memang pengalaman kebanyakan pengamal vitamin Shaklee, bersalin lebih singkat dan mudah. Tak tau lah, mungkin kebetulan.

Sebenarnya nak share pasal 1 buku yang saya sempat baca yang┬ábertajuk “Aktifkan Otak Kanan Dengan Solat”. Tak habis lagi baca. Baca sikit-sikit, ikut sempat.

Kalau ikut sains, otak manusia ada 3 bahagian. Otak kanan, otak kiri dan otak tengah. Otak kanan berkait dengan emotional quotient yang menjadi salah satu faktor kejayaan seseorang dalam hidup. Kadang2 kita tengok orang tak pandai masa sekolah lebih kaya & berjaya (Biasanya wang & harta la jadi ukuran manusia kejayaan hidup seseorang, sebab tu boleh dilihat dan diukur). Sebabnya otak kanan mereka lebih aktif.

Tapi kebanyakan kita sebenarnya banyak guna otak kiri. Semua nak kena logik, yang membaca, mengira tu semua guna otak kiri.

Untungnya kita sebab solat adalah salah 1 cara aktifkan otak kanan. Solat sebenarnya ialah cara kita bercakap dengan Allah. Kalau kita bercakap, mestilah orang tu sepatutnya ada depan kita kan? Ataupun takde orang pun, melalui whatsapp ataupun chatting kat komputer. Maksudnya ada kaedah nak bersembang.

Jadi cemana nak sembang ngan Allah kalau tak nampak? Sebab tu kata Rasulullah, solatlah seolah2 kau nampak Allah. Kalau tak boleh, kena buat macam Allah nampak kita. Imaginasi yang macam tu akan aktifkan otak kanan.

Untungkan? Allah bagi masa kat kita untuk jumpa Dia, sembang2 ngan dia. Rugilah kalau tak guna betul2 masa tu. Bayangkan Sultan Johor panggil kita nak sembang2 ngan dia face to face, mesti kita cakap penuh lemah-lembut, tersusun bahasa. Tapi kenapa masa solat kelam-kabut? Tak sabar nak habis.

Yang lagi menyedihkan, saya jumpa ramai orang yang tinggal solat sebab sakit lutut, sakit kaki katanya tak boleh berdiri lama. Sedihnya sebab sakit tu boleh dicegah dan boleh dirawat.

Macam orang yang tak solat sebab sakit tu nak cakap, Allah yang bagi aku sakit ni, jadi tak boleh la aku nak jumpa Dia. Macam nak balas dendam je..

Nau’zubillah.

Kalau solat duduk di lantai atau di kerusi sebab sakit kaki tu alhamdulillah sebab usaha nak jumpa Allah, tapi kalau boleh berdiri boleh solat macam orang tak sakit kan tentu lagi best. Sebab gerakan setiap dalam solat tu pun bagi manfaat pada kesihatan kita.

Dah tentulah, kualiti ibadah kita lebih baik kalau sihat dan tak ada sakit-sakit. Ni nak kabo ni, nak try tak kolagen powder Shaklee? Best juga untuk sakit sendi. Sebab sendi-sendi kita ni sebenarnya dibina oleh kolagen. Kalau kurang kolagen, tu lah yang cepat sakit lutut la, sakit-sakit badan.

Kalau nak cuba, bulan ni ada promo tau…

1. Beli 6 Free 1
FREE membership
Dapat CASH BONUS next month

2. Beli 3 kotak
FREE membership
Dapat CASH BONUS next month

3. Beli 2 kotak
Dapat diskaun 5%

Best kan?

Kalau best, boleh whatsapp saya untuk order & consultation..

012 621 1883

hukum tidak solat ketika sakit

Semoga Allah kurniakan kita dengan kesihatan yang baik supaya dapat beribadah dengan berkualiti.

Nak info produk atau nak order, whatsapp saya k

012 621 1883 (Fyda)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *