6 Mitos Tentang Kanser Payudara. Point No 4 Buat Wanita Simpati Pada Kaum Lelaki

6 Mitos Tentang Kanser Payudara. Point No 4 Buat Wanita Simpati Pada Kaum Lelaki

Sebagai wanita, mesti kena ingat bulan Oktober sebab bulan itu telah dipilih sebagai Bulan Kesedaran Kanser Payudara. Satu yang perlu kita ambil berat ialah barah payudara merupakan kanser nombor 1 negara dengan risiko 1 daripada 19 wanita mengalaminya. Berdasarkan statistik kebangsaan pada tahun 2017, apabila wanita itu disahkan menghidap kanser payudara, 4 daripada 10 orang dah berada pada tahap ketiga dan keempat, yang mana peluang sembuh adalah rendah berbanding tahap 1 dan 2.

Walaupun merupakan kanser nombor 1 di Malaysia, namun ada beberapa info yang tak tepat yang disebarkan mengenai kanser payudara. Jadi, saya nak kongsikan 8  mitos yang sering dikaitkan dengan kanser payudara.

6 Mitos Berkaitan Kanser Payudara

1. Sejarah keluarga Menentukan risiko kanser payudara

Yang ada sejarah keluarga menghidap kanser payudara jadi sangat takut mereka juga akan berdepan dengan perkara yang sama, manakala orang yang tiada sejarag keluarga menarik nasfas lega dan menyangka mereka tidak akan kena.

Fakta yang sebenar lebih 70% kes kanser payudara berlaku tanpa sejarah keluarga. Kajian menunjukkan hanya 5-10% adalah jenis keturunan kerana berlaku mutasi pada gen.

Semua wanita memang patut ambil tahu dan memeriksa payudara sendiri, namun penjagaan yang lebih harul diambil oleh orang yang mempunyai sejarah keluarga. Dicadangkan untuk melakukan ujian mammogram seawal usia 40 tahun.

2. Ketulan payudara, mungkin kanser

Ketulan payudara ni ada macam-macam, sebenarnya kebanyakan ketulan pada payudara bukanlah kanser dan adalah sesuatu yang benign. Ini kerana, jika ketulan akibat kanser dapat dirasa, selalunya seseorang itu akan mengalami simptom kanser yang lain juga.

Jika anda masih muda, di bawah 65 tahun, tak perlu panik dulu jika mendapati ada ketulan payudara, tapi segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

3. Hanya wanita berumur yang dapat kanser payudara

Walaupun wanita yang berusia, iaitu 50 atau 60 tahun ke atas, namun ada juga ke wanita 20-an dikesan menghidap kanser payudara.

Ini adalah jam penggera kepada wanita-wanita muda untuk berada dalam kedudukan yang selesa kerana barah ini tak mengenal usia. Jadi, wanita muda juga patut peka dengan kesihatan sendiri dan belajar untuk melalukan pemeriksaan payudara lebih awal.

Selain daripada itu, pengesanan tisu kanser agak sukar dikalangan wanita muda kerana paras estrogen yang lebih tinggi menjadikan tisu payudara lebih padat. Apatah lagi jika wanita itu memang mengalami keadaan estrogen dominasi.

Jadi, kita anda berusia bawah 40-an dan mendapati terdapat ketulan pada payudara, kemungkinan besar bukan kanser tapi sebaiknya dapatkan pemeriksaan doktor.

4. Hanya wanita sahaja yang dapat kanser payudara

Walaupun lelaki 100 kali lebih rendah risiko untuk kena kanser payudara berbanding wanita, tapi lelaki tak boleh rilek sangat. Sebab rilek sangat ni selalunya kanser payudara dikesan lebih lambat dalam lelaki. Namun, dikatakan kadar sembuh barah payudara lelaki adalah lebih tinggi.

5. Hanya sejarah keluarga sebelah ibu yang menentukan anda dapat kanser

Ini adalah salah 1 salah faham yang biasa berlaku, semua orang ingat bila mak dia, mak cik sebelah mak dia, mak kepada mak dia kena kanser payudara, barulah dia berisiko untuk kena kanser payudara. Tapi ramai orang lupa bahawa kita ni berasal daripada satu gen ibu dan 1 gen ayah, jadi kedua-dua belah pun sangat penting.

Walaupun di pihak ayah, risiko dia untuk mendapat kanser payudara tu rendah, tapi dia tetap boleh membawa gen yang berkaitan dengan kanser payudara.

6. Pil perancang penyebab kanser payudara

Mengenai hal ini, pakar mempunyai pendapat yang berbeza. Walaupun ada pakar yang menolak pil perancang ialah penyebab kanser payudara, namun pil perancang dikatakan meningkatkan kanser payudara.

Apa pun, dapatkanlah info daripada doktor yang merawat anda sebelum memulakan pengambilan pil perancang.

Untuk Kurangkan Risiko Kanser Payudara

Kanser payudara adalah antara kanser yang disebabkan oleh hormon yang tak stabil. Untuk mengurangkan risiko kanser ini, tahap kestabilan hormon perlu dijaga.
Saya pilih Vivix Shaklee untuk pastikan kestabilan hormon.
Hubungi saya di 012 621 1883.
Atau klik sini,

Saya juga nak pilih Vivix Shaklee untuk hormon yang stabil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.