6 Makanan Untuk Hati Yang Sihat. Yang Ke-4 Tu Ingatkan Kita Pada Doraemon

hati berlemak

6 Makanan Untuk Hati Yang Sihat. Yang Ke-4 Tu Ingatkan Kita Pada Doraemon

Hati ialah organ yang macam pusat jana kuasa ataupun organ yang paling buat multi-tasking. Telah dikenalpasti kurang lebih 500 aktiviti yang berlaku dalam hati. Wahh.. banyak sangat kan?

Yang paling kita tahu ialah hati merupakan tempat pembersihan bahan-bahan toksik. Selain tu, hati juga merupakan tempat menghasilkan imun badan dan membuang bakteria. Hati juga menghasilkan kolesterol, lemak dan cecair hempedu yang membantu penghadaman. Banyak sangat fungsi hati kepada badan kita sebenarnya.

Jadi, wajar tak kita ambil langkah untuk jaga kesihatan hati kita?

Tanpa hati yang sihat, kesihatan badan kita secara keseluruhannya mungkin terganggu. Ini termasuklah peredaran darah yang lancar, keseimbangan hormon, sistem pertahanan badan dan juga penghadaman. Dan jangan lupa hati yang sihat juga menjadikan kulit lebih sihat dan berseri.

Selain daripada nak jaga makan, gaya hidup yang sihat dan bersenam, ada beberapa tumbuhan yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan hati kita.

hati berlemak

8 Suplimen Yang Boleh Beri Manfaat Kepada Hati

1. Milk Thistle

Milk thistle ni sejenis tumbuhan yang sangat bermanfaat untuk hati. Sebab tu ekstrak milk thistle digunakan secara meluas sebagai suplimen herba.

Milk thistle mengandungi sejenis bahan kimia yang namanya silymarin yang bersifat antioksida dan ada kesan antiradang yang boleh membantu membaikpulih sel hati selepas dirosakkan oleh toksin dan juga membantu melindungi sel hati daripada kerosakan.

Silymarin juga membantu mengurangkan simptom alahan dan membantu penghadaman.

2. Kunyit

Rempah ini memang sangat popular sebab bermanfaat untuk kesihatan termasuklah membantu proses detoks oleh hati.

Orang zaman dulu memang gunakan kunyit sebagai rawatan banyak penyakit termasuk jaundis, masalah berkaitan haid, kencing berdarah, buasir, sakit gigi, perut kembung dan colic.

Kajian juga mendapati bahawa kunyit mungkin boleh membantu dalam masalah keradangan usus, menurunkan kolesterol, menyokong kesihatan jantung, membantu masalah penghadaman dan mengurangkan risiko Alzheimer.

Ini kerana kunyit kaya dengan mineral yang diperlukan oleh badan termasuk magnesium. potassium dan kalsium. Kunyit juga sumber serat, vitamin B6, zink dan vitamin C.

3. Chlorella

Salah 1 keistimewaan chlorella yang paling penting ialah dia menghapuskan toksin, termasuklah toksin yang degil dalam badan iaitu plumbum, kadmium, merkuri dan uranium dan mengelakkan logam berat itu diserap oleh badan.

Ini boleh mengelakkan pengumpulan logam berat dalam badan kita yang mana boleh merosakkan sel hati.

4. Dandelion

Dandelion ni bunga yang dalam cerita Doraemon tu, yang terbang dibawa angin tu. Kalau tumbuh di halaman rumah, tentu rasa rimas tengok, tapi sebenarnya bunga dan akar pokok ini sangat tinggi dengan manfaat untuk kesihatan.

Akar dandelion mempunyai kesan untuk buang air kencing secara semulajadi. Ini membantu kerja hati untuk buang toksin dengan lebih cepat. Ia juga membantu menguatkan sistem imun, mengimbangkan paras gula, mengurangkan sakit ulu hati dan melegakan masalah penghadaman.

5. Choline

Mungkin ramai tak pernah dengar pasal kolina atau choline dalam Bahasa Inggerisnya. Menurut Ann Louise Gittleman, Ph.D dalam artikelnya yang bertajuk “Choline Clears the Fat Log Jam”, makanan yang tak cukup kolina boleh menyebabkan kerosakan hati dalam masa beberapa minggu sahaja.

Kolina sangat diperlukan untuk mengawal pembentukan lemak dan kolesterol dalam badan, mengawal fungsi buah pinggang, hati dan pundi hempedu, dan mengurangkan kelesuan.

Kolina juga diperlukan untuk pembentukan phosphatidylcholine yang diperlukan untuk fungsi otak yang normal. Kolina merupakan nutrien kepada otak yang jika diambil dengan cukup ketika masih muda boleh mengurangkan risiko masalah mudah lupa apabila usia meningkat.

Yang paling best juga, kolina juga boleh bantu kurangkan berat badan.

6. Glutathione

Kalau orang yang biasa dengan produk kecantikan mesti tahu pasal gluthathione kan? Sebab glutathione ni antara antioksida yang boleh membantu dalam kecantikan kulit. Rupanya glutathione ni juga boleh membantu untuk membuang toksin daripada sel sekaligus melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Cadangan Set Suplimen Untuk Menjaga Kesihatan Hati

tips kurus cepat

Res V

Merupakan suplimen yang mengandungi tumbuhan yang mengandungi polifenol dan antioksida yang tinggi. Bermanfaat kepada kesihatan badan secara keseluruhan. Melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas dan membaikpulih sel yang rosak.

OmegaGuard

Merupakan suplimen minyak ikan paling tulen dan selamat. Omega-3 berfungsi untuk melancarkan pengaliran darah, mengurangkan kolesterol dan untuk kesihatan jantung.

DTX Complex

Suplimen yang mengandungi milk thistle dan dandelion yang bermanfaat untuk kesihatan hati dan membantu hati menjalankan fungsi dengan lebih baik.

Lecithin

Lesitin juga turut membantu untuk memecahkan lemak dan menurunkan kolesterol

Bagaimana Nak Dapatkan Set Untuk Kesihatan Hati

Jika anda mengalami masalah untuk menurunkan berat badan dan masalah untuk menurunkan kolesterol, mungkin anda perlu segera dapatkan suplimen ini. Usahlah tunggu sampai tahap kesihatan anda makin merosot dan dapat penyakit lain pula.

KLIK LINK INI UNTUK KONSULTASI DAN ORDER VITAMIN ANDA.

Jika anda nak hubungi saya, boleh guna nombor ini – 012 621 1883 (Fyda)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.