8 Persediaan Awal Untuk Melancong Sendiri Ke UK Dan Eropah

persediaan melancong ke eropah

8 Persediaan Awal Untuk Melancong Sendiri Ke UK Dan Eropah

Selepas trip pertama bersama suami dan anak ke Osaka dan Tokyo pada 2014 dan 2015, kami sering tercari-cari peluang untuk bercuti ke tempat orang. Tahun 2016 saya mengandung anak kedua, jadi tak sempat nak fikir pasal bercuti. Kebetulan suami dah jumpa bisnes yang dia suka, iaitu jual barang-barang Adidas Ori dari overseas dan juga barang-barang dari Hard Rock Cafe. Kalau berminat boleh terjah fan page beliau – Keldai Europa.

Kemudian, kami sentiasa meninjau-ninjau tiket murah. Pada bulan Januari, ada khabar Qatar Airways buat promo ke Europe untuk terbang akhir bulan 3 selama 12 hari. Bayangkan kami 4 beranak, landing di London dan balik dari Pisa hanyalah RM3000++. Tanpa buang masa dan fikir panjang, kami terus grab offer tersebut.

Rupanya kegembiraan itu diduga. Sebab kuota cuti tak cukup. Cuti saya tahun lepas memang dah habis. Untuk tahun ni, setiap bulan hanya dibenarkan ambil cuti 2 hari sahaja sebulan. Maksudnya sampai bulan 3 saya layak cuti sebanyak 6 hari sahaja. Bos cadangkan cuti tanpa gaji. Saya akur saja. Yelah, tiket dah beli, takkan nak burn tiket.

Tapi, alhamdulillah semua berjalan lancar. Cuti rehat saya selama 14 hari diluluskan tanpa perlu pohon cuti tanpa gaji.

Bermulalah aktiviti kami suami isteri menyusun itinerary. Untuk entry ni, saya nak share apakah persediaan untuk travel. Memang kena sedia fizikal dan mental. Sebab travel bersama 2 anak kecil.

persediaan melancong ke eropah

Persediaan Melancong Ke UK Dan Eropah

1.Cek pasport anggota yang nak pergi. Pastikan pasport masih sah untuk perjalanan

2.Tentukan negara yang nak dilawati

UK dan Eropah tu kan luas. Jadi, pilih siap-siap nak pergi mana. Takkan nak jelajah semua Eropah. Memang taklah. Sebab kami akan landing di London, jadi tempat lain yang kami pilih ialah Manchester sebab encik suami peminat tegar Manchester United. Paris, Amsterdam, kebetulan pula masa tu taman bunga Kuehenkoff dibuka. Sebab kami balik dari Pisa, jadi ambil peluang singgah di Milan dan Florence. Sebabnya kedua-dua tempat itu bagus untuk shopping.

Banyakkan tempat kami pergi? Pendapat saya, bestlah sebab boleh melawat banyak negara tapi yang tak bestnya pergi banyak-banyak negara akan cepat penat. Kami punya trip ni 12 hari saja. Jadi stay kat satu-satu tempat tu 2-3 hari saja. Banyak naik tren untuk ke tempat lain. Kalau pilih 1 atau 2 tempat saja, boleh enjoy dan explore betul-betul tempat tu. Banyak je sightseeing yang menarik tapi kebanyakannya di luar bandar. Jadi kalau stay 1-2 hari je memang tak sempat lah nak melawat banyak-banyak tempat.

Selain tu, boleh juga tentukan ikut aktiviti apa yang nak dibuat. Ada orang nak pergi shopping, ada yang suka tengok pemandangan, ada yang nak hiking. Kami punya trip ni sebenarnya lebih kepada shopping barang-barang suami berniaga. Sambil tu kami selit-selit tempat menarik yang boleh dikunjungi.

3.Barang-barang yang perlu dibawa

Lepas dah decide nak pergi negara mana, boleh google siap-siap musi, apa masa tu. Kami pergi time habis musim sejuk nak masuk musim bunga. Suhu dia sejuk juga, dalam 9-20. Di London memang sejuk, tapi bila di Amsterdam dan Milan, matahari membahang jugalah.

So, pakai jaket pun dah cukup. Ala-ala dalam aircond saja. Berapa helai baju pun kena bajet juga, supaya tak membazir ruang. Kami hari tu setiap orang bawa 3 helai baju saja. Dan kami juga bawa baju dan seluar heattech, beli kat Uniqlo je. Untuk budak-budak bawa baju lebih sikit dan baju yang sesuai.

Kami bawa juga baju lengan pendek untuk pakai di hotel. Bilik hotel takda aircond dan ada heater pula. Memang agak panas. Tapi sebenarnya heater digunakan untuk jemur kain. Kami bawa baju sikit kan, jadi kena basuh setiap hari.

Kalau ada anak 5 tahun ke bawah, boleh consider untuk bawa stroller. Kami hari tu beli Pockitt Plus. Sebelum ni memang tak pernah guna stroller. Beli semata-mata nak pergi travel ni je.

Adaptor dan plug international juga jangan lupa. Kalau di UK sama aje plugnya dengan di Malaysia tapi di Europe berbeza.

4.Tempah secara online

Mana yang boleh tempah online, silalah buat segera. Sebab kita dah tetapkan tempat nak pergi dan aktiviti nak dibuat. So, boleh tempah hotel ikut kita punya aktiviti. Selain itu, banyak tempat-tempat pelancongan yang boleh tempah tiket secara online juga. Kami hari tu memang book siap-siap tiket ke Taman bunga Kuenkenhoff, siap tiket bas sekali.

Kena cari sekali nombor kedutaan di tempat tersebut.

Dan print siap-siap walaupun dah simpan dalam fon. Kalau boleh susun dalam file yang macam album tu, supaya senang nak tengok.

5.Duit yang perlu dibawa

Kami tak bawa banyak sangat duit, sebab dah set awal-awal nak guna kredit kad dan debit kad di luar negara. Boleh call bank berkenaan atau boleh set secara online juga.

Kami bajet hari tu duit untuk bayar hotel di London sebab kena bayar cash. Ada juga hotel yang memang siap-siap dah bayar, cuma kat hotel kena bayar tax sahaja. Dan juga duit untuk makan setiap hari.

Walaupun plan nak makan kat luar, lebih baik bawa makanan sendiri juga. Kami hari tu bawa nasi Brahim dan juga biskut-biskut saja.

Untuk Muslim, kalau nak cari makanan halal, boleh download apps Zabihah. Nanti dia tunjuk restoren mana yang ada makanan halal dan juga masjid berdekatan. Tapi masa kat Eropah, memang banyak kedai-kedai orang Turki, Pakistan, India. Diorang tulis halal kat depan kedai dorang.

6.Aktifkan kredit kad dan debit kad

Untuk back up belanja kat sana, mana tau nak shopping kan, sila aktifkan debit kad dan kredit kad. Boleh aktifkan secara online atau boleh call hotline bank tersebut. Saya buat secara online saja.

7.Pengangkutan di sana

Boleh survey juga jenis pengangkutan harian. Kat UK atau Europe senang je. Sebab ada bas, ada tren, ada subway, teksi, uber atau tram. Boleh download apps Citymapper. Kami guna yang itu aje dengan google map.

8.Vitamin untuk dibawa bersama.

Kalau ikutkan hati, memang tak nak tinggal 1 pun vitamin harian saya. Tapi apakan daya, nak jimat ruang dan macam kalau bawa banyak-banyak tu, makan ke? Jadi bawa yang penting-penting jelah. Saya bawa vitamin basic – VitaLea, B Co dan vita C. Yang paling penting untuk travel ialah Ostematrix untuk elakkan lenguh-lenguh kaki. Dan juga Vivix, memang tak boleh tinggal sebab Vivix ada folifenol iaitu energy booster yang sangat hebat.

Dan 1 lagi paling penting untuk saya ialah Cinch Tea. Nikmat betul hirup Cinch Tea panas dalam cuaca yang sejuk. Indahnya nikmat dunia.

panduan melancong ke eropah

Semoga dapat membantu memberi gambaran anda yang nak travel ke UK atau Europe. Sebenarnya info yang saya beri sangat sikit. Jadi, boleh cari lagi info-info yang lebih details melalui pelbagai sumber. Yang paling mudah internet lah. Kena rajin study, research supaya lawatan kita tu tak merugikan. Bukan senang nak dapat peluang melawat negara asing.

Kalau nak tempah vitamin untuk travel, untuk elakkan keletihan supaya anda boleh menikmati sepenuhnya memori di negara asing, boleh whatsapp saya Fyda – 012 621 1883

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *