6 Cara Detox Hati Keluarkan Toksin Dari Badan

cara detox organ hati

6 Cara Detox Hati Keluarkan Toksin Dari Badan

Kesihatan seseorang bukan sahaja bergantung kepada apa yang dimakan, tetapi bagaimana badannya mengawal selia dan membuang toksin-toksin berbahaya.

Allah telah sediakan kepada manusia hati yang merupakan salah 1 organ yang terlibat dalam memproses kotoran-kotoran yang berbahaya ini kepada bahan yang lebih selamat untuk dibuang daripada tubuh. Malahan hati mungkin antara organ yang terbanyak buat kerja. Selain berfungsi untuk detox, hati juga menghasilkan cecair hempedu untuk menghadam lemak, memproses hormon, menyimpan lebihan gula, vitamin dan mineral termasuk zat besi.

Jika hati tidak berfungsi dengan baik, sudah tentu kita akan merasai kesannya.

cara detox organ hati

Tanda-tanda fungsi hati merosot

  • Perut selalu kembung dan berangin.
  • Sering pedih ulu hati.
  • Masalah sembelit.
  • Sukar menurunkan berat badan.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Mood tidak menentu, darah gemuruh dan sering rasa tertekan.
  • Penat yang berlebihan dan berlanjutan.
  • Berpeluh dengan berlebihan.
  • Kulit mudah berdarah atau mudah lebam walaupun tidak mengalami kecederaan yang teruk.
  • Kurang selera makan.
  • Mata menjadi kuning dan simptom-simptom jaundis yang lain termasuk kencing yang gelap dan najis yang pucat apabila sel-sel hati mulai rosak.

Berita gembira yang saya nak sampaikan ialah walaupun sel-sel hati sudah rosak dan berkurang tapi masih boleh dibaiki dan dibina semula. Ada beberapa langkah yang saya kongsi untuk mencuci hati dan mendapatkan semula organ yang sangat penting ini.

Langkah-langkah mencuci hati

1. Kurangkan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia.

Ini mungkin agak sukar untuk dilakukan terutama dalam kehidupan yang serba sibuk dan tak ada masa untuk menyediakan makanan berkhasiat dan dengan lambakan restoran-restoran makanan segera yang harganya juga jauh lebih murah daripada hidangan nasi.

Mengambil makanan yang diproses secara berlebihan beerti meletakkan hati di tempat yang berisiko. Bahan-bahan yang digunakan untuk mengawet makanan menyebabkan hati perlu bekerja keras untuk mencucinya, malahan boleh menyebabkan penyakit berbahaya termasuk kanser.

Jadi, seboleh-bolehnya gantikan makanan ini dengan makanan yang sihat dan cuba masak sendiri di rumah. Kalau tidak mampu, kurangkan pengambilan makanan segera.

2. Minum jus sayuran mentah

Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah kaya dengan serat dan boleh membantu untuk mencuci hati dengan berkesan. Namun, untuk makan pelbagai jenis sayuran atau buah-buahan dalam 1 masa adalah hampir mustahil. Makan sebiji epal pun dah rasa kenyang.

Penyelesaiannya ialah dengan mengisar beberapa jenis sayur dan dibuat minuman. Antara sayuran yang baik untuk detox hati ialah kubis, kubis bunga dan kubis brussels. Kalau nak tambah sayur-sayuran kegemaran yang lain juga tiada masalah.

Makanan yang tinggi dengan serat membantu sistem penghadaman yang sihat dan mempercepat pembuangan toksin dari badan. Pengamalan halia boleh membantu mengurangkan gas dalam usus dan melegakan kembung perut.

3. Tambahkan makanan yang tinggi potassium

Setiap hari, orang dewasa memerlukan 4,700mg potassium. Kemungkinan besar ramai yang tidak dapat keperluan potassium yang cukup setiap hari. Potassium yang cukup membantu mengawal tekanan darah, menurunkan kolesterol dan membantu dalam sistem kardiovaskular. Selain itu, potassium juga membantu detox hati.

Makanan yang mengandungi potassium yang tinggi:

Ubi keledek

Selain mempunyai kandungan potassium yang paling tinggi, iaitu 700mg dalam sebiji ubi keledek, ia juga kaya denagn serat dan beta-carotene.

Walaupun ubi keledek rasanya manis, namun ubi ini mempunyai indeks glisemik yang rendah, jadi tidak akan membebaskan gula mendadak ke dalam darah. Mempunyai hanya 131 kalori, ia juga kaya dengan vitamin B-6, vitamin C, vitamin D, magnesium dan zat besi.

Sos tomato

Sos tomato atau tomato puree dihasilkan dalam keadaan pekat, sebab itu                            mengandungi banyak potassium. 1 cawan sos tomato mengandungi 1065mg potassium, sementara 1 cawan buah tomato hanya mengandungi 400mg potassium sahaja. Bila membeli sos tomato atau tomato puri, pastikan pilih yang dibuat daripada tomato organik.

Bayam dan ubi bit

Selain kaya dengan antioksida, ubi bit mengandungi 1,300mg potassium untuk setiap cawan. Semenatara bayam pula mangenadungi 840mg postassium.Kalau nak buat jus sayuran tadi, bolehlah tambah ubi bit dan bayam sekali.

Pisang

Pisang pula mengandungi 470mg potassium, turut membantu proses                                  penghadaman dan membuang toksin dan logam berat dari badan, sekaligus turut                membantu membersihkan hati.

4. Detox usus dengan kopi

Penggemar kopi mesti tersenyum lebar kan? Rupanya kopi juga adalah salah 1 makanan yang membantu mereka yang mengalami masalah sembelit, mengurangkan rasa letih dan membantu dalam detox hati.

Namun, dikatakan proses ini dibantu oleh kopi organik yang meningkatkan pengaliran cecair hempedu, yang dapat membantu hati dan pundi hempedu. Glutathione, yang merupakan bahan pencuci yang kuat dihasilkan dan membantu mengeluarkan toksin yang berkumpul dalam badan.

5. Makanan tambahan milk thistle, dandelion dan kunyit.

Milk thistle

Ini adalah salah satu herba yang dikatakan raja detox, jadinya memang sangat bagus untuk detox hati. Milk thistle membantu membuang logam-logam berat,ubat-ubatan, pencemaran alam sekitar dan alkohol dari hati.

Selain itu, pesakit kanser yang mendapat rawatan kemoterapi atau radioterapi  juga turut mendapat manfaat dengan mengurangkan kesan yang buruk kepada hati. Bahan aktif dalam herba ini yang dipanggil silymarin membantu menguatkan dinding sel hati dan turut membantu pembinaan sel-sel hati yang baru.

Dandelion

Dandelion adalah bunga yang senang ditemui di semak-semak dan biji benihnya      berterbangan apabila ditiup angin.

Bunga dan akar tumbuhan ini rupanya terkandung banyak vitamin dan mineral. Bersifat diuretik secara semulajadi, membantu hati untuk menyingkirkan toksin dengan lebih cepat. Selain itu, ia turut membantu menguatkan sistem imun, mengawal gula dalam darah dan mengurangkan pedih ulu hati.

Kunyit

Kunyit adalah herba yang paling senang didapati dari dapur rumah sendiri. Khasiat kunyit ialah membantu mengurangkan sakit sendi, mengurangkan tekanan, membantu penghadaman, mengawal gula dalam darah dan membantu metabolisme dalam hati dan memperbaik tisu hati.

6. Suplemen untuk detox

detox organ hati

Vitamin-vitamin di atas adalah senarai vitamin untuk membersihkan badan daripada toksin dan melancarkan perjalanan darah. Hasilnya badan akan lebih segar dan lebih cergas.

Hubungi saya untuk tempahan atau info lanjut.

Fyda : 012 621 1883

 

Sumber : DrJoshAxe

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *