6 Fakta PCOS Yang Jarang Orang Berkongsi Tapi Sangat Berbahaya Kepada Pesakit PCOS. No. 5 Paling Merisaukan

apa itu pcos

6 Fakta PCOS Yang Jarang Orang Berkongsi Tapi Sangat Berbahaya Kepada Pesakit PCOS. No. 5 Paling Merisaukan

Apabila berbincang tentang PCOS, ramai yang ingatkan PCOS adalah semata-mata masalah haid tak teratur kerana hormon tak seimbang. Dan masalah susah nak dapat anak. Ramai tak tahu sebenarnya apakah hormon yang terlibat dan apakah komplikasi yang boleh berlaku kepada penghidap PCOS.

Sebenarnya hormon tak seimbang bukan semata-mata hormon perempuan, tapi hormon lelaki yang tinggi dan hormon insulin juga tinggi sebab berlaku kerintangan insulin.

Jadi, mereka sangat terdedah kepada penyakit yang boleh membawa maut iaitu kencing manis dan penyakit jantung. Jadi, PCOS bukanlah sekadar ada cyst, kitaran haid tak teratur dan susah dapat anak.

Saya nak kongsikan fakta tentang PCOS yang jarang orang nak becakap tentangnya.

apa itu pcos

6 Fakta PCOS Yang Jarang Orang Berkongsi

1. PCOS bukan berkaitan masalah haid saja.

Masalah haid kadangkala jadi masalah fokus kepada pesakit PCOS kerana itu menyebabkan seorang wanita itu sukar untuk dapatkan anak. Dan lagi wanita ni, asal ada masalah dengan kitaran haid, memang itu masalah yang sangat difokus.

Sebenarnya masalah PCOS lebih besar daripada itu. Selain daripada masalah kesuburan, hormon androgen dan insulin tak seimbang sangat berkaitan dengan penyakit metabolik. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko kencing manis jenis 2, obesiti, hati berlemak dan penyakit jantung.

2. Anda mungkin berisiko mengalami kekurangan vitamin B12.

Namun, ni bukan berlaku kepada semua. Hanya orang yang dirawat dengan metformin dan pil perancang. Kedua-dua ubat ini berisiko mengurangkan vitamin B12.

Kekurangan vitamin B12 dikaitkan dengan masalah anemia dan masalah saraf. Antara simptom kekurangan vitamin B12 termasuk kebas2 dan semut2 pada kaki dan tangan dan juga emosi yang tak stabil.

Sekiranya anda dirawat dengan ubat-ubat diatas, mungkin anda nak berbincang dengan doktor adakah perlu untuk mengambil suplemen vitamin B.

3. Penyusuan boleh terganggu

Juga tak berlaku pada semua orang. Namun, dikatakan hormon yang seimbang berisiko menganggu penghasilan susu badan dan wanita-wanita ini mengalami kesukaran untuk menyusukan anak.

Hormon tak seimbang ini mungkin juga mengganggu pertumbuhan dan perkembangan badan yang normal hingga mungkin tisu payudara tak berkembang dengan baik.

Sekiranya anda penghidap PCOS dan sedang cuba untuk hamil atau sedang hamil sekarang, pastikan anda dapat maklumat secukupnya mengenai penyusuan dan dapatkan pertolongan daripada orang sepatutnya untuk meningkatkan penghasilan susu badan.

4. Anda berisiko dilanda emosi tak stabil

Masalah2 mental termasuk cemas, kemurungan dan stress lebih tinggi berlaku dikalangan pesakit PCOS. Namun, dah pasti persekitaran juga memainkan peranan.

Bagi pesakit PCOS, sekali lagi hormon tak seimbang yang menyumbang kepada masalah ini.

Selain itu, PCOS mungkin ujian yang agak getir kerana anda berdepan dengan masalah penyakit metabolik, kesuburan, masalah kulit, berat badan yang mungkin boleh menganggu emosi anda.

5. Anda boleh mengandung dan boleh dapat anak

Walaupun PCOS boleh menjejaskan kesuburan, namun sebenarnya ramai penghidap PCOS yang berjaya hamil.

Selain itu, terdapat ubat-ubatan yang boleh bantu tingkatkan kesuburan.

6. Pemakanan & perubahan gaya hidup adalah cara paling utama untuk atasi masalah ini.

Jika anda dapatkan rawatan di klinik atau hospital, doktor akan merawat dengan ubat berdasarkan simptom yang anda hadapi.

Tapi, sebenarnya untuk pesakit PCOS, mengubah gaya hidup, ubah pemakanan, suplemen, tidur yang cukup, bijak mengawal tekanan dan senaman yang konsisten adalah kunci paling utama untuk mengawal penyakit ini.

Dan saya sangat cadangkan pengambilan suplemen Vivix untuk membantu anda mengawal masalah PCOS anda.

Resveratrol Mungkin Boleh Membantu Mengawal PCOS Dengan Mengurangkan Kerintangan Insulin

Dalan 1 kajian yang dijalankan oleh Universiti California, diterbitkan dalam Jurnal of Clinical Endocrinology And Metabolism, Oct 18 – seramai 30 orang wanita penghidap PCOS dipilih secara rambang untuk diberi 1,500mg resveratrol atau pil yang tak bagi apa-apa kesan fisiologi selama 3 bulan.

Sebelum kajian dimulakan, darah mereka diuji untuk melihat paras testosteron dan hormon androgen. Ujian air gula juga dilakukan untuk menguji paras gula mereka.

Apa keputusan wanita yang diberikan suplemen resveratrol selama 3 bulan?

1. Paras hormon testosteron menurun sebanyak 23.1%

2. Paras insulin semasa berpuasa menurun sebanyak 31.8%

3. Sensitiviti sel kepada insulin meningkat sebanyak 66.3%

Untuk pesakit PCOS, kedua-dua hormon ini yang paling penting yang menjejaskan kualiti hidup mereka. Dengan penurunan hormon insulin, paras gula dapat dikawal dan risiko diabates boleh dikurangkan.

Dalam kajian lain, resveratrol dibuktikan:

-melindungi sel-sel telur dari tekanan oksida yang boleh merosakkan telur.

–memperbaiki kitaran haid. Namun, kajian ini mengggunakan tikus.

–mengurangkan saiz sel lemak. Kalau nak tahu, sebelum sel lemak hilang, dia akan mengecut dulu.

Mana nak dapat suplemen resveratrol ni?

Banyak suplemen yang bahan asasnya adalah resveratrol, tapi yang perlu anda pilih tentu lah Vivix by Shaklee. Vivix mengandungi 15 jenis bahan antioksida yang kuat termasuklah rerveratrol. Dan Vivix adalah 13x LEBIH BERKESAN berbanding resveratrol sahaja dalam memberikan kesan baik kepada kesihatan.
Dengan izin Allah.

sukar turunkan berat badan 

 

Bagi penghidap PCOS yang ingin berikhtiar dengan suplemen, boleh whatsapp saya di

www.wasap.my/60126211883

Atau isi borang di bawah dan saya akan hubungi anda secepat mungkin,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *