9 Masalah Kesihatan Akibat Rokok Kepada Orang Yang Tak Merokok

9 Masalah Kesihatan Akibat Rokok Kepada Orang Yang Tak Merokok

Saya pernah menguruskan 1 kes, seorang budak tadika di bawa oleh ibu bapanya ke hopsital kerana sesak nafas, Rupanya budak itu ada tanda-tanda asma. Yang tak tahan tu, bila nafas bapanya terbau rokok.

Jadi, kita pun syak la kan, budak ni jadi macam ni mungkin disebabkan oleh bapanya yang merokok. Sedar tak sedar yang rupa-rupanya kita yang tak merokok ni boleh turut terkena tempias kesan daripada orang lain yang merokok. Apa lagi jika perokok itu orang dekat dengan kita, walaupun mungkin dia merokok di luar rumah.

Tak pasal-pasal kita jadi mangsa.

Jangan tak tau, isteri yang suaminya merokok lebih tinggi risiko untuk dapat kanser paru-paru berbanding wanita yang suami tak merokok. Dalam 20-30%.

Dalam entri ini saya nak kongsikan 9 Penyakit Kronik Kesan Daripada Asap Rokok Kepada Orang Yang Tak Merokok.

jenis kanser paru-paru

Secondhand Smoker Lebih Bahaya Sebab Sedut Asap Secara Langsung.

Pernah nampak tak orang merokok di tempat awam? Selalunya dia hembus asap rokok ke mana? Nak jaga orang depan, hembus ke belakang. Straight masuk dalam hidung orang tu. Itulah masalahnya walaupun anda tak merokok, tapi berisiko untuk dapat kesan buruk daripada asap rokok. Sangat tak adil kan?

Setiap sedutan rokok ialah sedutan maut. Apa tak nya, sekali sedut je dah merosakkan berjuta-juta sel paru-paru.

Namun, ada 9 penyakit kejam disebabkan oleh rokok kepada orang sekelilingnya.

1. Kanser Paru-Paru

Kanser paru-paru menjadi penyebab utama kematian akibat kanser di seluruh dunia dengan catatan 3 juta kematian setahun dan asap rokok adalah penyebab utama.

Menurut Pengarah Perubatan, Pusat Pakar Antarabangsa Beacon Sdn. Bhd., Datuk Dr. Mohamed Ibrahim A. Wahid, jika selama ini kanser paru-paru dikaitkan dengan individu yang merokok, tetapi hari ini perokok sahaja bukan lagi satu-satunya punca utama penyakit ini malah semua orang berisiko tinggi untuk menghidapnya.

Perangkaan global menunjukkan bahawa antara 10% – 15% pesakit kanser paru-paru tidak pernah merokok. Tapi, penyakit ini terjadi kerana orang itu menyedut asap rokok secara pasif daripada orang sekelilingnya.

Kalau nak tahu, kalau di Asia ni, peratus orang tak merokok yang menhidap kanser paru-paru lebih tinggi daripada orang yang merokok. Terutamanya wanita. Sebabnya golongan ini ialah isteri yang berdamping dengan suami yang merokok.

Di Malaysia pula , kira-kira 60% wanita yang menghidap kanser paru-paru merupakan individu yang tidak pernah merokok. Ramai tau.. Maknanya dalam 10 orang wanita, 6 orang adalah penghidap kanser paru-paru yang tak merokok.

2. Penyakit Jantung

Perokok pasif berpotensi 25% lebih tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Rokok menjadikan darah lebih pekat dan mudah beku. Kemudian, radikal bebas dalam rokok menyebabkan pemendapan lemak di dinding saluran darah. Saluran darah menyempit dan pengaliran darah terjejas.

Jika saluran darah yang membawa darah ke jantung menjadi sempit, maka ada bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Ini boleh menyebabkan penyakit jantung dan serangan jantung.

 Asap rokok bertanggungjawab bagi kematian pesakit jantung hampir 34,000 di Amerika Syarikat setiap tahun, iaitu lebih daripada 20 kali jumlah orang yang kehilangan nyawa mereka yang tenggelam dalam kapal Titanic.

kolesterol tinggi

3. Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS)

Jika ada kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah meninggal dunia, bahagian kesihatan memang akan kecoh sikit. Siasatan akan dilakukan untuk mengetahu sebab kematian kanak-kanak tersebut.

Namun, banyak kematian kanak-kanak tak dapat dijelaskan, antaranya SIDS ini yang merupakan punca kematian bayi di bawah umur setahun. Dianggarkan 1 perempat daripada semua kematian SIDS adalah berpunca daripada asap rokok.

4. Strok

Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia. Strok adalah serangan otak yang terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Strok boleh terjadi sama ada saluran darah pecah dan pendarahan menekan saraf otak ataupun bekalan oksigen ke otak tak mencukupi kerana salur darah menyempit dan ini menyebabkan sel otak rosak.

Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan mungkin berubah.

Terdedah kepada asap rokok dianggar meningkatkan risiko kematian dan hilang upaya akibat strok sebanyak 20 hingga 30 peratus.

5. Serangan asma

Ramai yang ambil lewa selepas disahkan menghidap asma. Sebabnya mereka rasa asma tak bahaya berbanding serangan jantung. Ya betul, walaupun asma adalah penyakit kronik, namun penyakit ini boleh direverse. Jadi, semasa tiada serangan asma, seseorang tu memang macam orang normal. Namun, bila serangan asma tu datang, memang rasa sangat ketat di dada dan tak boleh bernafas kerana saluran pernafasan menjadi sempit.

Jadi, seseorang itu boleh menemui maut kerana kekurangan oksigen jika lambat mendapat rawatan.

Batuk yang berterusan tanpa demam, terutamanya pada waktu malam dan awal pagi adalah tanda kuat asma. Antara punca yang menyebabkan serangan asma termasuklah asap rokok.

Asma adalah penyakit yang serius yang boleh mengancam nyawa, dan menjadi lebih teruk daripada pendedahan kepada asap rokok. Lebih daripada 24 juta rakyat Amerika yang hidup dengan asma dan masalah pernafasan.

6. Penyakit Dalam Telinga Tengah Kanak-Kanak

Kenapa telinga?

Telinga sebenarnya ada bersambung dengan hidung. Sebab tu kadang-kadang jika seseorang tu selsema, dia akan rasa sakit telinga juga.

Bila ada ibu bapa merokok dikalangan anak-anak, selain mudah terdedah kepada jangkitan sistem pernafasan, mereka juga terdedah kepada jangkitan telinga.

Jangkitan telinga tengah ni berisiko untuk jadi pekak.

Asap rokok telah menyebabkan 790,000 anak-anak ke doktor setiap tahun bagi mereka jangkitan telinga tengah sengsara di Amerika Syarikat.

7. Jangkitan Paru-Paru (Pneumonia)

Jangkitan paru-paru sangat biasa di kalangan kanak-kanak Malaysia dan boleh dikatakan punca utama kanak-kanak masuk wad.

Kira-kira 60% punca utama kebanyakan kanak-kanak dimasukkan ke wad di Malaysia.

8. Bayi Lahir Kurang Berat Badan

Belum lahir ke dunia pun dah terkesan akibat rokok. Ibu-ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok mempunyai risiko yang lebih besar untuk kelahiran bayi yang kurang berat badan.

Bayi dilahirkan terlalu kecil berisiko untuk komplikasi kesihatan seperti kecacatan kelahiran dan jangkitan.

9. Mengganggu Perkembangan Paru-Paru Kanak-Kanak

Paru-paru anda mula berkembang ketika di dalam rahim ibu, dan terus berkembang pada zaman kanak-kanak. Pendedahan kepada asap rokok menghalang mereka membesar dengan sempurna.

Kesiannya orang lain jadi mangsa!

Boleh pilih nak utamakan kesihatan anak isteri dan keluarga, atau nak biarkan rokok dan asapnya meragut kesihatan kita dan keluarga tersayang?

Ini antara 9 masalah kesihatan disebabkan rokok. Bukan setakat kat perokok, tapi kat orang yang tak pernah merokok pun. Kiranya kalau suami merokok, ada chance lah isteri dan anak tu kena kanser dan penyakit kronik lain.

Tak sanggup oii..

Bertindak sekarang sebelum keluarga kita terpaksa berhadapan dengan risiko kanser secara tiba-tiba.

Sumber: The Health Consequences of Tobacco Use: 50 Years of Progress, page 3.

Ni saya nak berkongsi, memang boleh sangat kalau ikhtiar berhenti merokok. Kita ada Vivix di Shaklee. Vivix mengandungi resveratoral, iaitu sejenis anti-oksidan yang sangat hebat. Walaupun bukan dicipta untuk berhenti merokok pun, tapi sebab fungsinya untuk detoks dan buang segala toksin dalam badan Vivix ni betul boleh hentikan ketagih untuk merokok.

tips berhenti merokok

Jom cuba!

Tak mahal pun. Harga Vivix sama dengan harga beli rokok untuk stok sebulan. Hanya RM 475 sahaja untuk jimatkan duit beli rokok setiap bulan.

Beli 2 botol Vivix dapat 5% diskaun + percuma jadi ahli shaklee (Daftar jadi ahli RM65). Untungnya kalau beli 2 botol terus! 😀

Berbaloi-baloi, kan :)

BERHENTILAH MEROKOK SEKARANG, KERANA HARGA SAKIT ITU LEBIH MAHAL.

Hubungi Fyda untuk order Vivix

012 621 1883 atau klik link ini untuk whatsapp www.wasap.my/60126211883

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *