7 Tanda Wanita Mungkin Ada Masalah Kesuburan Dan Susah Nak Lekat

hamil dalam masa 3 bulan

7 Tanda Wanita Mungkin Ada Masalah Kesuburan Dan Susah Nak Lekat

Apabila 1 pasangan berkahwin, tentulah mereka mengharapkan untuk dapat anak kan? Namun, dah beberapa tahun, belum ada tanda-tanda akan dapat anak. Sampaikan ibu bapa pun dah bising, nak cucu. Orang keliling pun dan bisik-bisik.

Bila orang dah mula bercakap, mulalah kita pun tertekan, stress. Dan stress ni pula boleh menganggu keseimbangan hormon. Lagi lah susah pula mengandung.

Sebenarnya ada beberapa tanda anda mungkin mengalami masalah kesuburan, dan secara saintifiknya saya berkongsi 7 tanda.

hamil dalam masa 3 bulan

1. Darah Haid Terlalu Banyak

Bagaimana nak tentukan darah haid kita tu banyak? Mungkin dalam 2 jam tu dah perlu tukar pad. Atau tiap kali haid je, sering pening-pening sebab kurang zat besi.

Darah haid berlebihan setiap bulan ialah salah satu masalah kesihatan yang dikaitkan dengan tanda tidak subur. Mungkin haid teratur, tapi darah tu yang banyak.

Menurut Mayo Clinic, terdapat beberapa faktor darah haid berlebihan, antaranya pengambilan sesetengah ubat-ubatan, fibroid, komplikasi kehamilan, atau hormon tak seimbang – yang menjadi punca paling utama.

2. Haid Tak Teratur

Pernah tak anda catat tarikh haid anda? Jika tidak, inilah masanya anda mengenal kitaran haid anda untuk mengetahui sama ada kitaran haid tu normal ke tak. Bagi yang dah kahwin, sangat bagus kalau jadikan rutin mencatat tarikh hari pertama datang haid sebab senang nak tentukan tarikh melahirkan anak jika mengandung.

Jika anda hanya lewat 2-3 hari berbanding hari biasa, ini bukanlah masalah besar.

Tapi kalau beberapa bulan tak datang haid, lepas tu datang balik, lepas tu tak datang pula, mungkin anda tidak mengalami ovulasi. Kalau tak ‘period’ langsung, anda harus cepat merujuk kepada pakar.

Menurut laman kesihatan Web MD, lebih 30-40% wanita yang mengalami pusingan haid tak tetap ini memang mengalami masalah kesuburan.

3. Senggugut Yang Teruk Semasa Haid

Kalau sakit cramp biasa masa haid tu, takda masalah. Mungkin hari pertama atau kedua rasa perut tak selesa dan tapi masih boleh hidup dan buat aktiviti macam biasa.

Tapi kalau sakit sampai menganggu aktiviti harian, terguling-guling menahan sakit, takut sebab endometriosis je.

Antara tanda lain endometriosis termasuklah kesakitan ketika hubungan seks, kesakitan pada dubur dan belakang atau pendarahan pada air kencing dan najis.

4. Banyak Sangat Jerawat

Perubahan ketara pada kulit juga menandakan perubahan pada paras hormon anda.

Lebih spesifik lagi, ia dikaitkan dengan masalah PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome). Keadaan ini berlaku apabila seseorang mempunyai lebihan hormon androgen atau ‘hormon lelaki’ dan kerintangan insulin.

Wanita yang mengalami PCOS juga selalunya berlebihan berat badan.

Seperti endometriosis, PCOS akan mengganggu kitaran haid dan sekaligus menjejaskan proses ovulasi.

hilangkan jerawat

5. Rambut Gugur Dengan Banyak

Selain kulit, kualiti rambut adalah antara tanda ukur bagi tahap kesihatan anda.

Terdapat banyak sebab keguguran rambut yang boleh berlaku seperti stres, kurang tidur, anemia, dan tiroid. Namun, salah satu puncanya adalah masalah keseimbangan hormon.

6. ‘Sengsara’ Dalam Hubungan Seksual

Selain stres atau masalah dalam rumah tangga, kurangnya nafsu untuk berhubungan seks adalah antara tanda hormon yang tak seimbang.

Bagi sesetengah wanita, hubungan seks adalah sangat menyakitkan, terutamanya bagi mereka yang mengalami endometriosis.

Ada juga wanita yang mengalami masalah vagina kering yang juga berpunca daripada hormon yang tak seimbang.

Seks adalah perkara yang mustahak dalam hubungan suami isteri, bukan saja dalam soal untuk mendapatkan zuriat. Oleh itu, jangan abaikan tanda ini jika anda mengalaminya.

7. Naik Berat Badan Secara Mendadak

Bagi wanita yang tak aktif, berat badan memang mudah naik kerana penurunan kadar metabolisma. Tapi kenaikan berat badan ni adalah sikit demi sedikit.

Jika berat anda naik mendadak, mungkin anda perlu cek pemakanan anda. Jika tiada perubahan dalam diet, mungkin ia kesan tindakbalas tubuh terhadap insuln.

Wanita yang mengalami PCOS dan mempunyai lebihan hormon androgen juga turut mengalami masalah insulin berlebihan, dan insulin ialah hormon yang mengumpulkan lemak dalam badan dan menyukarkan penurunan berat badan.

lemak berlebihan

Masalah Ketaksuburan Boleh Dirawat

Tanda tidak subur ini adalah antara tanda yang agak umum dan mungkin dialami oleh kerana pelbagai lagi faktor luaran yang lain.

Untuk mendapatkan kepastian, anda boleh mendapatkan konsultansi secara terus dengan doktor pakar sakit Puan atau Klinik LPPKN berdekatan yang menyediakan khidmat fertiliti yang khusus.

Apa pun, ada banyak cara untuk merawat masalah ketaksuburan ni. Dan ramai wanita dah berjaya hamil dengan perubahan pada gaya hidup mereka.

Untuk hubungi saya – anda boleh gunakan link wasap ni – www.wasap.my/60126211883

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.