9 Tanda Kencing Manis Tidak Terkawal Dan Mungkin Membahayakan Nyawa

ubat kencing manis

9 Tanda Kencing Manis Tidak Terkawal Dan Mungkin Membahayakan Nyawa

Walaupun teknologi perubatan semakin maju, namun penyakit kencing manis terus meningkat dan sehingga kini belum ada ubat yang boleh menyembuhkan kencing manis sepenuhnya. Sama ada kencing manis Jenis 1 atau pun Jenis 2. Ubat yang ada sekarang adalah untuk mengawal paras gula, sedangkan penyakit tu terus merosakkan tubuh kita.

Namun begitu, sekarang ni banyak sangat produk yang ada di pasaran yang katanya mampu menyembuhkan kencing manis. Bagi saya, terserah pada anda nak cuba produk apa pun, tapi jangan sesekali tinggalkan rawatan hospital dan ubat doktor.

Banyak yang berlaku pengguna tertipu dengan jani manis penjual sampai tinggalkan ubat doktor dan akhirnya komplikasi kencing manis berlaku dengan cepat sekali.

Tau-tau je kencing manis dah langsung tak terkawal dan kerosakan organ-organ dan tubuh badan berlaku dengan cepat. Sedangkan ubat doktor sebenarnya bukan nak rosakkan organ, tapi nak kawal gula darah supaya organ, salur darah dan saraf boleh dijaga dengan lebih lama.

Tapi, masalahnya bila dah guna produk-produk ni dah tak pergi jumpa doktor. Gula pun tak cek dah. Itulah tak tau bagus ke tak sebenarnya produk tu. Gula pun tak tahu berapa, tapi ada cara nak tahu gula terkawal ke tak.

ubat kencing manis

9 tanda macam mana nak tau kencing manis tak terkawal

1.Buang air kecil dan air besar tak lawas

Gula yang tinggi boleh rosakkan saraf. Jika saraf yang rosak tu ialah saraf pada sistem kencing atau berak ni, jadi lah kencing tersekat-sekat atau tak rasa nak kencing tapi pundi kencing dah penuh. Apa lagi sakit lah perut.

Saraf yang rosak pada bahagian perut dan usu pula boleh menyebabkan usus bergerak lambat. Jadi, najis pun boleh tersekat.

2. Makin kurang pendengaran

Ini pula berlaku bila salur darah dalam telinga rosak. Lama-lama telinga akan jadi pekak dan kurang upaya untuk mendengar.

3.   Gusi Berdarah

Pesakit kencing manis cenerung untuk mengalami masalah penyakit gusi serius iaitu periodontitis. Kalau tak rawat dengan baik, boleh hilang gigi.

4. Mulut Kering dan Bengkak

Bila gula dalam darah tinggi, tisu lembut dalam mulut akan hilang lembapan. Lidah pun selalu rasa kering. Mulut akan rasa sakit, bengkak, dan mudah dijangkiti bakteria.

5. Penglihatan Jadi Kabur

Pada peringkat awal, mata kabur disebabkan oleh gula yang tinggi dan bendalir dalam mata tak seimbang. Keadaan ini boleh dipulihkan apabila gula dah turun. Lama-lama bila berlaku katarak atau kerosakan saraf, barulah ada risiko kehilangan penglihatan.

6.Kulit Jadi Kering dan Merekah

Bila gula dalam darah tinggi, maknanya darah jadi makin pekat. Jadi, kelembapan kulit akan berkurang. Maka, kulit akan jadi kering dan gatal. Bila kulit kering, dia jadi menggelupas dan merekah. Rekahan-rekahan kulit akan sebabkan bakteria pulak senang masuk ke dalam kulit. Dan boleh jadi jangkitan pula termasuk bisul.

7.Tangan dan Kaki Terasa Kebas dan Semut-semut

Bila saraf pada kulit terutama jari tangan dan kaki rosak, pesakit terasa macam dicucuk-cucuk dengan pin, atau jarum. Tapi jari dan kaki tak rasa panas, sejuk, sakit atau pun tekanan ke atas lantai bila berjalan sebab deria sakit tu dah hilang. Kemudian, kaki pun rasa lemah dan tak stabil bila berjalan.

8. Berpeluh dengan Banyak

Mereka yang ada kencing manis ni biasanya berpeluh dengan sangat banyak berbanding biasa, terutama pada waktu malam dan juga ketika makan. Berpeluh sebenanrnya mekanisma badan yang baik untuk menyejukkan badan. Tapi bila kelenjar peluh dah rosak, orang tu mungkin mungkin berpeluh sikit atau tak berpeluh langsung

9. Selalu Pening Dan Rasa  Nak Pitam

Ada 2 benda yang menyebabkan pesakit kencing manis selalu rasa pening nak pitam. 1, bila gula tinggi dan darah jadi pekat, darah tak sampai ke otak.

Yang ke2, bila gula terlalu rendah. Ini adalah simptom biasa yang berlaku kepada penghidap kencing manis, terutamanya kalau makan tak dijaga.

Apa patut dibuat untuk kawal gula dalam darah?

Sakit kencing manis takkan boleh sembuh sebab penyakit ni ialahpenyakit yang melibatkan kemerosotan fungsi organ dan merupakan penyakit kronik. Makna kata, bila dah diagnose sebagai pesakit kencing manis, sel-sel tubuh pesakit sebenarnya dah pun rosak dan akan terus rosak jika tak dikawal.

Walaubagaimanapun, jika penyakit ini dapat dikawal dengan baik, pesakit masih dapat menjalani kehidupan yang sihat. Cara untuk kontrol kencing manis adalah, dengan:

1. Mengurangkan pengambilan glukosa @ gula dalam pemakanan harian,

2. Mengurangkan pengambilan karbohidrat

3. Mengurangkan makanan berkalori tinggi

4. Makan dengan gizi seimbang

5. Bersukan dengan teratur dan kerap

6. Makan ubat dan mengikut arahan doktor, sama ada ubat makan ataupun insulin.

Pada masa yang sama, pengambilan makanan tambahna yang mengandungi antioksida mungkin boleh membantu pesakit kencing manis untuk mengawal gula, kerana kencing manis ialah salah 1 penyakit yang disebabkan oleh tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas.

Antara suplemen yang tinggi dengan antioksida cadangan saya tentulah Vivix Shaklee.

tips awet muda

Bagaimana Vivix Shaklee dapat Membantu Menurunkan Gula dan Mengawal Gula Dalam Darah?

Resveratrol Membantu Kawal Kencing Manis

Salah satu artikel berkaitan kajian yang menyokong keberkesanan Resveratrol (active ingredient VIVIX) dalam membantu pesakit kencing manis mengawal gula & melambatkan komplikasi, saya akan kongsikan dengan anda.

Boleh rujuk di sini : Resveratrol Dan Pengawalan Kencing Manis

Tapi untuk kesekian kalinya saya ingatkan supplemen dan ubat fungsinya berbeza. Supplements seperti VIVIX, walaupun banyak kajian membuktikan bahan aktif dalam
Vivix, iaitu resveratrol boleh mengawal penyakit kronik, tapi Vivix bukan bertujuan untuk merawat atau menyembuhkan penyakit.

Tetapi lebih kepada menyokong rawatan dan pencegahan penyakit. Kalau mencegah tu, Vivix sangat sesuai diambil oleh orang yang sihat la. Tapi tak boleh nafikan juga sel-sel orang sakit juga perlukan nutrisi yang secukupnya, sama seperti yang diperlukan oleh orang yang tiada penyakit.

Kajian yang linknya saya bagi di atas ialah ramdomized, double blind, placebo-controlled study yang dijalankan kepada 66 orang penghidap kencing manis, membuktikan bahawa pengambilan RESVERATROL 1g setiap hari selama 45 hari boleh:

1.Menurunkan paras gula puasa (fasting glucose)

Bacaan gula semasa berpuasa yang normal menunjukkan badan berupaya memproses gula dengan baik.

2.Menurunkan kepekatan insulin.

Kepekatan insulin menurun pula maksudnya, insulin yang sebelum tu mengalami kerintangan dah boleh digunakan. Dalam ertikata lain, resveratrol mengurangkan kerintangan insulin atau meningkatkan tahap sensitiviti insulin dalam mengurangkan paras gula.

3.Menurunkan HbA1C – yang merupakan parameter untuk menentukan tahap pengawalan gula seseorang.

HbA1c ialah satu bentuk hemoglobin yang bergabung dengan gula. Ya, hemoglobin yang bawa oksigen ke tisu tu. Hemoglobin yang sama lah.

Hemoglobin ni memang akan bergabung dengan gula, dalam orang normal pun. Tapi untuk orang normal, nilainya dibawah 6.5%.

Kalau dah lebih tu, maksudnya pengawalan gula tak berapa bagus, walaupun orang tu mesti bebas daripada anemia sebab kekurangan zat besi. Sebab kita tahu hemoglobin kurang bila zat besi kurang.

HbA1c ialah parameter untuk tengok pengawalan darah 3 bulan sebelum tu. Maksudnya kalau HbA1 tinggi, paras gula biasanya tak terkawal walaupun bacaan gula pada hari tersebut rendah atau bagus.

Sebab ramai mengelat, sebelum jumpa doktor bukan main dia puasa, pantang semua makanan. Sebenarnya hari2 biasa makan dia mengalahkan orang takde penyakit pula.

Jadi, bacaan gula & HbA1c adalah dua parameter penting untuk menentukan pengawalan gula seseorang.

4.Menurunkan tekanan darah sistolik

Sistolik ialah bacaan tekanan darah bahagian atas yang bermaksud tekanan yang dihasilkan oleh jantung untuk pam darah ke seluruh badan.

Tekanan darah yang tinggi maksudnya ada masalah pada jantung sendiri yang memaksa jantung bekerja dengan lebih kuat.

5. Menaikkan bacaan kolesterol HDL

HDL dikenali sebagai kolesterol yang baik kerana fungsinya untuk mengangkut kolesterol dari sel ke hati & mengurangkan kolesterol dalam sel.

Jika anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee, vitamin semulajadi dan berkualiti tinggi, saya adalah pengedar Shaklee anda yang sah.

Boleh hubungi whatsapp  Fyda : www.wasap.my/60126211883

Atau jika nak order sendiri boleh klik gambar di bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *