Adakah Anda Tahu Masalah Hormon Anda Mungkin Bukan Berpunca Daripada Hormon?

masalah mental wanita

Adakah Anda Tahu Masalah Hormon Anda Mungkin Bukan Berpunca Daripada Hormon?

Sekarang ni maklumat senang sangat nak dapat. Google je, macam-macam ada. Termasuklah maklumat kesihatan. Kalau ada apa-apa masalah berkaitan kesihatan, google sajalah, banyak maklumat dapat. Tapi, pastikan anda sahkan dengan doktor dulu adakah maklumat itu benar atau tak.

Antara maklumat yang sering dicari oleh wanita ialah masalah berkaitan hormon. Dah rasa dan dah alami masalah berkaitan dengan hormon tak seimbang, tapi bila cek darah, cek paras hormon semua keputusan normal.

Kenapa boleh jadi macam tu?

Adakah maklumat-maklumat di internet tu salah?

Dan kalau hormon tu normal, kenapa ada simptom-simptom macam hormon tak stabil?

Bagaimana Nak Atasi Masalah Hormon Tapi Bukan 100% Masalah Hormon

masalah mental wanita

1. Jaga keseimbangan gula

Gula ni berkait rapat dengan 2 hormon, iaitu kortisol dan insulin. Jika gula tak stabil sama ada selepas makan atau antara waktu makan, badan akan kesan sebagai stress, jadi hormon kortisol akan meningkat. Keadaan ini boleh menyebabkan keradangan dalam badan.

Begitu juga gula meningkat akan meningkatkan penghasilan insulin yang mengganggu keseimbangan bahan-bahan dalam otak dan meningkatkan keradangan dan secara langsung juga mengganggu keseimbangan hormon.

Apa yang boleh anda buat ialah ambil masa untuk meneliti pemakanan anda, dari segi jenis makanan dan berapa kali nak makan sehari.

2. Seimbangkan Keradangan Dan Anti Radang

Haa.. keradangan dalam badan ni sebenarnya benda baru bagi saya. Sebenarnya banyak penyakit yang berlaku kepada manusia ialah disebabkan oleh keradangan, cuma kita tak perasan.

Kalau nak tahu keradangan tu macammana, cuba ambik pisau, toreh sikit jari. Ada luka kan? Lepas tu mungkin bengkak dan sakit. Itulah proses keradangan. Bila ada tisu luka, sistem imun akan bertindak untuk menyembuhkan kawasan tu dengan mencetuskan keradangan.

Jadi keradangan ni boleh berlaku dalam badan kita. Tapi kita tak rasa sakit, sebab organ kita sendiri tak ada saraf sakit. Tapi keradangan ni sebenarnya boleh merosakkan sel-sel sekitarnya.

Jadi, bayangkan jika berlaku keradangan kronik dalam badan kita?

Keradangan ni boleh merosakkan sel, dan menyebabkan kita tak boleh guna hormon dengan baik. Ada kemungkinan bila kita cek hormon di makmal, kita dapati hormon normal tapi ada simptom kekurangan hormon atau hormon tak seimbang.

Jadi setiap hari kita perlukan anti radang untuk membantu mengawal keradangan ni. Contoh antiradang ialah makanan yang mengandungi resveratrol dan omega-3.

masalah mental wanita

3. Kawal Keseimbangan Bakteria Dalam Usus

Pernah tengok iklan minuman kultur? Paling glemer la kan iklan ni dengan bakteria baik dalam usus. Jika berlaku masalah tak seimbang, usus kita boleh jadi bocor, ataupun perkataan tepat dia – leaky gut.

Leaky gut ni boleh menyebabkan keradangan, sistem imun jadi terlebih aktif dan lebih banyak berlaku alahan makanan.

Keradangan ni pula boleh mengacau hormon.

Antara tanda yang anda mungkin ada masalah usus:

1. Perut sering kembung selepas makan.

2. Masalah dengan pembuangan air besar. Senang kata sembelit dan najis tak terbentuk dengan baik.

3. Apa-apa masalah kulit.

4. Sering sakit kepala

5. Sakit sendi

6. Cirit-birit

7. Sembelit

8. Keradangan pada usus (inflammatory bowel disease)

9. Penat dan lesu

10. Brain fog. Brain fog ialah keadaan di mana otak tak boleh fokus dan tak boleh berfikir dengan baik. Orang tu mungkin mengalami kerisaun, kebimbangan, muntah sentap dan lain-lain emosi negatif.

Anda ada simptom-simptom di atas tak? So, mungkin tiba masanya untuk jaga kesihatan usus. Sebab tu ada hadis Rasululullah – Perut tu punca penyakit. Padahal kat perut, satu badan boleh sakit.

4. Kesihatan Hati Untuk Buang Toksin Dengan Baik

Ini yang sering kita terlepas pandang. Kalau pasal penyakit hati je, tunggu mata kuning barulah ada penyakit hati.

Hati adalah organ yang sangat hebat, yang mana dia mengubah benda-benda yang bahaya dalam kita kepada bahan yang lebih selamat. Apa-apa toksin atau bahan yang boleh mengganggu hormon kita. Hati ni jadikan benda-benda bahaya ni kepada benda yang selamat supaya boleh dikeluarkan dari badan kita melalui kencing atau air besar.

Namun, kalau terlalu banyak toksin ni, cuba anda fikir kalau 1 tempat buangan sampah tu terlalu banyak sampah. Apa akan berlaku? Jadi jika hati kita terlalu banyak nak tackle benda-benda toksin ni, maka fungsi hati akan berkurang. Dan inilah masanya seseorang tu akan mengalami masalah kesihatan dan masalah hormon.

Contohnya, jika badan kita mengandungi estrogen yang banyak (mungkin dari xenostrogen) hati akan menukarkan hormon bahaya ini kepada bahan yang selamat. Usus yang baik – yang kita dah jaga ni no.3 tadi akan membuang bahan yang selamat ini.

Namun, bila hati tak boleh berfungsi dengan baik, maka hormon estrogen ni akan meningkat dan jadilah keadaan estrogen dominance tu. Kalau hati dan usus tak berfungsi dengan elok, makanya bahan-bahan bahaya ni tak boleh keluar dari badan kita dan menimbulkan masalah kesihatan.

penyakit hati

Bagaimana Nak Bantu Tingkatkan Kesihatan Dan Seimbangkan Hormon?

Bila kita cakap nak seimbangkan hormon, memang perlukan usaha dan kesungguhan. Nak jaga kesihatan ni sebenarnya bukan senang tau. Kalau memang dah biasa tak ambik tahu pasal kesihatan, bila nak start tu susah dan nak konsisten tu lagi susah.

Tapi, saya boleh bantu anda untuk mulakan dan terus menjaga kesihatan. Asalkan anda betul-betul nak jaga kesihatan.

1. Dah tentu kena jaga pemakanan la. Amalkan masakan seimbang dan sihat. Lebihkan serat. Kalau boleh pilih makanan yang organik. Kurangkan daging merah.

2. Bersenam dengan tetap. Walaupun hanya sekadar joging dalam rumah ke, asalkan buat.

3. Pengambilan suplimen dengan mudah. Untuk kesan yang terbaik, saya cadangkan anda buat program detoks Shaklee dulu. Program detoks ni direka oleh pakar nutrisi dan doktor pakar dalam Shaklee.

Saya akan bimbing anda untuk buat program ni.

Boleh hubungi saya di 012 621 1883. Atau klik je direct wasap ni www.wasap.my/60126211883.

turun berat dengan mudah

Susahlah Nak Detoks, Ada Cara Lain?

Tapi jika anda nak cuba 1 produk dulu, saya cadangkan anda ambik Vivix. Vivix ialah minuman antioksida yang sangat powerful. Antioksida ni membantu untuk kurangkan keradangan. In sha Allah, jika keradangan terkawal, kita boleh bantu badan kita untuk berfungsi dengan baik.

merawat kanser

Boleh hubungi saya untuk konsultasi dan tempahan produk.

012 621 1883. Direct wasap www.wasap.my/60126211883

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.