6 Komplikasi Penyakit Kencing Manis. No. 5 Paling Menakutkan Kaum Lelaki

komplikasi penyakit kencing manis

6 Komplikasi Penyakit Kencing Manis. No. 5 Paling Menakutkan Kaum Lelaki

Kencing manis ialah salah 1 penyakit kronik yang mempunyai banyak komplikasi. Ataupun kesan buruk daripada penyakit tersebut. Orang yang ada kencing manis akan dipantau supaya komplikasi ini dapat dilambatkan atau dikawal. Walaupun dah makan ubat, pesakit kencing manis memang kena jaga betul pemakanan, kena pantang banyak makanan dan amalkan senaman. Tak boleh ikut-ikut gaya hidup masa sihat dulu.

Kalau nak senaraikan memang panjanglah komplikasi kencing manis ni. Ramai pesakit kencing manis meninggal dunia bukan disebabkan penyakit kencing manis sendiri, tetapi komplikasinya. Komplikasi kencing manis boleh jadi di mata, kulit, risiko tekanan darah tinggi yang boleh menyebabkan masalah jantung dan strok. Termasuk juga osteoporosis.

Semua tahu kan, pesakit kencing manis gulanya tinggi. Tapi, yang lebih penting daripada tu ialah paras insulin juga tinggi, tapi tak boleh digunakan. Itulah yang dipanggil kerintangan insulin. Walaupun paras gula terkawal, paras insulin yang tinggi boleh menyebabkan darah menjadi pekat. Darah pekat inilah yang menyebabkan banyak komplikasi.

komplikasi penyakit kencing manis

 

Jadi, bila disahkan menghidap kencing manis, anda harus bersedia untuk menghadapi komplikasinya atau anda mesti ubah gaya hidup kepada yang lebih sihat. Kawal pemakanan dengan strict, bersenam, elakkan stress dan pengambilan suplemen berkualiti.

Antara komplikasi penyakit kencing manis ialah

1. Mata

Pada peringkat awal, kadar gula yang turun naik menyebabkan masalah keseimbangan cecair dalam kanta. Ini boleh menyebabkan mata jadi kabur. Lama kelamaan kanta akan rosak, iaitu katarak. Pada masa yang sama, saraf pun boleh rosak. Kedua-dua ni boleh menyebabkan buta.

2. Kulit

Akibat peredaran darah yang tak baik, pesakit kencing manis sering berasa gatal dan kebas-kebas. Bila berlaku kerosakan saraf pada kulit, orang tu tak lagi rasa sakit dan jika luka, dan tak perasan risiko jangkitan sangatlah tinggi. Apa lagi luka akibat kencing manis susah nak sembuh. Lama-lama boleh jadi ulser.

3. Tekanan darah

Diabetes juga meningkatkan risiko tekanan darah tinggi akibat darah yang makin pekat. Risiko strok dan serangan jantung turut meningkat

4. Kerosakan saraf di kaki

Disebabkan kaki ialah anggota badan paling bawah, maka peredaran darah yang tak bagus, menyebabkan darah berkumpul lama di kaki dan menyebabkan kerosakan saraf dan saluran darah. Pesakit kencing manis sangat mudah mengalami kerosakan sel pada kaki sehingga kaki terpaksa dipotong untuk mengelakkan jangkitan merebak.

5. Mati pucuk dan risiko mandul

Akibat pengaliran darah yang perlahan dan juga kerosakan saraf, fungsi alat sulit lelaki kencing manis boleh menurun dan menyebabkan mati pucuk. Habislah kejantanan..

6. Buah pinggang

Gula yang tinggi juga boleh merosakkan sel buah pinggang dan menyebabkan buah pinggang terpaksa bekerja lebih. Dan biasanya takde apa masalah sampai lah kerosakan dah sampai tahap 4 atau 5. Sebab itu, pesakit kencing manis sentiasa dipantau sama ada buah pinggang masih ok atau tidak.

Resveratrol Membantu Kawal Kencing Manis

Salah satu artikel berkaitan kajian yang menyokong keberkesanan Resveratrol (active ingredient VIVIX) dalam membantu pesakit kencing manis mengawal gula & melambatkan komplikasi, saya akan kongsikan dengan anda.

Boleh rujuk di sini : Resveratrol Dan Pengawalan Kencing Manis

Tapi untuk kesekian kalinya saya ingatkan supplemen dan ubat fungsinya berbeza. Supplements seperti VIVIX, walaupun banyak kajian membuktikan bahan aktif dalam
Vivix, iaitu resveratrol boleh mengawal penyakit kronik, tapi Vivix bukan bertujuan untuk merawat atau menyembuhkan penyakit.

Tetapi lebih kepada menyokong rawatan dan pencegahan penyakit. Kalau mencegah tu, Vivix sangat sesuai diambil oleh orang yang sihat la. Tapi tak boleh nafikan juga sel-sel orang sakit juga perlukan nutrisi yang secukupnya, sama seperti yang diperlukan oleh orang yang tiada penyakit.

Kajian yang linknya saya bagi di atas ialah ramdomized, double blind, placebo-controlled study yang dijalankan kepada 66 orang penghidap kencing manis, membuktikan bahawa pengambilan RESVERATROL 1g setiap hari selama 45 hari boleh:

1.Menurunkan paras gula puasa (fasting glucose)

Bacaan gula semasa berpuasa yang normal menunjukkan badan berupaya memproses gula dengan baik.

2.Menurunkan kepekatan insulin.

Kepekatan insulin menurun pula maksudnya, insulin yang sebelum tu mengalami kerintangan dah boleh digunakan. Dalam ertikata lain, resveratrol mengurangkan kerintangan insulin atau meningkatkan tahap sensitiviti insulin dalam mengurangkan paras gula.

3.Menurunkan HbA1C – yang merupakan parameter untuk menentukan tahap pengawalan gula seseorang.

HbA1c ialah satu bentuk hemoglobin yang bergabung dengan gula. Ya, hemoglobin yang bawa oksigen ke tisu tu. Hemoglobin yang sama lah.

Hemoglobin ni memang akan bergabung dengan gula, dalam orang normal pun. Tapi untuk orang normal, nilainya dibawah 6.5%.

Kalau dah lebih tu, maksudnya pengawalan gula tak berapa bagus, walaupun orang tu mesti bebas daripada anemia sebab kekurangan zat besi. Sebab kita tahu hemoglobin kurang bila zat besi kurang.

HbA1c ialah parameter untuk tengok pengawalan darah 3 bulan sebelum tu. Maksudnya kalau HbA1 tinggi, paras gula biasanya tak terkawal walaupun bacaan gula pada hari tersebut rendah atau bagus.

Sebab ramai mengelat, sebelum jumpa doktor bukan main dia puasa, pantang semua makanan. Sebenarnya hari2 biasa makan dia mengalahkan orang takde penyakit pula.

Jadi, bacaan gula & HbA1c adalah dua parameter penting untuk menentukan pengawalan gula seseorang.

4.Menurunkan tekanan darah sistolik

Sistolik ialah bacaan tekanan darah bahagian atas yang bermaksud tekanan yang dihasilkan oleh jantung untuk pam darah ke seluruh badan.

Tekanan darah yang tinggi maksudnya ada masalah pada jantung sendiri yang memaksa jantung bekerja dengan lebih kuat.

5. Menaikkan bacaan kolesterol HDL

HDL dikenali sebagai kolesterol yang baik kerana fungsinya untuk mengangkut kolesterol dari sel ke hati & mengurangkan kolesterol dalam sel.

kesan sampingan makan ubat kencing manis

Resveratrol Ada Dalam Vivix

RESVERATROL ialah salah 1 bahan aktif yang terdapat dalam VIVIX. Secara tak langsung Vivix juga salah 1 suplemen yang bagus sangat untuk membantu mengawal penyakit kencing manis dan melambatkan komplikasi.

Saya sangat sarankan setiap orang dewasa cubalah amalkan Vivix & bantu ibu bapa juga untuk jaga kesihatan. Setakat ini hanya produk Shaklee yang dibuktikan melalui ujian klinikal berkesan dan selamat. Mungkin Vivix ialah salah satu cara berkesan untuk anda kawal penyakit kencing manis, sekaligus mengurangkan komplikasi penyakit ini.

kesan buruk kencing manis

Jangan bertangguh-tangguh untuk kesihatan ya.. 

Sebenarnya ada banyak lagi kebaikan resveratrol untuk kesihatan. Kalau perlu info lanjut, boleh je hubungi saya ya..

Whatsapp : 012 621 1883

Atau boleh isi borang di bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *