9 Sebab Vitamin Shaklee Tidak Berkesan Walaupun Sudah Dijamin

Sebab vitamin Shaklee tak berkesan

9 Sebab Vitamin Shaklee Tidak Berkesan Walaupun Sudah Dijamin

Saya menerima banyak panggilan dan mesej yang mengadu mereka telah mengamalkan vitamin Shaklee tetapi kesannya tidak seperti yang diharapkan, atau boleh dikatakan mereka kecewa dengan vitamin Shaklee yang dijamin berkesan tetapi sebenarnya tidak berkesan langsung.

Satu perkara yang perlu difahami tentang vitamin ialah ia tidak sama dengan ubat yang boleh memberi kesan serta-merta kerana vitamin memang tidak sama dengan ubat. Vitamin adalah sejenis makanan (dipanggil makanan tambahan) yang mengandungi nutrisi dan zat-zat tertentu untuk mencukupkan zat yang kurang di dalam sel. Beri masa kepada badan sekurang-kurangnya 3 bulan untuk merasai kesan positif vitamin kerana sel manusia hidup kurang lebih 120 hari, jadi selepas tu sel-sel baru yang lebih baik akan menggantikan sel lama yang telah rosak.

Keberkesanan vitamin juga bergantung kepada tubuh badan individu. Sekiranya seseorang itu sudah sekian lama mengalami masalah kekurangan nutrisi, sudah tentu tubuhnya memerlukan masa yang lebih lama berbanding orang yang mungkin kesihatannya lebih terjaga.

Dan pastikan juga konsisten dalam pengambilan vitamin. Kalau sekali makan, esok malas terus tinggal, lusa baru makan lagi, sudah tentu keberkesanannya boleh dipersoalkan. Namun, ada 9 sebab yang dikenalpasti kerap menjadi punca vitamin yang dimakan tidak berkesan.

Sebab vitamin Shaklee tak berkesan

Vitamin Shaklee penipu, tak berkesan pun.

9 sebab vitamin tidak berkesan

1. Kurang minum air masak

Ramai antara kita yang lebih gemarkan minuman manis dan sangat kurang minum air masak atau air putih mungkin kerana tiada rasa. Dan ada juga yang sangat kurang minum air. Setiap 20kg berat badan, kita perlukan 1 liter air untuk fungsi fisiologi yang normal. Bayangkan jika kekurangan air, fungsi fisiologi badan akan terganggu dan sudah tentu vitamin di dalam sel tidak dapat berfungsi dengan baik.

2. Makan banyak vitamin sekaligus dalam 1 masa.

Ada zat-zat tertentu yang akan menghalang penyerapan zat yang lain. Contohnya kalsium akan menghalang penyerapan zat besi. Jadi, jika makan banyak vitamin sekaligus, ada kemungkinan terdapat zat yang tidak diserap oleh badan, jadi tak hairanlah jika vitamin tidak berkesan.

3. Waktu pengambilan vitamin yang tidak sesuai

Walaupun vitamin sebenarnya tiada waktu tertentu untuk pengambilannya namun ada beberapa vitamin yang memerlukan keadaan tertentu untuk penyerapan yang lebih baik. Contohnya vitamin larut lemak sesuai diambil selepas makan kerana penyerapanya lebih baik dan ada vitamin yang diserap lebih baik semasa perut kosong.

4. Mengambil vitamin bersama ubat hospital

Bagi mereka yang mempunyai penyakit dan makan ubat hospital, mungkin untuk mengelakkan lupa makan ubat mereka lebih suka makan kesemuanya sekaligus. Sama seperti pengambilan vitamin sekaligus, kemungkinan ada zat-zat yang tidak diserap dengan baik kerana percampuran kedua-duanya.

5. Mengambil vitamin bersama minuman berkafein

Ini lagilah tak boleh kerana kafein memang mengurangkan penyerapan zat makanan, jadinya mungkin ada vitamin yang tidak diserap oleh badan.

Bagi yang gemarkan minuman berkafein juga dinasihatkan untuk mengurangkan minuman ini. Secawan sehari cukuplah.

6. Pemakanan yang tidak seimbang dan tidak sihat.

Vitamin ialah makanan tambahan dan bukanlah pengganti makanan seimbang, jadi fungsinya adalah untuk melengkapkan zat-zat makanan yang tidak cukup daripada pemakanan seimbang harian kita. Jadi, pengambilan makanan seimbang dan sihat adalah wajib sementara vitamin akan melengkapkan mana-mana yang lompong.

Umpama solat wajib dan solat sunat yang mengiringi solat wajib. Solat wajib tu memang kita kena buat dan solat sunat adalah untuk menampung jika terdapat lompong-lompong dalam solat wajib kita.

7. Terdedah kepada pencemaran yang boleh memusnahkan vitamin

Pencemaran yang paling dekat dengan ramai antara kita ialah asap rokok. Asap rokok boleh memusnahkan vitamin C dan zink dalam badan. Selain itu, pencemaran udara, pencemaran air dan sebagainya turut memusnahkan vitamin dan nutrisi dalam badan. Jadi, jika kita sering terdedah kepada pencemaran ini mungkin vitamin diperlukan dalam dos yang lebih tinggi.

8. Toksin yang tinggi dalam badan

Pernahkah anda dengar tentang detoks? Detoks adalah proses mengeluarkan toksin daripada tubuh dan toksin ini sebenarnya boleh menjadi punca penyakit.

Toksin ini biasanya akan berkumpul pada dinding usus dan menghalang penyerapan zat makanan. Jadi, caranya ialah bersihkan usus dulu sebelum makan vitamin.

9. Masalah kesihatan

Terdapat beberapa masalah kesihatan terutamanya yang berkaitan dengan usus yang boleh menghalang penyerapan zat makanan. Pastikan anda mendapat rawatan dan nasihat daripada doktor sebelum memulakan pengambilan vitamin.

Kenal pasti apakah masalah yang menyebabkan pengambilan vitamin tidak berkesan dan pastikan pilih pengedar Shaklee yang boleh memberikan nasihat sewajarnya mengenai pengambilan vitamin sebelum membuat pembelian.

Baca di sini waktu pengambilan vitamin yang sesuai untuk kesan yang optimum.

Sebarang pertanyaan atau sekadar nak sembang-sembang, boleh hubungi saya,

Fyda Noh,

012 621 1883.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *