5 Tips Mengurangkan Risiko Kanser Payudara Yang Penting Untuk Wanita

cara cegah kanser payudara

5 Tips Mengurangkan Risiko Kanser Payudara Yang Penting Untuk Wanita

Bulan Oktober ialah bulan kesedaran kanser payudara. Jadi, bulan ni pink di mana-mana untuk bersama memeriahkan bulan ni untuk meningkatkan kesedaran kanser payudara dikalangan masyarakat sebab kanser payudara ialah kanser yang paling utama yang membunuh kaum wanita.

Itulah yang hairan sekarang ni. Walaupun pelbagai kempen dibuat untuk menimbulkan kesedaran, tapi kes kanser payudara meningkat tahun demi tahun. Paling menyedihkan, kematian akibat kanser payudara adalah yang ke-4 paling tinggi di kalangan wanita.

1 dalam 20 orang wanita berisiko untuk kena kanser payudara sepanjang hayat mereka. Jadi, mungkin dalam hidup ni kita sendiri pun ada peluang untuk kena kanser payudara, atau mungkin orang terdekat dengan kita termasuk ibu, kakak atau adik, saudara dan kawan-kawan. Jadi, sebab tu sangat penting untuk anda faham dan berkongsi tips untuk kurangkan risiko kanser payudara ni.

Saya pernah ada pengalaman menjaga wad kanser dan menyaksikan sendiri kesan kanser kepada pesakit dan ahli keluarga. Setiap hari, saya perlu sediakan ubat kemoterapi dan tertanya-tanya ada tak cara untuk sembuhkan kanser ni?

Pencarian ini akhirya menemukan saya dengan bidang nutrisi, dan temukan saya dengan Shaklee. Bukan nak jamin nutrisi, suplimen ni boleh sembuhkan atau cegah kanser, tapi dengan pengambilan nutrisi yang baik dan cukup adalah juga jalan untuk membantu badan seseorang tu melawan sel kanser.

cara cegah kanser payudara

Tips Membantu Mengurangkan Risiko Kanser Payudara Dikalangan Wanita

1. Bersenam secara teratur

Senaman yang kerap dan teratur boleh mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 30%. Begitulah menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Carolina Utara.

Tak perlulah aktiviti yang terlampau berat, yang penting konsisten. Sekurang-kurangnya 30-60 minit sehari, 5 kali seminggu.

Kenapa bersenam sangat berkesan mengurangkan risiko kanser payudara?

Sebabnya dengan bersenam, boleh mengurangkan lemak di bahagian perut dan lemak yang membalut organ. Lemak yang berlebihan ni dia menyimpan hormon estrogen. Dengan mengurangkan berat, hormon estrogen pun akan berkurang dan risiko kanser payudara akan menurun sebanyak 25-30%.

2. Pemakanan yang sihat dan seimbang. Banyakkan sayur dan buah

Buah dan sayur, bukan saja membantu penurunan berat badan, tapi dalam sayur dan buah tu sendiri mengandungi bahan-bahan yang terbukti secara saintifik boleh membantu mengurangkan risiko kanser payudara.

Saya senaraikan makanan yang dicadangkan yang boleh dimasukkan dalam diet harian anda;

  • Brokoli – Mengandungi bahan yang bernama sulforaphane. Ada kajian yang membuktikan bila stem sel kanser payudara dirawat dengan sulforaphane, sel kanser itu terbantut.

 

  • Lobak merah – Mengandungi antioksida falcarinol yang melambatkan pertumbuhan sel kanser payudara dan sel kanser yang lain.

 

  • Kubis atau sayuran-sayuran seumpamanya (cruciferous) – mengandungi Indole-3-carbinol yang membantu metabolisme estrogen. 1 kajian yang dijalankan di Universiti Berkeley, Californa yang menyuntik I3C kepada sel kanser payudara dan ini menghentikan pertumbuhan sel itu.

 

  • Buah delima – mengandungi ellagitanins. Bahan ini menghenti tindakan hormon aromatase yang menukarkan hormon testosteron kepada estrogen.

 

  • Buah-buah berries, anggur – mengandungi asid elagik yang merupakan bahan yang sangat kuat yang ditemui boleh membunuh sel kanser. 

Selain daripada buah-buahan dan sayur-sayuran, sangat penting juga untuk dapatkan sumber protein yang organik, lemak yang baik dan kurangkan makanan proses, makanan tinggi gula dan makanan tinggi karbohidrat.

merawat kanser

3. Dapatkan tidur yang cukup

Kunci kepada tidur yang baik terletak pada jumlah melatonin yang dihasilkan oleh badan kita. Hormon ni dihasilkan oleh kelenjar pineal dan berfungsi mengatur kitaran bangun-tidur kita. Pengkaji mendapati kekurangan melatonin boleh merangsang pertumbuhan sel kanser payudara.

Malah dikatakan wanita yang sering bekerja waktu malam atau lambat tidur, risiko untuk mendapat kanser payudara meningkat sebanyak lebih 50%. Sebabnya kegelapan itu boleh meningkatkan hormon melatonin. Sebab tu lebih baik tidur dalam gelap yang benar-benar gelap.

4. Kurangkan pendedahan kepada radiasi xray

Ini fakta yang agak menakutkan sebenarnya sebab menurut kajian, wanita yang terdedah kepada sinaran xray dada pada usia 20-an, risiko kanser payudara meningkat sebanyak 43% berbanding kepada wanita yang tidak terdedah.

Begitu juga jika terdedah kepada xray dada semasa kanak-kanak, risiko juga makin meningkat.

Elakkan suka-suka nak buat xray tanpa keperluan. Ada ke orang suka-suka nak buat?

5. Mengambil suplimen untuk kesihatan sel

  • Antioksida – antioksida adalah antara nutrisi yang penting bila cakap pasal kanser. Sebab sebelum sel kanser tu jadi sel kanser, dia adalah sel yang normal. Apa yang mengubah dia jadi sel kanser? Radikal bebas, yang merosakkan sel. Kekurangan antioksida dalam badan memberi peluang kepada radikal bebas untuk berterus-terusan merosakkan sel hingga terjadilah sel kanser.

 

  • Vitamin D – vitamin D adalah vitamin yang diperlukan untuk menolong mengurangkan kanser payudara. Wanita yang jarang terdedah kepada matahari perlu mengambil suplimen yang mengandungi vitamin D kerana cahaya matahari membantu penghasilan vitamin D.

 

  • Asid lemak omega-3 – Saintis daripada Universiti Guelph di Ontario, Kanada mendedahkan bahawa omega-3 daripada minyak ikan adalah 8 kali lebih berkesan untuk mengurangkan perkembangan kanser payudara berbanding daripada sumber tumbuhan.

 

  • Magnesium – Kekurangan magnesium juga dikatakan menjadi punca kepada kanser payudara. Jelaslah, sebab magnesium terlibat dalam lebih 300 tindak balas enzim. Tanpa magnesium, banyak aktiviti badan tak dapat berjalan.

 

  • Vitamin B – vitamin B terkenal sebagai vitamin yang boleh membantu mengawal stress. Rupanya vitamin B juga boleh mengurangkan risiko kanser payudara. 1 kajian menunjukkan bahawa wanita yang makan lebih tinggi vitamin B, risiko untuk dapat kanser payudara adalah lebih rendah terutamanya untuk wanita yang menopaus.

Mulakan Langkah Pencegahan Kanser Payudara Hari Ini

Adakah dengan amalkan 5 langkah ini ada dijamin bebas kanser? Tiada jaminan dalam dunia ini, cuma risiko jadi lebih rendah dan in sya Allah anda bakal menjalani hidup yang sihat dengan lebih lama. Jika 100,000 orang yang disahkan menghidap kanser setiap tahun tahu bahawa risiko mereka untuk kena kanser boleh dikurangkan, tentu mereka akan mengambil peluang itu. Anda yang belum ada penyakit ni pula bagaimana?

Untuk dapatkan suplimen organik untuk mengekalkan kesihatan dan mengurangkan penyakit, seperti yang dimuatkan dalam Landmark Study Nutrisi,

Hubungi Fyda di 012 621 1883

Atau direct wasap

www.wasap.my.60126211883/kanserpayudara

www.wasap.my.60126211883/kanserpayudara

www.wasap.my.60126211883/kanserpayudara

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.