8 Punca Batu Karang Buah Pinggang Dan Cara Mencegahnya

punca skit batu karang

8 Punca Batu Karang Buah Pinggang Dan Cara Mencegahnya

Seorang remaja lelaki datang ke klinik dan mengadu sakit di bahagian bawah perut sebelah kanan. Kalau kat sebelah kanan sakit, tipikal mesti appendicitis (keradangan appendiks – orang Malaysia pangggil appendiks walaupun appendiks ialah sebahagian daripada usus).Setelah ujian air kencing dijalankan, saya mendapati remaja kencingnya berdarah dan sekarang diagnosis bertukar kepada batu karang. Setelah buat X-Ray semua, sahlah remaja ini mempunyai batu karang pada saluran kencingnya. Nasib baik saiz batu itu masih kecil, jadi bagi ubat untuk pecahkan batu dan nasihat supaya banyakkan minum air masak.

Pemantauan seterusnya mendapati, batu karang itu sudah hilang. Baguslah adik, kata saya. Muda-muda lagi dah kena penyakit macam ni. Mesti jaga makan ok.

Sakit yang dirasa apabila batu karang bergerak dalam saluan kencing dikatakan antara sakit yang sangat sakit. Secara logiknya, tentulah sakit kerana batu karang berbentuk kristal dan tajam. Jika melalui saluran yang sempit, tentu akan mengakibatkan kesakitan.

punca skit batu karang

Faktor Menyebabkan batu karang

1.Kurang minum air – Jika kurang minum air, kencing akan menjadi lebih pekat. Jika kencing lebih pekat, mudahlah untuk pembentukan kristal yang akhirnya akan menjadi batu.

2.Sejarah keluarga atau diri-sendiri – Ini tak lain tak bukan masalah pemakanan yang sama dalam keluarga, seperti juga penyakit kencing manis dan penyakit metabolik yang lain. Orang yang pernah terkena penyakit batu karang juga perlu berhati-hati kerana risiko untuk berulang adalah tinggi.

3.Umur – Kes batu karang paling tinggi dikalangan orang berusia 20 hingga 70 tahun.

4.Jantina – Lelaki lebih mudah mengalami penyakit batu karang berbanding wanita.

5.Penyakit lain – Penyakit-penyakit metabolik seperti hyperparathyroidism (kelejar yang terlibat dalam metabolisme kalsium terlebih aktif), hyperthyroidism (kelenjar thyroid terlebih aktif menyebabkan pengeluaran mineral daripada tulang dan pengumpulan kalsium) sistinuria (penyakit metabolik yang diwarisi yang menyebabkan sistin berlebihan dalam tubuh dan menyebabkan batu jenis sistin).

5.Suplemen vitamin D berlebihan dan tidak seimbangkan dengan kalsium dan magnesium.
Malahan penghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi turut berisiko untuk mendapat penyakit ini terutama mereka yang menghidap Cushing Syndrome (masalah berkaitan hormon)

6.Kesan sampingan ubat – Ubat-ubat seperti diuretik meningkatkan pengeluaran air kencing, lalu menyebabkan kencing semakin pekat.

7.Pemakanan – Makanan yang tinggi protein purin seperti hati, jantung, limpa, daging merah dan makanan laut yang bercengkerang. Daging merah khususnya mengandungi kandungan fosforus yang tinggi, jadi menyebabkan lebih banyak kalsium dikeluarkan melalui air kencing. Selain itu alkohol dan diet kurang serat turut memberi kesan yang sama.

8.Kurang aktif – Individu yang kurang aktif atau terlantar sakit adalah lebih berisiko kerana tulang membebaskan kalsium ke dalam salur darah dalam individu ini.

Jenis-jenis batu karang

Batu karang ada beberapa jenis bergantung kepada campuran bahan-bahan yang membentuknya.

rawatan batu karang

1.Batu kalsium – Jenis batu paling lazim yang merupakan campuran 2 bahan, iaitu kalsium dan oxalate. Pesakit batu jenis kalsium seharusnya mengurangkan gula atau makanan jenis karbohidrat yang diproses. Kerana peningkatan gula dalam darah akan meningkatkan penghasilan insulin, menyebabkan lebih banyak pengeluaran kalsium melalui buah pinggang, jika ditambah dengan kurang minum air, makan kalsium tadi akan membentuk kristal.

Mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat batu karang jenis kalsium mendapat manfaat daripada makanan vegetarian yang berserat tinggi kerana pecahan protein haiwan ialah asid urik dan asid oxalik yang mana terlibat dalam pembentukan batu karang.

2.Batu struvite – Lebih banyak berlaku kepada wanita berbanding lelaki. Biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria pada saluran kencing yang menghasilkan enzime tertentu yang meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite

3.Batu asid urik – Peningkatan asid urik dalam badan disebabkan oleh metabolisme protein haiwan.

4.Batu sistein – Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku dan hanya berlaku dalam individu yang mempunyai penyakit genetik : sistinuria , yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan asid amino sistin dalam jumlah yang banyak sehingga menyebabkan pembentukan batu.

Simptom batu karang

1.Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Biasanya terjadi apabila batu dah besar dan menyekat aliran air kencing. Sakitnya boleh sampai ke telur zakar bagi lelaki. Kadang-kadang boleh rasa sakit itu bergerak ke depan apabila batu ditolak oleh air kencing. Ramai orang yang menghidap batu karang mengatakan sakit yang teramat sakit. Dari 10 poin, dia cakap 10. Ada juga orang cakap, bagi wanita, sakit yang paling sakit ialah melahirkan anak. Bagi lelaki pula, batu karang lah. Sakit ini juga tidak berterusan. Apabila batu tidak bergerak atau ditolak ke dalam pundi kencing, sakitnya juga akan hilang.

2.Kencing berdarah

3.Kencing berpasir

4.Air kencing keruh dan busuk

5.Rasa pedih ketika kencing dan mungkin demam jika terdapat jangkitan pada salur kencing

Pemakanan Untuk Si Pesakit Batu Karang

Untuk batu yang kecil, dinasihatkan anda minum air dengan banyak dan doktor akan bekalkan sejenis garam potassium citrate yang boleh memecahkan batu menjadi saiz lebih kecil kerana batu itu akan keluar melalui air kencing namun untuk batu yang besar, prosedur ESWL iaitu pemecahan batu dengan laser atau pembedahan mungkin diperlukan kerana sekali batu terbentuk, batu perlu dipecahkan sebelum dikeluarkan melalui air kencing.

Bagi mengelakkan pembentukan batu, pemakanan di bawah boleh diamalkan.

Selain menambahkan makanan yang tinggi serat dan mengurangkan protein haiwan, pengambilan garam yang tinggi juga boleh meningkatkan kehilangan kalsium daripada air kencing, yang turut menyumbang kepada pembentukan batu karang. Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium daripada usus dan pengeluaran kalsium dari tulang yang juga turut menyebabkan batu karang pada sesetengah orang yang mempunyai risiko. Disebabkan susu diperkaya dengan vitamin D, maka mungkin ini salah satu sebab kejadian batu karang kepada pengguna produk tenusu. Selain itu, kafein juga meningkatkan kalsium dalam air kencing.

Untuk batu jenis oxalate pula, seseorang harus mengehadkan pengambilan makanan tinggi oxalate. Makanan tinggi oxalate termasuk : kacang, koko, kopi, parsley, bayam, teh, lobak merah, seleri, anggur, kale, lada hitam dan ubi keledek. Alahai, banyaknya kan?

Pengambilan pyridoxine (vitamin B6) yang tidak lebih 150mg sehari banyak membantu untuk mengurangkan pembentukan baju karang jenis oxalate. Mengurangkan makanan tinggi oxalate kurang membantu dalam penyingkiran oxalate dalam air kencing, tapi vitamin B6 jauh lebih baik untuk mencegah batu karang jenis oxalate secara keseluruhan.

Kekurangan vitamin A dan K juga menjadi penyebab pembentukan batu karang. Ini disebabkan oleh kedua-dua vitamin ini diperlukan untuk membuat protein yang ditemui di dalam air kencing yang mengelakkan pembesaran kristal kalsium oxalate. Mengambil suplemen asid glutamic (sejenis asid amino) dan jus aloe vera mungkin perlu untuk mencegahan dalam beberapa kes batu karang.

Bagi batu karang jenis asid urik pula, amalan pemakanan vegetarian, suplemen asid folik dan potassium citrate sangat membantu. Citrate adalah perencat kepada pembantukan batu karang yang biasanya disarankan oleh beberapa pakar yang merawat batu karang. Paras citrate yang rendah telah ditemui didalam 20 hingga 60% pesakit batu karang. Elakkan pengambilan alkohol kerana alkohol meningkat asid urik, kalsium dan fosfat di dalam air kencing dan mengurangkan vitamin B6 dan magnesium yang menolong mencegah pembentukan batu karang.

Vitamin C dalam dos yang tinggi (lebih daripada 6,000mg sehari) dikatakan boleh meningkatkan pembentukan batu karang, namun sebenarnya tiada kajian yang membuktikan dakwaan ini. Malahan terdapat beberapa kajian yang diterbitkan mendakwa sebenarnya supelemen vitamin C boleh mengelakkan batu karang. Jika vitamin c digabung dengan magnesium citrate dan vitamin B6, pencegahan batu karang adalah lebih meyakinkan.

Cadmium yang berlebihan dalam badan juga sering menjadi punca batu karang. Cadmium berlebihan boleh disingkirkan dari badan dengan suplemen zink, vitamin B6, magnesium dan vitamin C. Last but not least, jika anda mempunyai sejarah batu karang, baguslah anda menghindarkan mengelakkan asid amino L-cystine secara berlebihan. Dapatkan nasihat doktor untuk tindakan yang terbaik untuk anda.

Set Batu Karang Shaklee

ubat batu karang

 

Vivix adalah suplemen anti radang yang sangat baik untuk mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Vivix juga suplemen anti penuaan yang terbaik di dunia yang terbukti boleh mengurangkan risiko penyakit kronik.

Supplemen B-Complex ini bersifat anti stress dan menenangkan sang suami serta memberi tenaga. Ia membantu menurunkan bahan oksalat (oxalate) yang membentuk batu karang

Vitamin C Sustained Released ini juga diambil suami untuk meningkatkan keasidan dalam urin kerana batu karang tidak mudah terbentuk dalam urin yang berasid

Pengambilan Ostematrix ini memang perlu untuk mencukupkan jumlah kalsium dalam tubuh agar dapat mencegah tahap oksalat meningkat sekiranya pengambilan kalsium tak mencukupi. Tak perlu bimbang kerana magnesium yang terdapat dalam ostematrix ini bertindak sebagai pemangkin untuk memastikan penyerapan maksimum kalsium oleh tubuh.

Pengambilan alfalfa complex ini sesuai untuk mengurangkan infeksi dan inflamasi yang berlaku akibat batu karang.

Carotomax ini juga berfungsi membantu mempercepat penyembuhan luka di bahagian urinari yang terluka oleh batu karang. Bagus juga untuk menghalang infeksi dari berlaku.

Ramai yang mengabaikan pengambilan Performance Drinks Shaklee ini. Kandungan sitrat di dalamnya membantu mencegah batu karang disamping mencukupkan jumlah air yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari. Paling penting, ianya bebas gula dan tidak berkarbonat! Minumlah tanpa was-was!

Sekiranya ada apa-apa pertanyaan atau nak buat tempahan, boleh hubungi saya Fyda Noh : 012 621 1883

Jika nak beli produk sendiri secara online, boleh klik link di bawah ni saja,

Set Batu Karang Shaklee

kemudian hubungi saya untuk konsultasi

012 621 1883

14 comments

  • saya juga adalah bekas pesakit batu karang.. huh sakitnya… beli ubat dekat klinik … kena minum air masak banyak2.. amik masa juga nak kasi dia pecah… masa kena tuh dr scan memang ada banyak dekat sebelah kiri.. kanan pun ada juga tapi kecil….. kebarangkalian untuk kena lagi boleh jadi, sebab makan tuh susah nak control dengan sebab saya nih keturunan pun ada sakit ini juga

  • ayah ciktom mmg pernah ada penyakit batu karang…kesan nak kencing sakit…alhamdulillah skang dah okay..

  • Yang penting kena banyak minum air masak!

  • Saya ada batu karang d kedua dua belah buah pinggang dan saya juga ada penyakit gaut. Cam ne saya nk mengatasi nya

  • Assalamualaikum, saya nak tanya, putri saya mengeluarkan batu dari kemaluannya sebesar biji jagung
    saat diambil kemaluanya berdarah
    apakah itu batu karang ya tuan,,, mohon informasinya
    terimaksih bayak sekiranya tuan bisa membacanya,

  • assalamuaikum warohmatullah…….. nama saya aziza , saya mau tanya saya merasakan sakit pada kemaluan kalau mau buang air kecil selama tiga hari ,yang saya keluarkan seperti keputihan apakah itu batu karang

    • waalaikumussalam..
      terima kasih sebab tinggalkan komen. Saya tak menolak kemungkinan penyakit batu karang. Tapi biasanya pedih masa kencing ialah kencing kotor. Namun saya perlukan lebih maklumat puan sebelum apa2.

      Saya nasihatkan puan ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

      Jika perlukan nasihat saya boleh whatsapp 012 621 1883

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *