6 Tips Mudah Untuk Kembangkan Network Bisnes Sampai 1 Malaysia Kenal Kita

6 Tips Mudah Untuk Kembangkan Network Bisnes Sampai 1 Malaysia Kenal Kita
Sebelum ni saya dah cita kan pasal kos sara hidup yang makin meningkat, kena berjimat-cermat sampai makanan yang perlu makan hari-hari pun kena catu. Dan menteri kita pun suruh buat 2 kerja, untuk membantu ekonomi ni.
Boleh baca di sini –> Menteri Sarankan Buat 2 Kerja
Untuk elakkan terjerat dengan masalah ekonomi ni, saya memilih untuk buat bisnes networking. Dah namanya bisnes network, kabel kenalah luas kan?
Sebenarnya buat bisnes apa pun, networking tu sangat penting. Sebab kita nak bisnes kita tersebar dan diketahui oleh ramai orang. Sekarang ni semua pun main online je, nak kembangkan network jadi lebih senang.
Tapi ada beberapa tips saya untuk kembangkan network bisnes kita;
1. Bina kabel dengan bos besar
Siapa bos besar kita? Allah la. Sebab Allah yang kawal semua hidup kita ni. Jadi buat plan bisnes kita dan present pada Dia. Minta Dia tunjuk adakah plan bisnes itu bertepatan dengan apa yang Allah nak.
2. Jadilah Leader
Leader ni ketua lah kan? Untuk jadi leader, kita perlu ada team. Mungkin kita baru join bisnes hari ni, tapi tanamkan dalam fikiran yang kita adalah ketua (leader). Leaders ni kerja dia bergerak sama-sama team dia. Bukan mengarah. Jadi, wajib tahu segala info tentang bisnes, produk untuk membimbing orang bawah kita.
3. Promosi Berterusan
Promosi bisnes ialah nadi kepada bisnes tu. Orang, kalau tak ada nadi dah mati lah kan? Jadi, ini benda yang wajib buat setiap hari.
Sama ada online atau offline. Yang penting kena buat.
4. Tekankan kelebihan ahli
Majoriti syarikat bisnes networking mahukan anda daftarkan lebih ramai ahli dan mereka jadi pengguna tegar.
Ramai yang berminat daftar ahli sebab nak dapat harga murah. Jangan lupa kongsikan faedah lain kita akan dapat bila rajin ajak orang lain daftar ahli.
5. Sistem yang mudah diduplikasi
Sistem yang mudah ditiru dan diduplikasi akan menyebabkan rangkaian anda berkembang dengan cepat.
Ahli dibawah senang ja, follow ke apa anda buat. Makin ramai yang merasakan sistem anda mudah, ramailah yang akan sertai jemaah.
6. Produk yang mudah didapati
Faktor ini sangat penting untuk memastikan rangkaian anda mudah berkembang. Sebabnya kalau network anda ada di mana, pelanggan boleh dapatkan berdekatan dia walaupun anda tiada di situ.
Jadi sangat penting untuk tempatkan agen anda di tempat-tempat yang orang perlukan produk anda.
Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua.
Teringin mulakan bisnes, tapi belum jumpa jenis bisnes yang anda minat?
Jom lah join saya untuk buat side income dengan Shaklee. In sha Allah, bukan saja badan kita lebih sihat, tapi juga akaun bank pun sangat-sangat sihat.
Ingat Shaklee, KFyd, coach bisnes kesihatan. PM saja kio.
www.wasap.my/60126211883
www.wasap.my/60126211883