Adakah Buang Air Besar Berdarah Petanda Bahaya?

buang air besar berdarah

Adakah Buang Air Besar Berdarah Petanda Bahaya?

Masalah yang berkaitan dengan berak ataupun buang air besar menjadi sesuatu yang sensitif dikalangan ramai orang. Ramai yang malu untuk berkunjung ke klinik atau hospital jika mengalami masalah berkaitan dengan pembuangan air besar dan hanya muncul apabila keadaan sudah teruk. Saya ingin berkongsi mengenai pendarahan ketika membuang air besar.

Pendarahan semasa membuang air besar tidak harus dipandang enteng, terutamanya dikalangan mereka yang sudah lanjut usianya. Namun begitu, setiap orang tak kira muda atau tua mempunyai risiko ini. Namun, sebahagian besar mengabaikan masalah ini kerana menganggap ia memalukan dan menyangka apabila pendarahan berhenti, maka masalah telah selesai.

buang air besar berdarah

Buang air besar berdarah perlu perhatian

Menurut Pakar Bedah Am Hospital Pantai Cheras, Dr Imtiaz Shahrir Hamid, walaupun seseorang itu mengalami masalah pendarahan daripada dubur hanya sekali, namun dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian sama ada siasatan lanjut patut dilakukan bagi memastikan tiada masalah ketumbuhan kanser usus besar atau rektum yang kini semakin meningkat.

Kanser zaman ini bukan lagi macam kanser dulu-dulu yang terjadi kepada orang-orang tua sahaja, tapi kini individu berusia 30-an juga berisiko untuk mendapat kanser, apa lagi kanser usus adalah salah 1 kanser yang cepat merebak ke hati dan paru-paru.

Sebab pendarahan ketika buang air besar.

1. Buasir

2. Kanser

3. Penyakit divertikular iaitu dinding usus besar mempunyai lubang kecil.

4. Ischaemic colitis iaitu radang usus besar yang disebabkan oleh kurang bekalan darah ke usus.

5. Radiation proctitis iaitu radang usus yang disebabkan oleh rawatan radioterapi yang pernah diterima.

6. Radang usus yang tidak diketahui sebab.

7. Fistula dubur iaitu kehadiran lubang yang menghubungkan dubur dengan bahagian luar.

8. Luka pada mana-mana bahagian usus.

9. Pernah ada bisul atau polip.

Di sebalik pendarahan semasa buang air besar.

1. Warna darah yang lebih terang bermaksud pendarahan dari bahagian kiri usus besar, rektum atau dubur. Sementara warna darah yang lebih gelap ataupun najis berwarna hitam menunjukkan pendarahan adalah dari bahagian kanan usus besar ataupun, bahagian yang lebih di atas, mungkin usus kecil ataupun pendarahan dalam perut.

2. Pendarahan selepas najis keluar dan menitis-menitis atau melekat pada tisu tandas, kemungkinan besar ialah buasir.

3. Jika ada objek lain keluar melalui dubur apabila membuang air besar, kemungkinan besar ialah buasir ataupun ketumbuhan.

4. Pendarahan yang disertai juga dengan rasa tidak puas semasa membuang air, dan kerap ke tandas tapi tiada najis keluar, ataupun membuang lendir sahaja dengan banyak terutama pada awal pagi menunjukkan ciri-ciri kanser pada usus besar.

Pemeriksaan untuk berak berdarah.

Untuk meneruskan pemeriksaan, doktor akan menggunakan sejenis alat yang dipanggil proktoskop yang merupakan alat kecil yang dimasukkan ke dalam dubur pesakit dan biasanya menemukan buasir ataupun ketumbuhan sekirannya ketumbuhan itu berada di bahagian rektum ke bawah.

Sekiranya tidak menemukan apa-apa melalui proktoskop, pesakit disyorkan untuk melakukan kolonoskopi, iaitu memasukkan teropong ke dalam lubang dubur untuk melihat sendiri keadaan di dalam usus. Dan jika terdapat apa-apa yang luar biasa dilihat, doktor akan mengambil sampel bahagian itu untuk mengetahui apakah jenis penyakit, dan kanser usus adalah pilihan yang paling akhir dan ditakuti.

Jadi, bagi sesiapa yang pernah mempunyai masalah berak berdarah, jangan bertangguh untuk dapatkan rawatan awal kerana untuk mengelakkan kemudaratan.

Jika berminat untuk membaca tentang kanser usus yang telah saya tulis sebelum ini, silakan. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan hubungi saya,

Fyda

012 621 1883

9 comments

  • Pingback: 9 Penyebab Kencing Berdarah, Yang No.5 Mesti Ramai Tak Sangka | Si Ketam Kecil

  • epiDecember 22, 2016 at 2:17 AM
    Salam. Saya nak tanya. Sebelum ni saya pernah sekali sahaja perasan akan najis berdarah. Tapi masa tu mungkin saya ingat pasal sehari sebelumnya saya ada makan bayam merah. Malam ni terjadi lagi dimana najis saya bercampur darah. Biasanya selepas selesai buang air, saya akan tembak air ke dalam anus. Kerana saya akan bersihkan smp saya pasti tiada lagi najis. Adakah masa saya tembak air tu telah mengoyakkan tisu kecil dlm anus dan menyebabkan ia berdarah? Sejarah keluarga saya smp skrg mmg takde yg kena buasir atau pun penyakit kanser. Darah yg keluar tu warna merah biasa dan tak sakit. Tapi kerisauan tu tetap ada. Boleh saya tahu penjelasan lanjut mengenai perkara ini? Harap tuan dapat memberi penjelasan.Terima kasih.

  • Salam,
    saya nak tanya, sebelum ni memang ade beberapa kali berak berdarah tapi saya rasa itu mungkin perkara biase mungkin disebabkan saya makan pedas. tapi 2hari lepas sekali lagi saya berak berdarah tapi dalam kuantiti yang agak banyak tapi tak rasa sakit. adakah saya perlu risaukan situasi ini? tq

    • Salam puan nurul. terima kasih sebab tinggalkan komen.. biasanya kalau berak berdarah (darah fresh) biasanya buasir. tapi jika dibiarkan tanpa rawatan, mungkin boleh menyebabkan komplikasi.

  • Assalamualaikum.
    Saya nak tanya, minggu lepas memang saya ada berak berdarah. Kemudian, disusuli hari ini dan semalam tiap kali buang air besar pasti akan ada darah. Fresh blood. Untuk orang muda yang baru ke alam 20an normal kah untuk ada buasir ?

    • Wassalam, terima kasih cik siti sebab tinggalkan komen. Buasir boleh berlaku kepada sesiapa saja, tak kira umur. Kalau Cik Siti berminat untuk cuba produk Shaklee untuk penghadaman, boleh whatsapp saya di 012 621 1883

  • Aslmkum…saya mengalami sembelit dan ada buasir sedikit(ada benjolan yg trkluar apabila membuang air besar keras)ttapi xpernah disertai darah.Tapi hari ini saya terperanjat bila saya ke tandas selepas membuang najis(tidak keras)keluar darah merah terang dari dubur apabila meneran(xbercampur najis).hanya darah saja yg kluar,saya amat risau…apakah punca pekara ini terjadi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *